Jalan Mana Yang Ingin Dipilih…?

07/02/2010 at 11:31 pm | In About Muslims, Coretan buat Da'ie, duhai akhowat, wahai ikhwan | Leave a Comment

Umumnya mengetahui perjalanan bagi seseorang yang ingin bergelar pejuang, yang ingin terdiri dari salah satu mata rantai perjuangan menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah cukup perit, sukar, sengasara… Pastinya, ada yang ingin berdalih…

“Ana bukanlah seperti Rasulullah… ana tidak sekuat Baginda…”

“Ana tak mampu lagi untuk menempuh jalan ini… mehnah dan tribulasi untuk memilih jalan ini cukup keras… dan ana penat… izinkan ana berehat…”

Sememangnya banyak lagi ragam dan kaedah bagi mereka yang ingin menukar arah destinasi hidupnya yang akhir selain dari perjuangan…

“Diwajibkan atas kamu berperang (berjuang di jalan Allah), padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengtahui.”   (Surah Al-Baqarah 2:216)

Kadang-kadang kita boleh lihat segolongan yang jahil dan tidak tahu apa-apa, dan dia pasti menerima selepas menilai kebenarannya… Lalu, datang insan yang menyampaikan padanya jalan menuju nurNya…Segala ilmu diperturunkan…Segala kekuatan dan pengalaman dikongsikan… Lantas golongan itu menerima dan mengamalkannya…juga gembira terhadap ketenangan yang ditemukannya…

Kadang-kadang pula kita terjumpa segolongan yang juga jahil dan tidak tahu apa-apa… tetapi memekakkan telinga, membutakan mata, dan melumpuhkan anggota tubuhnya dari berjalan menuju kebenaran… tidak sanggup rasanya untuk mengatahui tentangnya… tidak ingin rasanya disentuh HidayahNya… Lantas, tidak ada lagi peluang untuk insan lain mendekati golongan itu baik mereka mencuba dari penjuru mana sekalipun…

Kadang-kadang lagi kita bertemu segolongan yang mempunyai sedikit ilmu tetapi kurang sekali amalnya… bukan sahaja kurang amalnya, malah berbangga dengan secebis ilmu itu… Lalu ada insan yang  cuba untuk menyedarkannya… Hidup di dunia hanya sementara… KepadaNya jualah kita bakal dikembalikan…

Kadang-kadang pula kita berkenalan dengan segolongan yang mempunyai tinggi ilmunya, tulus dan banyak sekali amalnya, tetapi hatinya diletakkan serendah-rendahnya… Lalu banyak insan lain ingin sekali dekat dengannya…ingin sekali selami jiwanya juga ilmu di dadanya…Ingin sekali pancaran nur di wajahnya tempias cahayanya diwajah kita…  Supaya rahmat Allah juga bersama… Subhanallah…

Kadang-kadang itu, kita tidak sedar kita seiring satu barisan dengan segolongan yang faham akan perjuangan… Hadam tentang pengorbanan… tetapi tidak ingin turut bersama menempuh liku perjalanan yang beronak duri itu… Menyalahkan insan-insan yang memilih mereka, untuk diberi kefahaman dan kebenaran…

“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia pelindungmu, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”   (Surah Al-Hajj 22:78)

Lain pula dengan segolongan lain lagi yang juga faham dan hadam tentang perjuangan… bukan sahaja mereka sebarisan… malah satu ukhwah… satu wahdah… satu amal… kehidupan sehari-hari dijalani bersama… makan setalam… minum secawan… tidur sebantal… suka duka bersama… pahit manis dirasa… menjadi madu dan juga hempedu dihati…

Segala-galanya ditempuhi untuk mencari redhaNya… Semuanya dijalani demi mencontohi sunnah RasulNya… Setiap darinya ditelusuri biar mehnah dan tribulasi menjengah entah kali keberapa… Namun kita masih disini… InsyaAllah…

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya, agar kamu beruntung.”   (Surah Al-Maidah 5:35)

Suka ana ingin ceritakan dialog ana tentang  sebuah kisah dan juga pengalaman dari seorang ukhti yang telah menikah…

” Ana dulu pernah terfikir ingin berhenti rehat dari medan dakwah ini… terlalu penat rasanya…hmm… keluarga perlu diurus… kerjaya perlu dijaga… dakwah perlu diteruskan…  ana rasa ana perlukan masa… “

” Iya ka kak..? tapi ana tengok akaklah antara muslimat yg tegar meneruskan perjuangan walau dah berkeluarga… ni tengok, pregnant lagi nih! da nak masuk 3 orang dah anak akak… jalan jauh lg sampai kesini… hanya untuk menyampaikan…”

“Iya dik… tiada manusia yang sempurna… Akak memang suatu ketika dulu pernah ingin lari dari perjuangan… kononnya ingin berehat… tapi dari satu tempoh yang sekejap, ia menjadi lama… mula-mula memang rasa senang dan selesa… kurang satu kepenatan dalam hidup…tapi lepas tu…”

Ukhti ni terus terdiam… dia berhenti disitu tanpa meneruskan kata-katanya… ana cukup terasa beban dihatinya… hmm… betullah, kalau kita satu akidah… satu fikrah….satu perjuangan… biarpun baru saja bertemu, telah ada tautan hati antara kami seperti telah sekian lama kami berkenalan…

“Akak ok? nda pa juga kalo akak berat mau cerita…”

Hmm… dalam hati ana, “cerita la kak…cerita la kak…nak tau…” huhuhu…

“Hmm…dik, akak tak sangka akak diuji pula dari sudut anak-anak… anak akak yg nombor 2 ni sakit… setiap minggu akak terpaksa berulang alik ke hospital untuk buat check-up untuknya… hati akak sakit sangat… permata hati dan jantung akak, terkulai depan mata… meraung kesakitan… hati ummi yg mana takkan sedih…?”

Ana beristighfar berkali-kali dalam hati… sungguh berat ujian ni… kalau ana, tak tau la macam mana ana boleh tanggung… eh, ana belum ada anak lagi bah…belum nikah… ye laa… kalau sekiranya suatu hari nanti berkeluarga, diuji dari sudut keluarga, ana tak pasti macam mana ana perlu hadapinya… Ingin sekali ana membacakan padanya sepotong ayat kalamun ‘Aziz…

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh, mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi (di dalam syurga), yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang berbuat kebajikan..”

firmanNya lagi…

“(iaitu) orang-orang yang bersabar dan bertawakal kepada TuhanNya.”

(Surah Al-Ankabut 29: 58-59)

Sambungnya lagi…

” Akak termuhasabah… dari ujian yang Allah turunkan buat puteri kedua akak ni, cukup membuatkan akak serik…serik untuk lari dari berjuang… sememangnya, tiada manusia yang hidup dimuka bumi ini yang tidak diuji langsung oleh Allah didalam hidupnya… ada  yang diuji dengan kesenangan…ada yang diuji dengan kesusahan… ada yang diuji dengan masalah keluarga, kewangan dan sebagainya… cuma terpulang pada kita untuk memilih jalan mana kita sanggup hadapi untuk diuji…”

Subhanallah… ana dah nampak dah semuanya… bagi ana, biarlah ana diuji didalam jalan ketika berjuang menegakkan agamaNya… biarlah ana hadapi mehnah dan tribulasi sepanjang jalan perjuangan ini… biarlah ana terus disini… kerana ana belum tentu sanggup diuji dari hal keluarga… sekurang-kurangnya, jika terkorban, pasti syahid gelaran untuk kita…

Hmm… di kampus, cuba mampirkan kalau boleh dihadapan ana seseorang yang hidupnya dikampus tidak pernah diuji… tidak pernah susah… tidak pernah tak dapat apa yang diinginkannya… temukan ana dengannya…! Kerana ana pasti, walaupun mereka tidak diuji disepanjang jalan perjuangan menegakkan agama Allah, mereka tentu sahaja diuji dengan masalah kawan, masalah pointer, masalah keluarga, masalah kewangan, dan bermacam masalah yang tidak dapat dihitung…

Lantas, jalan ujian yang mana ingin kita pilih? Terpulang kepada mereka yang faham dan ingin serta mahu… Kerana, bukan Islam yang perlukan kita, tetapi kita yang perlukan Islam…

“Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa diantara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lembut terhadap orang-orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir (kafir yang memerangi Islam), yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (pemberianNya), maha mengetahui.” (Surah Al-Maidah 5:54)

Siapa yang ingin sebarisan dengan mereka yang ingin menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah? Menegakkan yang ma’ruf… Mencegah yang mungkar… Siapa? Mampirkan diri anda…

Wallahualam….

Kepimpinan Dalam Islam

25/01/2010 at 8:20 pm | In About Muslims, Coretan buat Da'ie, Siasah | Leave a Comment

I. Definisi Kepimpinan

Kepimpinan merupakan satu ’seni’ yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang terbaik. Arah tersebut boleh bersifat umum, seperti penyebaran Islam ke seluruh dunia, atau khusus seperti mengadakan conference atau persidangan mengenai isu tertentu. Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan terbaik orang-orang yang terlibat dalam pengertian jangka panjang yang nyata. Kepimpinan adalah suatu peranan dan juga merupakan suatu proses untuk mempengaruhi orang lain. Pemimpin adalah anggota dari suatu perkumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan diharapkan dapat bertindak sesuai dengan kedudukannya. Seorang pemimpin adalah juga seseorang dalam suatu kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruhnya dalam mewujudkan dan mencapai tujuan kelompok. Pemimpin yang jujur ialah seorang yang memimpin dan bukan seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin. Fenomena kepimpinan dapat dijelaskan melalui konsep-konsep dasar berikut:

  1. Kepimpinan adalah suatu daya yang mengalir dengan cara yang tidak diketahui antara pemimpin dengan pengikutnya, mendorong para pengikut supaya mengerahkan tenaga secara teratur menuju sasaran yang dirumuskan dan disepakati bersama. Bekerja menuju sasaran dan pencapaiannya memberikan kepuasan bagi pemimpin dan pengikutnya.
  2. Kepimpinan juga mewarnai dan diwarnai oleh media, lingkungan, pengaruh dan iklim di mana dia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruangan yang hampa, tetapi suasana yang diciptakan oleh pelbagai unsur.
  3. Kepimpinan sentiasa aktif, namun boleh berubah-ubah darjatnya, kepentingannya dan keluasan tujuannya. Kepimpinan itu bersifat dinamik.
  4. Kepimpinan bekerja menurut prinsip, methodologi dan matlamat yang pasti dan tetap.

II. Kepimpinan yang Efektif

A. Apakah kepimpinan yang efektif?

Kepimpinan yang efektif ialah suatu proses untuk menciptakan wawasan, mengembangkan suatu strategi, membangun kerjasama dan mendorong tindakan. Pemimpin yang efektif:

  1. Menciptakan wawasan untuk masa depan dengan mempertimbangkan kepentingan jangka panjang kelompok yang terlibat.
  2. Mengembangkan strategi yang rasional untuk menuju ke arah wawasan tersebut.
  3. Memperoleh dukungan dari pusat kekuasaan yang bekerjasama, persetujuan, kerelaan atau kelompok kerjanya diperlukan untuk menghasilkan pergerakan itu.
  4. Memberi motivasi yang kuat kepada kelompok inti yang tindakannya merupakan penentu untuk melaksanakan strategi.

Suatu kombinasi dari proses biologi, sosial dan psikologi yang kompleks menentukan potensi kepimpinan seorang individu. Potensi ini harus dibina dengan baik supaya efektif. Bukan sesuatu yang pelik sekiranya seseorang itu memiliki sifat kepimpinan namun tidak memanfaatkannya. Dalam kehidupan manusia yang berbeza-beza, sifat ini mungkin diwujudkan dalam suatu situasi yang bervariasi dan muncul pada tahap yang berlainan. Pelaksanaan kepimpinan dipengaruhi oleh lingkungan dan peluang serta keadaan yang terbatas.

B. Pemimpin, Pengurus dan Pengikut

Pemimpin mengendalikan bawahannya untuk mencapai tujuan dengan motivasi dan teladan peribadi. Pengurus memperoleh tingkah laku yang diinginkan dengan menggunakan kedudukan rasmi mereka yang lebih tinggi dalam struktur organisasi. Pemimpin yang baik menyedari bahawa mereka juga harus menjadi pengikut yang baik. Boleh dikatakan, pemimpin juga harus melapor kepada seseorang atau kelompok. Oleh sebab itu mereka juga harus mampu menjadi pengikut yang baik. Pengikut yang baik harus menghindari persaingan dengan pemimpin, bertindak dengan setia dan memahami serta menunjung baik idea, nilai dan tingkah laku pemimpin secara konstruktif. Pengikut atau pemimpin terikat dalam suatu hubungan yang terarah. Oleh itu, pemimpin harus sentiasa memberi perhatian pada kesejahteraan anak buahnya. Pengikut pula harus mendukung pemimpin selagi pemimpin berada di landasan yang benar dan lurus.

III. Ciri-Ciri Pemimpin Islam

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

  1. Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.
  2. Tujuan Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.
  3. Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.
  4. Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT:

“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

IV. Prinsip-prinsip Dasar Pelaksanaan

Kepimpinan Islam ada tiga prinsip dasar yang mengatur pelaksanaan kepemimpinan Islam:Syura dan Musyawarah, Keadilan, serta Kebebasan Berfikir dan Memberi Pendapat.

A. Syura dan Musyawarah

Musyawarah adalah prinsip pertama dalam kepemimpinan Islam. Al-Qur’an menyatakan dengan jelas bahwa pemimpin Islam wajib mengadakan musyawarah dengan orang yang mempunyai pengetahuan atau dengan orang yang dapat memberikan pandangan yang baik.

“Dan orang-orang yang menerima seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian rezeki yang kami berikan kepadanya”. (Surah Asy-Syura, ayat 38).

Rasulullah SAW juga diperintahkan oleh Allah supaya melakukan musyawarah dengan sahabat-sahabat beliau:

“Maka rahmat Allah-lah yang telah menyebabkan kamu berlemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan tersebut. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya” (Surah ‘Ali Imran, ayat 159).

Pelaksanaan musyawarah memungkinkan anggota organisasi Islam turut serta dalam proses membuat keputusan. Pada saat yang sama musyawarah berfungsi sebagai tempat mengawasi tingkah laku pemimpin jika menyimpang dari tujuan umum kelompok. Tentu saja pemimpin tidak wajib melakukan musyawarah dalam setiap masalah. Masalah rutin hendaknya diselesaikan dengan pendekatan berbeza dengan masalah yang berkaitan perbuatan kebijaksanaan. Apa yang rutin dan apa yang tidak harus diputuskan dan dirumuskan oleh setiap kelompok berdasarkan dan bersesuaian dengan ukuran, keperluan, sumber daya manusia, suasana dan lingkungan yang ada. Apa yang pasti, pemimpin harus mengikuti dan melaksanakan keputusan yang telah diputuskan dalam musyawarah. Dia harus menghindari dirinya dari memanipulasi bermain kata-kata untuk menonjolkan pendapatnya atau mengungguli keputusan yang dibuat dalam musyawarah. Secara umum petunjuk berikut dapat membantu untuk menjelaskan ruang lingkup musyawarah:

  1. Urusan-urusan pentadbiran dan eksekutif diserahkan kepada pemimpin.
  2. Persoalan yang memerlukan keputusan segera harus ditangani pemimpin dan dibentangkan kepada kelompok untuk ditinjau dalam pertemuan berikutnya atau langsung melalui telefon.
  3. Anggota kelompok atau wakil mereka harus mampu membuat pemeriksaan semula dan menanyakan tindakan pemimpin secara bebas tanpa rasa segan dan malu.
  4. Kebijaksanaan yang harus diambil, sasaran jangka panjang yang direncanakan dan keputusan penting yang harus diambil para wakil terpilih diputuskan dengan cara musyawarah. Masalah ini tidak boleh diputuskan oleh pemimpin seorang diri.

B. Keadilan dan Pemimpin yang Adil

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Qur’an memerintahkan agar kaum Muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada taqwa.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri, ibu-bapa, dan kaum kerabatmu, sama ada ia kaya atau miskin, kerana Allah akan melindungi.” (Surah An-Nisa’, ayat 135).

Selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya masyarakat Islam, pemimpin organisasi Islam juga mesti mendirikan badan peradilan internal atau lembaga hukum untuk menyelesaikan pelbagai perbezaan atau pengaduan dalam kelompok itu. Anggota-anggota lembaga tersebut harus dipilih dari orang-orang yang berpengetahuan, arif dan bijaksana.

C. Kebebasan Berfikir dan Memberi Pendapat

Pemimpin Islam hendaklah memberikan ruang dan mengundang anggota kelompok untuk mengemukakan kritikannya secara konstruktif. Mereka dapat mengeluarkan pandangan atau masalah-masalah mereka dengan bebas, serta mendapat jawapan dari segala persoalan yang mereka ajukan. Al-Khulafa’ al-Rasyidin memandang persoalan ini sebagai unsur penting bagi kepimpinan mereka. Ketika seorang wanita tua berdiri untuk memperbetul Saidina Umar ibn al-Khattab sewaktu beliau berpidato di sebuah masjid, beliau dengan rela mengakui kesalahannya dan bersyukur kepada Allah SWT, kerana masih ada orang yang mahu membetulkan kesalahannya. Pada suatu hari Saidina Umar pernah pula bertanya kepada umat Islam mengenai apa yang dilakukan oleh mereka jika beliau melanggar prinsip-prinsip Islam. Seorang lelaki menyebut bahawa mereka akan meluruskan dengan sebilah pedang. Lantar Saidina Umar bersyukur kepada Allah kerana masih ada orang di dalam lingkungan umat yang akan memperbetulkan kesalahannya. Pemimpin hendaklah berjuang menciptakan suasana kebebasan berfikir dan pertukaran gagasan yang sihat dan bebas, saling kritik dan saling menasihati antara satu sama lain, sehingga para pengikutnya merasa senang membincangkan masalah atau persoalan yang menjadi kepentingan bersama. Seorang Muslim disarankan memberi nasihat yang ikhlas apabila diperlukan. Tamim bin Aws meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Agama adalah nasihat”, Kami berkata: “Kepada siapa?” Beliau menjawab: “Kepada Allah, Kitab-kitab-Nya, Rasul- Nya, pemimpin umat Islam dan kepada masyarakat kamu seluruhnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).

Secara ringkas kepimpinan Islam bukanlah kepimpinan tirani dan tanpa koordinasi. Pemimpin Islam, setelah mendasari dirinya dengan prinsip-prinsip Islam, bermusyawarah dengan sahabat-sahabat secara objektif dan dengan penuh rasa hormat, maka selepas itu menjadi tanggungjawabnya untuk membuat keputusan dan tindakan dengan seadil-adilnya. Perlu difahami dan dingatkan bahawa pemimpin bertanggungjawab bukan hanya kepada para pengikutnya malah apa yang lebih penting ialah dia bertanggungjawab kepada Allah SWT di Akhirat nanti! Sebagai kesimpulannya, di dalam pencarian model pemimpin dan kepimpinan Islam, empat elemen iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi hendaklah diperkukuhkan dan dimantapkan. Keempat-empat elemen ini perlu saling lengkap-melengkapi di dalam pembentukan karakter dan jati diri pemimpin yang unggul. Pastinya ilmu, iman, berhemah tinggi dan hikmah merupakan transformerpenganjak yang mesti diaktifkan dan dipastikan terus mengaliri urat nadi kepimpinan umat masa kini dan generasi harapan pimpinan masa depan secara keseluruhannya. Ingatlah bahawa sesungguhnya generasi hari ini penentu kemandirian generasi mendatang. Kitalah rijal dan nisa’ penentu serta pembina hala tuju untuk masa depan agama, bangsa dan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang! Wallahu a’la wa a’lam.


* Artikel dipetik dari www.muhtarsuhaili.wordpress.com

Mahasiswa dijemput Hadir

15/01/2010 at 4:29 pm | In Fakta Umum, Isu Semasa, Siasah | Leave a Comment

Suara Mahasiswa…

14/01/2010 at 2:09 am | In Fakta Umum, Isu Semasa | Leave a Comment

Mahasiswa Derita


Salah satu luahan profesional daripada Mahasiswa melalui profile facebook link beliau yang mengalami sendiri keperitan hidup dengan masalah air yang tak kunjung selesai. Diharap semua pihak mengambil perhatian.

p/s Sebarang komen, pandangan dan luahan rasa daripada pihak mahasiswa UMSKAL, boleh emailkan kepada admin untuk dipaparkan di dalam blog ini. Diharap dengan suara-suara desakan kita, poerkara ini tidak dipandang sebelah mata.

sumber : http://promahasiswa-umskal.blogspot.com/

Usrah Muslimat Semalam…

10/01/2010 at 12:06 pm | In About Muslims, Coretan buat Da'ie, bingkisan hati | Leave a Comment

Semalam ade usrah muslimat di masjid… kami membincangkan tentang tabiat pertama bagi slot ‘bedah buku’ dalam usrah iaitu ‘PROAKTIF’… banyak respon yg diberi oleh sahabat2 ana tentang perkara yang paling diorang tertarik ceritanya di bawah tajuk tu…

Kak Nadia kata… “Reaktif berbeza dgn proaktif…dan selalunya kita ni bertindak reaktif dan kurang proaktif… kita bertindak kepada rangsangan yg diterima… kalo rasa marah, kita respon marah… kalo rasa sedih, kita nangis… tp, orang yg bertindak proaktif tidak begitu… orang yg proaktif, biasanya akan pilih yg terbaik dalam bertindak terhadap rangsangan dan situasi… boleh saja kita mara, tapi kita istighfar…boleh saja kita sedih, tapi kita zahirkan dgn senyuman…KITA YG MEMILIH UNTUK BERTINDAK TERHADAP RANGSANGAN YG DITERIMA…” panjang lebar kak nadia terangkan pd kami tentang perhatiannya kpd konsep reaktif dan proaktif…

Hasni pula bercerita… “Ana tertarik dengan cerita stephen (stephen r.covey penulis buku 7 habits), tentang sewaktu dia balik dari kerja dan isterinya mengadu tentang anak mereka dan menceritakan semua yg terjadi…

Ketika Covey sampai di pintu rumah, dia diterpa anak kecilnya sambil berkata, “daddy, I am a hardworking man”

Sandra, isterinya berkata, “tadi semasa saya baru balik kerja, anak kita ini sedang menaburkan bekas-bekas makanan kotor di atas lantai. Kemudian disimbahnya dengan air”

Oh, itu pengalaman kita semua. Balik kerja, penat-penat, sakit-sakit, tiba-tiba anak buat hal. Apa reaksi anda? Bagaimana reaksi Sandra?

“Saya tahan sabar. Saya tanya anak kita kenapa dia buat begitu?”, kata Sandra.

“Apa katanya?”, tanya Stephen.

“Saya nak tolong emak!”, jawab si anak.

Ya, si anak menyepahkan pinggan mangkuk dengan niat mahu MEMBANTU EMAK.

Bayangkan jika Sadra menampar si anak tadi, apakah pelajaran yang anaknya perolehi?

Hatinya akan berkata, “kalau nak tolong emak, nanti kena tampar!”

Jangan terkejut jika anak kita akhirnya membesar berat tulang, berat punggung. Kita yang mengajarnya dulu. Jika mahu menolong emak, habuannya penampar!

Apa kata Sandra?

“Oh begitu, kenapa tak basuh di sinki?”, tanya Sandra kepada anaknya.

“Tak sampai”, kata si anak kecil.

“Baiklah, lepas ini kalau kamu nak tolong emak, beritahu dahulu, ok? Emak akan ambilkan bangku dan kamu basuh di sinki, boleh?”, pujuk Sandra.

“Boleh”, jawab di anak.

“Bagus, you are a hardworking man”, puji si ibu yang proaktif.

Stephen Covey membuat kesimpulan, “dalam situasi seperti itu, prioritinya bukanlah lantai dapur yang bersih, tetapi anak yang ,mendapat pelajaran yang betul…”

Hasni kata lagi…  ”kita ni selalunya pentingkan apa yg kita nak capai pd saat itu… tp, kita tak fikir apa yg kita bakal capai pd masa akan datang… dan hanya bertindak reaktif!… sebenarnya, kuncinya adalah KESABARAN…”

Lepas tu, kok su aishah  pula respon… macam biasa la, kalo dah org tarbiyah bercakap… macam takmau berhenti plak! huhu… dah la disindirnya ana…! aiik.. terasa ke? hehe… kok su kata… “Kadang2 tindakan kita rasa adalah betul… tp, sebenarnya salah… kita mahu orang berubah, tp, kita tidak dulu berubah… itu tidak proaktif bah tu…”  fuh.. pedasnya… bab berubah2 tu, macam terkena batang idung sendiri pula…Allahuakbar… ana ambil sikit syak dari olahannya yang panjang lebar…

Kak long pulak nak berkongsi… “orang yg tidak proaktif, dia akan ‘MENCARI TAPI TAK MENJADI’… kita sibuk nak mencari orang sebaik Siti Khadijah kerana kita tak sehebat Rasulullah… yang muslimat pula, nak insan semulia Rasulullah kerana diri tak sehebat Siti Aisyah… Kenapa tidak kita jadi orang yang hebat itu untuk mendapat seorang yang mulia seperti itu?… sibuk mencari… tp, tak mau menjadi…  JANGAN HARAPLAH!” hmmm…betul jugak tu kak long…! cepat2laa kak long kawin ye..?! huhu…

Lepas tu kak Tirah pulak disuruh respon oleh kak mahira… ye ni kalo tak disuruh respon, tak respon la dia… tp, kalo ada yg menarik, pasti cepat je tuh dia respon…! kak tirah ni baca buku 7habit versi bahasa inggeris… advance woo…! huhu… ye kate, “Change starts from within, and highly effective people make decisions for thier lives through the things that they can influence rather than by simply  reacting to the external forces…” wow! fahamkah diorg nih…? huhu… kak tirah pun jelaskan lg… “kita jangan hanya bertindak secara respon luaran… tp, dengan respon dalaman… kita yg memilih untuk berubah atau tidak… walaupun kita kata kita dah berubah, tp terbuktikah ia dgn tindakan? semuanya kita yg tentukan… dan proaktif bukan sahaja bertindak kepada rangsangan, tp sebelum rangsangan tu dtg, kita dulu dah bertindak…” wow! Dalam mksudnya tuu…

Pastu giliran ana pula yg bentang… ana Cuma nak sampaikan kita yang memilih untuk menjadi apa yang kita mahu…boleh saja kita respon kpd api dengan menjadi air… boleh saja kita respon kepada angin dengan menjadi tanah… boleh saja kita respon kpd kemarahan kita dgn pilihan tindakan yg kita pilih… kita yg menentukan… ana nak sentuh tentang pengalaman dulu… tp, terus hasni respon… katanya, ” tp, kita sepatutnya berfikir dlm bertindak… bukan bermakna kita repon api hanya dgn menjadi air… bukan bermakna kita respon dgn org yg marah dgn ketawa-ketawa syak! Kita mesti ada ’human sense’ dan kita mesti hormat dan raikan keadaan org len…!” fuiyoo.. cenik nii… kalo dia bersuara, mesti dgn lantang dgn NADAnya yg ber’tune’ tinggi…. sabar cenik…sabar… ana tau tu dia maksudkan ana… hehe… ye, memang c qatrun ni, kalau bercakap skit mesti kontroversi… abis semua orang merespon dgn statement ana… ana mesti beri penjelasan…! ana pun katala…

”bukan bermakna kita respon dgn org marah, kita ketawa…bukan bermakna kita tidak bole raikannya…tp, maksud ana… boleh saja kita respon situasi yg tegang itu dgn beristighfar…rendahkan suara…ana bukanlah contoh terbaik…tp, pulang balik kepada diri individu utk memberi respon yg bagaimana…pilihan ditangan antunna…!”

Huhu…fuh! bahaya tau kalau nak berdebat dgn c hasni nii… kena pasang ’perisai dulu…huhu… takut kene panah… ana sebenarnya kalau bagi respon yg pelik2 dengan keadaan yg tegang, mesti sebab ana nak tenangkan diri dulu… kalau orang marah, ana ketawa mgkn tengah pening tu… then, amek tindakan kawal diri dulu baru kawal keadaan… ana tau sahabat2 ana sgt maklum dgn perangai ana yg itu…

Azie pula respon, “Proaktif, ciri2nya adalah orang yang boleh mengawal dirinya…emosi dan tekanan, dialah yang tentukan bahtera dirinya haluan kiri atau kanan…” walaupun azie nampak macam budak2, walaupun tindakannya macam adik2… tapi kata2nya kadang2 bernas jugak… sebab dialah yang paling tua dikalangan kami… huhu… sowy azie, tercakap pulak! dan ana penah bagitau padanya, “azie ni boleh jadi pemikir sebenarnya..” tp, azie diam…

Di akhir usrah kami, kak mahirah pun simpulkan semuanya… sebab kami tak hadam betul2 tentang tabiat pertama tu… dan masih ada lagi yang belum hadam dan faham betul2… kak mahira pesan, akan datang kami akan bedah buku tu betul2 nanti…dan kami akhiri usrah dengan resolusi ruhiyah yang dah di’upgrade’… abisla kami!

Hari ni, ana terbaca artikel ust.hasrizal… yg menyampaikan sepenuhnya maksud ana, yg ana mau sampaikan ketika itu… usrah muslimat semalam… SYUKRAN YA USTAZ…

Soalnya Siapa Kamu

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi berkat. Banyak makam sahabat dan orang soleh di sana” kata seorang kenalan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Mesti best, Turki tu cantik. Pemandangannya indah tak terkata” komen seorang kenalan lagi.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Bagus tu, Turki ni banyak peluang perniagaan. Boleh pertimbangkan bisnes kain lace, barang kulit, tudung sutera dan kristal” aju seorang lagi kawan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Hehe… Turki tu perempuan dia lawa-lawa ustaz. Lembut pula tu, tak macam Arab” usik seorang lagi kawan.

Kegatalan.

Subjeknya sama, iaitu Turki.

Tetapi ulasan semua berbeza-beza. Dan pasti sahaja apabila setiap mereka tiba di Istanbul, tempat yang dituju adalah mengikut ulasan-ulasan itu tadi. Seorang ke Eyup menziarahi makam Abu Ayyub al-Ansari. Seorang lagi ke Eminonu mencari feri untuk meneroka Selat Bosphorus. Seorang lagi, akan ke Grand Bazar melihat barangan terkini dan harga semasa untuk dihitung dengan kalkulator di tangannya.

Lelaki yang keempat saya tidak pasti dia akan ke mana. Mungkin ke Taksim atau lorong-lorong gelap di Galata, khabarnya.

SIFIR HIDUP

Itulah yang dikatakan, siapa kamu menentukan cara kamu melihat.

Kesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat.

Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala.

Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.

KE SUNGAI

Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.

Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.

Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”

Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”

Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.

Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.

Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.

Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

UNIVERSITI

Sama juga dengan universiti.

Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.

Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.

Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.

Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

FACEBOOK

Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?

Kamu girlfriend?

Kamu bos?

Kamu pakar?

Kamu sampah?

Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.

Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

* Walaupun tidak semua yg dapat ana kongsikan disini, tetapi perkara highlight yg boleh sama2 kita renungkan, sama2lah kita ambil iktibar dan hikmah didalamnya…

* Sebelum ana tutup bab usrah semalam, ana teringat pula kata2 kak mahira yg last……………..sekali…hehe… tak boleh cerita kat sini…ia berkaitan dgn kami yg dah tahun akhir sem akhir ni… yang pastinya, dari ana, sahabat2 boleh la hayati kata2 ni:

“Keputusan yang dibuat berlandaskan pandangan Allah itu lebih baik, berbanding keputusan berlandaskan  pandangan hati yang diselubungi pandangan nafsu dan dikaburi pandangan syaitan laknatullah… InsyaAllah…”

Duhai Akhowat…

06/01/2010 at 1:39 pm | In About Muslims, bingkisan hati, duhai akhowat | Leave a Comment

Seorang Gadis Itu…

Seorang gadis itu…
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati … telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya …

Seorang gadis itu …
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi … cinta untuk dirasa … namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia … ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia … begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah …

Seorang gadis itu …
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini … dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni’matNya …

Seorang gadis itu …
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya … bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah …

Seorang gadis itu …
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji … seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah … kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda … bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu …
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara … dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya … dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya …

Seorang gadis itu …
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan,  kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan …

Seorang gadis itu …
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari … dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya … kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini … perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama … dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni’mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu … anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu …
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah … anak ummi & ayah, muslimah yang solehah … kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma’rifatullah …

Seorang gadis itu …
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan … seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu … menuju cintaNYA yang ABADI

-sumber-

Gelombang BORNEO…

04/01/2010 at 5:53 pm | In Isu Semasa | 6 Comments

PERMASALAHAN AIR LABUAN DIBAWA KE PUTRAJAYA


Keperitan yang dialami oleh mahasiswa Kampus Antarabangsa Labuan(KAL) terhadap masalah air selama satu semester akhirnya telah sampai di meja pihak pimpinan tertinggi kerajaan di Putrajaya. Atas inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Antarabangsa Labuan (MPP UMSKAL) satu memorandum dan kertas kerja cadangan telah dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak oleh wakil MPP UMSKAL oleh saudari Qatrun Nada Binti Mohd Latfi.

Memorandum, petisyen yang ditandatangani oleh 566 orang mahasiswa UMSKAL dan kertas cadangan ini telah dihantar ke Putrajaya pada 8 December 2009, bertujuan untuk menyuarakan masalah air yang di hadapi oleh mahasiswa KAL dan masyarakat Labuan. Delegasi ini telah mendapat sokongan dari pelbagai persatuan mahasiswa seluruh Malaysia. Antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM),Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS),Gerakan Demokratik belia dan pelajar Malaysia (DEMA),Pro-Mahasiswa, Markas siswa siswi Islam sabah dan Sarawak(MARSIS), dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN).

Seramai 6 orang dibenarkan masuk menghantar memorandum tersebut. Antaranya Presiden MPMN Mohd Ridhuan Mohammad, Saudara Helman, Presiden GAMIS iaitu suadara Idris bin Mohd Yussoff, Timbalan Presiden GAMIS saudara Shazni Munir, Pengerusi SIGMA GAMIS saudari Fasihah bt Mohd Fauzi, dan wakil MPP UMSKAL saudari Qatrun Nada bt Mohd Latfi. Memorandum diserahkan kepada pegawai khas PM iaitu Encik Huzairi bin Zainal Abidin

Tindakan delegasi tersebut mendapat respon dari semua pihak termasuklah media massa dan pihak-pihak yang prihatin. Panggilan telefon juga tidak putus-putus diterima oleh saudari Qatrun Nada selepas beberapa jam penghantaran memorandum tersebut.

Penghantaran memorandum kepada Ketua Menteri Sabah juga telah diadakan serentak oleh Naib Presiden MPP UMSKAL saudara Mohd Abdillah bin Mat Lin ke pejabat menteri besar sabah pada tarikh yang sama sewaktu penghantaran delegasi ke Putrajaya dijalankan.


Rentetan dari penghantaran memorandum kepada pihak tertinggi kerajaan, mesyuarat bersama YAB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Ketua Eksekutif Perbadanan Labuan, Penolong Bendahari kanan UMSKAL, Penolong pendaftar UMSKAL, ketua seksyen Kebajikan Pelajar UMSKAL, Penolong pengurus asrama kanan UMSKAL, Presiden MPPUMS, Setiausaha Agong MPPUMS, serta naib presiden dan exco kebajikan, kesihatan dan kemasyarakatan (3K) MPP UMSKAL telah diadakan pada 28 disembar 2009 bertempat di Grand Dorsett Hotel.

Natijah daripada penghantaran memorandum tersebut, satu mesyuarat khas bersama Jabatan Bekalan Air Labuan, Perbandaran Labuan, Perlembagaan dan Penyelengaraan UMS, JPP KAL, Penolong Kanan HEP serta naib presiden MPP UMSKAL dan Exco 3K telah diadakan 30 disember 2009 lalu. Hasilnya, kita telah dijanjikan beberapa penyelesaian jangka pendek terhadap isu air ini yang akan dilakukan sepanjang bulan januari 2010.

Presiden MPPUMS Saudara Azrul bin Ibrahim, dalam blog persendiriannya mengatakan bahawa beliau tidak menyokong tindakan saudari Qatrun Nada menghantar memorandum tersebut ke Putrajaya dan tindakan tersebut adalah tindakan individu dan bukannya tindakan bersama dari pihak MPPUMS. Kenyataan ini menjadi kontroversi yang sedang hangat dipersoal dan diperbincangkan di kalangan masyarakat kampus.

Saudari Qatrun Nada juga telah dimaklumkan bahawa beliau tidak tersenarai untuk menyertai delegasi MPP UMS ke Mesir atas alasan kekurangan bajet juga bagi meredakan keadaan. Selain itu, beliau juga turut diwar-warkan akan dikenakan tindakan tatatertib ekoran daripada tindakan beliau menghantar memorandum ke Putrajaya tanpa melalui pihak universiti.

Keprihatinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (MPP UMSKAL) terhadap mahasiswa/i untuk menyuarakan dan mempertahankan hak mereka dengan membuat delegasi penghantaran memorandum dan kertas cadangan ke pejabat Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya memakan diri mereka sendiri.

sumber : http://promahasiswa-umskal.blogspot.com/

Analisis kearah ketamadunan

29/10/2009 at 11:06 pm | In Coretan buat Da'ie, Tarbiyah | 4 Comments

FAKTOR KEJATUHAN UMAT : SATU ANALISA ILMIAH

Malam semalam saya ditugaskan untuk menyampaikan kuliah di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur. Seawal jam 9.00 malam, saya bertolak menaiki motor buruk ke Bilik Seminar di Universiti tersebut. Seminar itu bersempena “Bengkel Seminar Dakwah Pintar” yang diadakan bermula semalam dan akan berakhir pada esok hari. Pesertanya terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi dari pelbagai fakulti termasuklah juga berberapa pensyarah dan juga staf sokongan yang pernah menghadiri ceramah saya baru-baru ini di Putrajaya.

Tajuk yang di beri adalah “Faktor Kejatuhan Umat: Satu Analisa Ilmiah”. Banyak juga perkara-perkara yang cuba saya sampaikan tapi masa betul-betul mencemburui saya. Bayangkan, dalam masa 3 jam saya tidak dapat menghabiskan perbincangan kertas kerja saya secara terperinci dan terpaksa di ringkaskan walaupun ada yang menyuruh saya meneruskan kuliah sehingga 2 pagi.

FAKTOR KEJATUHAN UMAT kalau dilihat secara analisa ilmiah, boleh saya bahagikan kepada berberapa faktor:

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu.

Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan. Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata.

Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.

3. Isti’jal (tergesa-gesa)

Ia semestinya untuk meraih kemenagan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.

Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.

Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.

Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran.

Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah.

Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar

Dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligent dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah.
Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah.

Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.
Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.
Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.

Kewajipan Memelihara Asholatud Dakwah (Keaslian Dakwah).

Permasalahan dan penyakit yang berlaku di dalam harakah dakwah, hanya dapat dikawal dan diubati dengan memelihara keaslian dakwah yang kita warisi dari Baginda Rasulullah SAW.
Syeikh Mustafa Masyhur Rahimahullah, dalam sebuah tulisannya, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah, menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran.
Sekecil-kecil penyelewengan dari asholah dakwah, pasti akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah. Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama. (Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah).

Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah.

Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan politik, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.
Kalau ada dikalangan sahabat-sahabat yang tak faham kertas kerja yang saya bentangkan ini, mintalah untuk di rujuk kepada yang pakar ya….

-sumber-

512 Tahun Jatuhnya Kerajaan Islam Sepanyol

18/09/2009 at 7:31 pm | In Fakta Umum, Siasah | 3 Comments

ANDALUSIA LAHIRKAN CENDEKIAWAN MUSLIM

Harian Umum Pikiran Rakyat (PR) Bandung
Halaman 14, Selasa (Kliwon) 03 Februari 2004

TENTU kita masih ingat akan sejarah kedatangan Thariq bin Ziyad bersama pasukannya pada bulan Mei tahun 711 M memasuki selat Gibraltar yang terletak di teluk Algeciras, sebagai cikal bakal perkembangan kebudayaan Islam dan kerajaan-kerajaan Islam yang mulai bercokol di tanah Andalusia (sekarang Spanyol). Berkat kedatangan Islam di Andalusia hampir delapan abad lamanya kaum Muslim mengusasi kota-kota penting seperti Toledo, Saragosa, Cordoba, Valencia, Malaga, Seville, Granada dan lain sebagainya, mereka membawa panji-panji ke-Islaman, baik dari segi Ilmu pengetahuan, Kebudayaan, maupun segi Arsitektur bangunan.

Di negeri inilah lahir tokoh-tokoh muslim ternama yang menguasai berbagai ilmu pengetahuan, seperti Ilmu Agama Islam, Kedokteran, Filsafat, Ilmu Hayat, Ilmu Hisab, Ilmu Hukum, Sastra, Ilmu Alam, Astronomi, dan lain sebagainya. Oleh karena itu dengan segala kemajuan dalam berbagai ilmu pengetahuan, kebudayaan serta aspek-aspek ke-islaman, Andalusia kala itu boleh dikatakan sebagai pusat kebudayaan Islam dan Ilmu Pengetahuan yang tiada tandingannya setelah Konstantinopel dan Bagdad. Maka tak heran waktu itu pula bangsa-bangsa Eropa lainnya mulai berdatangan ke negeri Andalusia ini untuk mempelajari berbagai Ilmu pengetahuan dari orang-orang Muslim Spanyol, dengan mempelejari buku-buku buah karya cendekiawan Andalusia baik secara sembunyi-sembunyi ataupun terang-terangan.

Di negeri inilah lahir tokoh-tokoh muslim ternama yang menguasai berbagai ilmu pengetahuan, seperti Ilmu Agama Islam, Kedokteran, Filsafat, Ilmu Hayat, Ilmu Hisab, Ilmu Hukum, Sastra, Ilmu Alam, Astronomi, dan lain sebagainya. Oleh karena itu dengan segala kemajuan dalam berbagai ilmu pengetahuan, kebudayaan serta aspek-aspek ke-islaman, Andalusia kala itu boleh dikatakan sebagai pusat kebudayaan Islam dan Ilmu Pengetahuan yang tiada tandingannya setelah Konstantinopel dan Bagdad. Maka tak heran waktu itu pula bangsa-bangsa Eropa lainnya mulai berdatangan ke negeri Andalusia ini untuk mempelajari berbagai Ilmu pengetahuan dari orang-orang Muslim Spanyol, dengan mempelejari buku-buku buah karya cendekiawan Andalusia baik secara sembunyi-sembunyi ataupun terang-terangan.

Diantara cendekiawan-cendekiawan asal andalusia tercatat Ibnu Thufail (1107-1185) dilahirkan di Asya, Granada. Nama lengkapnya adalah Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Thufail al-Qisi, ia pernah menjabat sebagai Mentri dalam bidang Politik di pemerintahan, dan juga pernah sebagai Gubernur untuk Wilayah Sabtah dan Tonjah di Magribi. Sebagai ahli falsafah, Ibnu Thufail adalah guru dari Ibnu Rusyd (Averroes), ia mengusai ilmu lainnya seperti ilmu hukum, pendidikan, dan kedokteran, sehingga Thufail pernah menjadi sebagai dokter pribadi Abu Ya’kub Yusuf seorang Amirul Muwahhidin. Ibnu Thufail atau di kenal pula dengan lidah Eropa sebagai Abubacer menulis Roman Filasafat dalam literatur abad pertengahan dengan nama Kitabnya “Hayy ibn Yaqzan”, salah satu buku sebagai warisan dari ahli filsafat Islam tempo dulu yang sampai kepada kita, sedangkan sebagian karyanya hilang.

Al-Idrisi, lahir di Ceuta pada tahun 1100 M salah seorang ahli Geografi dengan nama lengkapnya Abu Abadallah Muhammad al-Idrisi, yang menulis Kitab Ar-Rujari atau dikenal dengan Buku Roger salah satu buku yang menjelaskan tentang peta dunia terlengkap, akurat, serta menerangkan pembagian-pembagian zona iklim di dunia. Ar-Rujari sebuah karya yang diperbantukan untuk Raja Roger II, dimana buku ini sempat dimanfaatkan oleh orang-orang Eropa baik Muslim maupun non Muslim. Al-Idrisi adalah seorang yang tekun, pekerja keras dan tanpa lelah untuk mengerjakan sesuatu yang bermanfaat, ia menggali ilmu Geografi dan ilmu Botani di Kordoba Spanyol. Selain itu dalam melahirkan ahli Botani, Andalusia mencatat pula nama Abu Muhammad ibn Baitar atau Ibnu Baitar (1190-1248) yang dilahirkan di Malaga, dialah yang petama kali menggabungkan ilmu-ilmu botani Islam, dimana karyanya dijadikan sebagai standar referensi hingga abad ke-16.

Ibnu Bajjah (1082-1138), ia dilahirkan di Saragosa dengan nama lengkapnya Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh, ia adalah seorang yang cerdas sebagai ahli matematika, fisika, astronomi, kedokteran, filsafat, dan penyair dari golongan Murabitin, selain hafal Al-Qur’an beliaupun piawai dalam bermain musik gambus. Kepercayaanya terhadap Ibnu Bajjah dalam bermain politik semasa kepemimpinan Abu Bakr Ibrahim ia diangkat menjadi Mentri di Saragosa. Karangannya yang terkenal adalah an-Nafs (Jiwa) yang menguraikan tentang keadaan jiwa yang terpengaruhi oleh filsafat Aristoles, Galenos, al-Farabi, dan Ar-Razi. Dalam usia 56 tahun Ibnu Bajjah meninggal sebab diracuni dan hasil karyanya banyak yang dimusnahkan, namun ajaran-ajarannya mempengaruhi para ilmuwan berikutnya di tanah Andalusia.

Ibnu Rusyd (1126-1198) lahir di Cordova lidah barat menyebutnya Averroes yang nama lengkapnya adalah Abdul Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Ibnu Rusyd. Ibnu Rusyd adalah seorang ahli hukum, ilmu hisab (arithmatic), kedokteran, dan ahli filsafat terbesar dalam sejarah Islam dimana ia sempat berguru kepada Ibnu Zuhr, Ibn Thufail, dan Abu Ja’far Harun dari Truxillo. Pada tahun 1169 Ibn Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla, pada tahun 1171 dilantik menjadi hakim di Cordova. Karena kepiawaiannya dalam bidang kedokteran Ibnu Rusyd diangkat menjadi dokter istana tahun 1182.

Karya besar yang di tulis oleh Ibnu Rusyd adalah Kitab Kuliyah fith-Thibb (Encyclopaedia of Medicine) yang terdiri dari 16 jilid, yang pernah di terjemahkan kedalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh seorang Yahudi bernama Bonacosa, kemudian buku ini diterjemahkan kedalam bahasa Inggris dengan nama “General Rules of Medicine” sebuah buku wajib di universitas-universitas di Eropa. Karya lainnya Mabadil Falsafah (pengantar ilmu falsafah), Taslul, Kasyful Adillah, Tahafatul Tahafut, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtashid, Tafsir Urjuza (menguraikan tentang pengobatan dan ilmu kalam), sedangkan dalam bidang musik Ibnu Rusyd telah menulis buku yang berjudul “De Anima Aristotles” (Commentary on the Aristotles De Animo). Ibnu Rusyd telah berhasil menterjemahan buku-buku karya Aristoteles (384-322 SM) sehingga beliau dijuluki sebagai asy-Syarih (comentator) berkat Ibnu Rusyd-lah karya-karya Aristoteles dunia dapat menikmatinya. Selain itu beliaupun mengomentari buku-buku Plato (429-347 SM), Nicolaus, Al-Farabi (874-950), dan Ibnu Sina (980-1037).

Ibnu Rusyd seorang yang cerdas dan berfikiran kedepan sempat dituduh sebagai orang Yahudi karena pemikiran-pemikirannya sehingga beliau di asingkan ke Lucena dan sebagian karyanya dimusnahkan. Doktrin Averoism mampu pengaruhi Yahudi dan Kristen, baik barat maupun timur, seperti halnya pengaruhi Maimonides, Voltiare dan Jean Jaques Rousseau, maka boleh dikatakan bahwa Eropah seharusnya berhutang budi pada Ibnu Rusyd.

Ibnu Zuhr (1091-1162) atau Abumeron dikenal pula dengan nama Avenzoar yang lahir di Seville adalah seorang ahli fisika dan kedokteran beliau telah menulis buku “The Method of Preparing Medicines and Diet” yang diterjemahkan kedalam bahasa Yahudi (1280) dan bahasa Latin (1490) sebuah karya yang mampu pengaruhi Eropa dalam bidang kedokteran setelah karya-karya Ibnu Sina Qanun fit thibb atau Canon of Medicine yang terdiri dari delapan belas jilid.

Ibnu Arabi (1164-1240), dikenal juga sebagai Ibnu Suraqah, Ash-Shaikhul Akbar, atau Doktor Maximus yang dilahirkan di Murcia (tenggara Spanyol). Pada usia delapan tahun tepatnya tahun 1172 ia pergi ke Lisbon untuk belajar pendidikan Agama Islam yakni belajar Al-Qur’an dan hukum-hukum Islam dari Syekh Abu Bakar bin Khalaf. Setelah itu ia pergi ke Seville salah satu pusat Sufi di Spanyol, disana ia menetap selama 30 tahun untuk belajar Ilmu Hukum, Theologi Islam, Hadits, dan ilmu-ilmu tashawwuf (Sufi).

Karyanya sungguh luar biasa, konon Ibnu Arabi menulis lebih dari 500 buah buku, sekarang di perpustakaan Kerajaan Mesir di Kairo saja masih tersimpan 150 karya Ibnu Arabi yang masih ada dan utuh. Diantara karya-karyanya adalah Tafsir Al-Qur’an yang terdiri 29 jilid, Muhadaratul Abrar Satu jilid, Futuhat terdiri 20 jilid, Muhadarat 5 jilid, Mawaqi’in Nujum, at-Tadbiratul Ilahiyyah, Risalah al-khalwah, Mahiyyatul Qalb, Mishkatul Anwar, al Futuhat al Makiyyah yakni suatu sistim tasawwuf yang terdiri dari 560 bab dan masih banyak lagi karangan-karangan hasil pemikiran Ibnu Arabi yang mempengaruhi para sarjana dan pemikir baik di Barat maupun Timur setelah kepergiaanya.

Ibnu Arabi dengan nama lengkapnya Syekh Mukhyiddin Muhammad Ibnu ‘Ali adalah salah seorang sahabat dekat Ibnu Rusyd. Ia sering berkelana untuk thalabul ‘ilmi (mencari ilmu) dan mengamalkan ilmu yang dimilikinya seperti ke Maghribi, Cordova, Mesir, Tunisa, Fez, Maroko, Jerussalem, Makkah, Hejaz, Allepo, Asia kecil, dan Damaskus hingga wafatnya disana dan dimakamkan di Gunung Qasiyun.

**

Hampir delapan abad lamanya Islam berkuasa di Andalusia sejak tahun 711 M hingga berakhirnya kekuasaan Islam di Granada pada tanggal 2 Januari 1492 M / 2 Rabiul Awwal 898 H tepatnya 512 tahun lalu, Andalusia dalam masa kejayaan Islam telah melahirkan cendekiawan-cendekiawan muslim yang tertulis dengan tinta emas di sepanjang jaman. Karya mereka yang masih ada banyak diterjemahkan dalam berbagai bahasa di penjuru dunia. Sehingga universitas-universitas dibangun di negeri ini ditengah ancaman musuh-musuhnya.

Itulah keunikan para ulama, cendekiawan-cendekiawan tempo dulu bukan saja menguasai satu bidang ilmu pengetahuan namun mereka menguasai berbagai ilmu pengetahuan yang disegani dan tanpa pamrih, hingga nama mereka dikenang oleh setiap insan. Kini bukti kemajuan akan peradaban Islam tempo dulu di Spanyol dapat kita lihat sisa-sisa bangunan yang penuh sejarah dari Toledo hingga Granada, dari Istana Cordova hingga Alhambra. Dan disinilah berkat kekuasaan Tuhan walaupun kekuasaan Islam di Spanyol telah jatuh kepada umat Kristen beberapa abad silam yang menjadikan Katolik sebagai agama resmi, namun karya-karya anak negeri ini mampu memberikan sumbangsih yang luar biasa bagi umat manusia hingga di abad milenium yang super canggih.

Satu hal yang harus kita renungkan sekarang, apa yang telah engkau berikan kepada bangsa dan umat manusia ini. Kemanfaatan atau Kemadlaratan?.

***

*) Penulis adalah Alumni Universitas Langlangbuana Bandung (Yayasan Brata Bhakti POLRI Jawa Barat).

Mudah-mudahan artikel ini dapat di muat di Media Isnet sebagai pelengkap Artikel yang telah di muat di media Isnet (Alhambra, Bukti Kejayaan Islam di Spanyol) oleh Marsudi Fitro Wibowo, SE. adalah Peminat Sejarah Baik Nasional maupun Internasional. Semoga dapat bermanfaat untuk semua Amiin.

* Berdasarkan artikel ini, kita dapat lihat pembuktian kemampuan dalam melahirkan cendekiawan2 yang mempunyai intelektual yang tinggi dalam membina tamadun. Cendekiawan2 yang lahir ini juga seiring dengan peningkatan teknologi pada zaman dahulu. ketika mana barat baru bertatih dalam membina kembali tamadun manusia, Ketamadunan Islam telah membangun jauh dengan penciptaan segala macam peralatan teknologi yang sehingga kini digunakan dan diinovasikan.

Ana berharap artikel ini dapat membuka mata pembaca sedikit mengenai teknologi Islam. Artikel ini berkait dengan artikel “Siyasah Syar’iyyah” dan InsyaAllah akan datang artikel tentang “Mobilisasi ketamadunan : pembangunan teknologi seiring dengan pembangunan minda dan Ruh Islami”. semoga ana diberi kelapangan untuk menyiapkannya…

Wallahu’alam…

Siyasah Syar’iyyah

09/09/2009 at 9:50 am | In Fakta Umum, Siasah | Leave a Comment

Pengertian Siasah Dari Perspektif Bahasa ‘Arab

Siasah dalam bahasa ‘Arab berasal daripada perkataan “sasa” (ساس) atau “sawasa” (سوس) Dari segi bahasa, ia mempunyai pelbagai maksud dan pengertian. Ia adalah reformasi atau pengislahan dengan berbagai-bagai cara, seperti memberi tunjuk ajar, arahan, disiplin, suruhan dan larangan. Ia berpunca daripada kemampuan pemerintahan atau kepimpinan.

Pengertian Siasah Dari Perspektif Syara’ Perkataan siasah tidak disebutkan di dalam al-Quran, walaupun banyak hadith yang memperkatakan tentang pengertian siasah seperti di atas. Di dalam hadith ada diriwayatkan lafaz “siasah”. Sabda Nabi SAW:

كادت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء، كلما هلك نبي خلفه نبي …)) رواه البخاري ومسلم

Yang bermaksud: “Bani Israel nyaris para nabi memerintah mereka. Setiap kali mati seorang nabi, maka digantikan dengan nabi yang lain..” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Jelaslah di sini bahawa perkataan siasah di dalam syara’ digunakan seperti mana takrifan bahasanya. Jadi ia bermaksud: Perkara yang dilakukan pemerintah atau pemimpin terhadap rakyat, yang bermanfaat, baik, dan berguna untuk mereka samada ia adalah berbentuk suruhan, larangan, tunjuk ajar dan disiplin. Takrifan ini jelas menunjukkan sudut praktikal siasah. Siasah di sini adalah segala urusan, kerja dan tindakan pengislahan.

Skop Siasah Pada Pandangan Fuqaha

Mereka mempunyai dua pendapat mengenai skop siasah, iaitu:

1.  Segala tindakan atau perbuatan yang mendekatkan manusia kepada kebaikan (maslahah) dan menjauhkan mereka keburukan (mafsadah). Walaupun ia tidak disyariatkan oleh Rasulullah SAW dan wahyu tidak memperkatakan tentangnya. Selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara’.

2.  Dalam lingkungan bab jenayah dan hukuman berat. Bahkan sama maknanya dengan ta’zir. Ini merupakan pandangan kebanyakan fuqaha Mazhab Hanafi. Skopnya lebih sempit berbanding dengan pandangan pertama.

Siasah Syar’iyyah

Siasah berdasarkan sumbernya, terbahagi kepada dua bahagian utama: Siasah Diniyyah dan Siasah ‘Aqliyyah. Ibn Khaldun menerangkan perkara ini ketika mana dia memperkatakan tentang keperluan wujudnya kanun-kanun siasah yang menjadi kata pemutus (qawanin siasah mafrudhoh) di dalam negara yang diterima pakai oleh semua. Katanya: “Sekiranya kanun perundangan ini diputuskan oleh golongan bijak pandai dan pembesar-pembesar negara serta cendiakawannya, maka ia adalah Siasah ‘Aqliyyah. Sekiranya ia merupakan perintah daripada Allah dengan syari’at yang diputuskan dan disyari’atkannya, maka ia adalah Siasah Diniyyah”.

Bertitik tolak daripada pembahagian Ibnu Khaldun terhadap siasah ini, dia menerangkan jenis-jenis Nizam Siasi yang ada. Dia menyebut: “Kerajaan Siasi: Ia memimpin rakyat berdasarkan pandangan akal dalam memperoleh kebaikan duniawi dan menolak keburukan. Khilafah: Ia memimpin rakyat berdasarkan pandangan syara’ dalam kebaikan ukhrawi dan duniawi yang menuju ke arah ukhrawi”.

Jelas di dalam kata-kata Ibnu Khaldun mengenai kanun perundangan siasah, aspek piawaian siasah dengan menyifatkannya sebagai penggubalan undang-undang yang memerintah. Pembicaraannya ini hampir menyerupai pembicaraan “Al-Ahkam As-Sultoniyyah”. Oleh itu, siasah mempunyai dua aspek: aspek piawaian yang menyeluruh dan aspek pelaksaan dan ‘amali. Maka Siasah Syar’iyyah itu menjaga dua aspek ini. Malah ia terikat dengannya dan tidak terkeluar sama sekali.

Ternyata perkataan siasah sebelum ini tidak digabungkan bersama dengan perkataan syar’iyyah, kerana siasah itu bermaksud pengislahan. Malahan pengislahan yang sebenar tidak akan berlaku melainkan dengan syara’. Apabila para pemerintah tidak lagi memahami siasah Rasulullah SAW dalam pemerintahan, serta siasah mereka menyalahi syara’, maka timbullah istilah Siasah Syar’iyyah. Ia bertujuan untuk membezakannya dengan siasah yang zalim. Ia juga dinamakan dengan Siasah ‘Adilah. Perkara ini dapat diperhatikan melalui tulisan Ibn Taymiyyah dan Ibn Al-Qayyim.

Fiqh Siasah Syar’iyyah

Seterusnya para ‘ulama menggariskan permasalahan yang berkaitan dengan Siasah Syar’iah kepada dua kategori, iaitu:

Pertama : Masalah yang mempunyai nas-nas syar’ie tentangnya.

Kedua : Masalah yang tidak mempunyai nas-nas syar’ie yang khusus mengenainya.

Permasalahan pertama dapat difahami melalui:

1. Pemahaman nas-nas syar’ie dengan kefahaman yang baik, mengetahui petunjuk-petujuknya, memerhatikan syarat-syarat yang diperlukan untuk melaksanakan hukum serta yang halangan-halangan yang menghalang perlaksanaannya.

2. Perbezaan di antara nas-nas tasyri’ umum yang meliputi setiap masa dan tempat – ini adalah asas utama nas-nas syar’ie – dengan nas-nas yang hukum-hukum di dalamnya mempunyai sebab (‘illah) tertentu, terikat dengan sifat tertentu, atau yang meraikan ‘uruf pada zaman tasyri’ dan sebagainya. Sebagai contoh, perkara ini dapat dilihat dalam tindakan ‘Umar ibn Al-Khattab melarang memberi bahagian zakat muallaf, kerana sifat ini telah hilang daripada mereka. Sebelum ini mereka diberi bahagian mereka kerana sifat ini, bukan kerana diri mereka.

Permasalahan kedua pula dapat difahami melalui cara Ijtihad yang matlamatnya adalah menjamin masoleh dan mengelak mafasid. Ijtihad di sini bukan memperoleh apa yang disangkakan masoleh atau mengelak apa yang disangkakan mafasid. Bahkan ia terperinci dengan penelitian Ijtihad yang betul, iaitu:

1. Ijtihad perlu berjalan berdasarkan maqosid syar’iyyah bagi menjamin maqosid dan mengekalkannya.

2. Tidak bercanggah dengan dalil-dalil syara’ yang terperinci (tafsiliyah), kerana tidak wujud sama sekali maslahah yang bercanggah dengan dalil syara’. Walaupun ia nampak seolah-olah baik berdasarkan akal dan pandangan manusia.

Kedua-dua permasalahan ini, terutamanya pada zaman kini, memerlukan kepada penubuhan insititusi-institusi atau suruhanjaya-suruhanjaya yang bertanggung jawab ke atas perlaksaannya agar ia berjalan dengan baik dan cemerlang. Penubuhan institusi-institusi ini agar bersesuaian dengan maqasid syar’iyyah dan tidak bercanggah dengan nas-nas syara’ yang terperinci, adalah salah satu daripada Siasah Syar’iyyah. Ijtihad dalam permasalahan Siasah Syar’iyyah berkemungkinan menimbulkan hukum-hukum ijtihadiyah yang baru selari dengan perubahan zaman untuk kebaikan manusia, atau menafikan hukum-hukum ijtihadiyah yang lama, sekiranya ia tidak lagi mendatangkan kebaikan atau menyebabkan kemudharatan atau tidak lagi bersesuaian dengan perubahan zaman. Atau hukum-hukum ijtihadiyah yang baru lebih mendatangkan manfaat dan mengelak kemudharatan.

Siasah Syar’iyyah Dan Nizom Siasi

Skop Siasah Syar’iyyah yang luas dan banyak ini menyebabkan ia seolah-olah sama dengan Nizom Siasi. Walhal Nizom Siasi itu adalah sebahagian daripada Siasah Syar’iyyah. Nizom Siasi, atau Al-Ahkam As-Sultoniyyah, perbahasan dan perlaksanaannya secara praktikal, usaha untuk menubuhkan institusi-institusinya serta perletakan sistem dan strukturnya, menjadikannya sangat penting. Ini menyebabkan sesetengah ‘ulama masa kini menyamakannya dengan siasah Syar’iyyah. Sedangkan skop perbahasan Siasah Syar’iyyah lebih luas daripada itu. Menjawab tohmahan dan tuduhan yang timbul mengenai Siasah Syar’iyyah, serta penjelasan tentang sistem yang bertentangan dengan sistem Islam; kesalahan dan keburukannya, adalah termasuk di dalam ilmu Siasah Syar’iyyah.

Kesimpulan

Berdasarkan apa yang telah kita perkatakan sebelum ini, wajib ke atas faqih dan orang yang mendalami perkara ini memerhatikan beberapa perkara iaitu:

1. Benar-benar mengetahui dan memahami bahawa syariah sangat menitik beratkan maslahah duniawi dan ukhrawi, secara menyeluruh dan sempurna termasuk maslahah dalaman dan luaran, ini berdasarkan firman Allah swt:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُم

Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu(al-maidah:3)

2. Menelaah nas-nas syara’ secara meluas dan memahaminya terutamanya nas-nas yang menunjukkan siasah ilahiah dan nabawiyyah.

3. Pengetahuan yang luas dan mendalam tentang maqasid syar’iyyah yang dibina di atas kaedah “membawa kebaikan duniawi dan ukhrawi dan menolak kemudharatan”.

4. Perbezaan di antara syar’iyyah yang berbentuk kulliah dan tidak berubah dengan perubahan zaman, dan siasah juziah yang mengikut maslahah serta terikat dan berubah dengan perubahan masa dan tempat.

5. Pengetahuan dan pengalaman tentang keadaan semasa serta memahaminya dengan mendalam dan terperinci, berkemampuan mengaitkan keadaan semasa dengan dalil-dalil syar’ie.

6. Mempelajari siasah syariah pada zaman khulafa’ ar-rasyidin dan memahaminya.

7. Mengetahui bahawa ijtihad dalam siasah syar’iyyah bukan hanya sekadar apa yang digambarkan oleh akalnya sebagai maslahah  tetapi terikat dengan maslahah-maslahah yang diperakui oleh syara’.8. Golongan yang berkecimpung dalam bidang ini perlu memiliki sifat rahmat antara satu sama lain ketika berbeza pendapat dalam ijtihad.

Olahan daripada artikel siasah syariah ta’rif dan ta’sil oleh muhammad bin syakir asy-syarif. (http://saaid.net/Doat/alsharef/ms.htm)

* Lalu, seharusnya dengan berlandaskan prinsip siyasah syar’iyyah itulah kita seharusnya membina negara… bukannya prinsip itu yang seharusnya mengikut dasar negara yang ingin dibina… yang sebenarnya kita jelas dengan pembinaannya hanya mengikut hawa nafsu dan berlandaskan keinginan semata-mata… Prinsip siyasah syar’iyyah Itulah sebenar-benar negara Islam… bukanlah negara Islam hanya pada nama… Bermula dengan dasar inilah yang akan membawa kita kearah gagasan ketamadunan Islam yang telah sekian lama runtuh… Tamadun yang dahulunya gah dengan keilmuwan dan teknologi juga keintelektualan yang dibina… Rujuk slide dibawah:

Wallahu’alam…

Akan datang…

Mobilisasi Ketamadunan : “pembangunan teknologi, seiring pembangunan minda dan Ruh Islami” ….semoga Allah memberi kelapangan untuk menyiapkan artikel ini…

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.