Archives

Mereka yang kukagumi…

Khamis, 19 Ogos 2011, 3:58pm

Mereka yang ini sangat hebat…! Sungguh! Aku sangat kagum……! Mereka inilah…

Yang menjaga hati…

Mereka ini bukanlah seorang insan yang sememangnya tiada pacar atau boyfriend girlfriend… Tiada muslimat/muslimin yang terdetik dihati mereka untuk menyukai… tetapi, mereka ini kelihatan hebat dan amat kukagumi apabila mereka dengan sedaya upaya berusaha menahan hati… mengawal emosi… mengawal perasaan… dan terus menerus menjaga hati… mereka berusaha merahsiakannya sebelum tiba waktu yang sesuai mereka meluahkan untuk menyahut seruan sunnah Rasulullah s.a.w… dan mendirikan istana rumahtangga… mereka bertekad dengan azam yang kuat… Sungguh! Aku kagum….!

Yang mengawal Ammaroh…

Mereka ini bukanlah seorang insan yang tidak pernah marah… tidak pernah rasa geram dan sakit hati… Tetapi, mereka berusaha sedaya upaya mengawal nafsu ammaroh… berusaha menahan hati yang marah… berusaha menyejukkan hati… dengan istighfar… dengan mengambil wudhu’… dengan membaca Al-Quran… Mereka berusaha untuk tidak menyakiti orang lain dengan kemarahannya… Sungguh! Aku sangat kagum…!

Yang menjaga tutur bicara…

Mereka ini bukanlah seorang insan yang tidak pernah tersalah kata… tersilap bicara… bukanlah tidak pernah menyinggung hati orang lain dengan bicaranya… Tetapi, mereka ini berusaha dalam berfikir sebelum melontarkan setiap kata-kata mereka supaya tidak menginggung hati orang lain… mereka berusaha menimbang tara buruk baik tutur kata mereka… mereka berusaha menghayati dan memahami kesan bicara mereka terhadap diri orang disekeliling… Mereka tidak pernah berniat buruk, berbicara untuk menyakiti hati orang lain… Mereka turut merasa dan memikul tanggungjawab akibat diatas setiap kata-kata mereka tanpa berdolak dalih… Sungguh! Aku kagum…!

Yang berani meminta maaf…

Mereka ini bukanlah seorang yang maksum seperti para nabi… mereka bukanlah seorang yang tidak pernah melakukan kesilapan… mereka bukanlah seorang yang tidak pernah tersilap tingkah… terlakukan dosa… Tetapi, mereka ini berusaha memperbaiki kesilapan mereka… berusaha bertanggungjawab akibat kesalahan mereka… berusaha dan berazam tidak mengulangi kesilapan mereka untuk kedua kalinya… berusaha untuk mengenepikan ego dalam diri mereka untuk memohon maaf dan akui kesilapan…  Bertaubat sesungguhnya terhadap Rabbul Jalil… Tuhan sekalian alam…  Berusaha kembali ke jalan Allah… Sungguh! Aku sangat kagum…!

Yang sanggup berkorban…

Mereka bukanlah seorang yang langsung tidak pernah pentingkan diri… bukanlah yang tidak pernah mengabaikan orang lain… yang juga pernah merebut peluang untuk memuaskan hati sendiri… Akan tetapi, mereka berusaha untuk mengenepikan perasaan pentingkan diri… mereka berusaha mendidik diri , hati, dan nafsu agar akur pada keimanan yang teguh… mereka bukan sahaja berkorban keinginan sendiri, malah mereka cuba mendahulukan orang lain lebih dari diri mereka sendiri… Mereka bersedekah terhadap makanan yang ada ditangan mereka biarpun perut sendiri berkeroncong… mereka bersedekah terhadap wang ditangan mereka biarpun untuk kegunaan sendiri tidak mencukupi… mereka tetap membantu orang lain biarpun diri sendiri layak dibantu… mereka korbankan perasaan sendiri demi untuk menjaga perasaan orang… mereka korbankan kesenangan diri demi untuk memberi kesenangan orang lain…  mereka korbankan keinginan diri demi untuk memenuhi keinginan orang lain… Sungguh! Aku sangat kagum…!

Yang merebut ramadhan secara luarbiasa…

Mereka bukanlah seorang yang tinggi ilmunya… bukan juga banyak amalannya… mereka sangat menyedari kekurangan diri dengan berusaha memperbaiki dan menambah amalan… Bulan penuh barokah Ramadhan kareem ini digunakan secara optima untuk memperoleh pahala… menampal pakaian iman mereka yang carik… Malahan, mereka tidak kedekut untuk mensedekahkan amalan mereka kepada orang tua yang mendidik dan melahirkan mereka… Tidak lupa mendoakan seluruh Muslimin muslimat agar turut bersama-samanya mengejar amalan di bulan barokah… Pecutan dilakukan untuk diri mereka, sedikitpun tidak menghalang mereka untuk membawa orang lain bersama dalam beramal… Perlumbaan untuk memperoleh pahala amalan yang banyak, tidak menjadikan mereka berniat membiarkan orang lain hanyut… diusahakan untuk dibawa bersama….. Sungguh! Aku sangat kagum…!                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

-qatrunnada-

“Salam Pecutan Terakhir Ramadhan…”

“Membayangkan pengamal untuk berusaha beramal… Selamat Beramal….

Konflik ‘Nilai’ Dalam Diri Orang Beriman

Sepanjang pagi ini ana berbual dan berbincang dengan seorang adik. Walaupun kini bergelar mantan untuk semua amanah dan tanggungjawab di kampus, namun amanah dan tanggungjawab menceritakan pengalaman untuk menjadi iktibar generasi akan datang tetap tergalas. Dan ana InsyaAllah akan tetap terus dan tidak akan berhenti dan berputus asa untuk menyampaikan… biarpun ramai yang mencela…

“Kak, kenapa cerita ni kata, orang yang jahat ni dapat masuk syurga, orang baik ni masuk neraka pulak kak… eeehh… x faham!”

Izzah mengomel denganku… Dia yang sejak pagi tadi membaca buku ‘101 Kisah & Pengajaran daripada Al-Quran, Al-Hadith & Hayatus Sahabah’ karangan Ust.Zahazan Mohamed mula mengomel terhadap cerita yang entah keberapa tajuknya yang telah dibaca.

“Aii…buku tu kan cerita dari petikan hadis… baca dua tiga kali baru boleh faham…”

“Alaa…tak faham jugak… tajuknya, ‘Ahli Taat dan Ahli Maksiat’… Kenapa orang yang jahat dan selalu buat dosa dalam cerita ni masuk syurga sedangkan dia ahli maksiat… dan orang yang selalu taat dan melaksanakan perintah Allah ni pulak yang masuk neraka…? Kak… tengok la ni… yang cerita ni…”

Izzah terus mengajukan muka surat yang dibacanya pada ana… Terus ana teringat, kisah ini pernah ana sampaikan kepada murid2 di kelas Pengajian Al-Quran dan Tajwid Baitul Raudhah yang ana handle sejak awal Disember lalu… Setiap hari kelas, ana akan mulakan dengan belajar 1 hukum tajwid. Diikuti dengan tasmi’ bacaan Muqaddam dan Al-Quran mereka. Kemudian diakhiri dengan dibacakan 1 kisah daripada kitab milikku yang sudah berlubang digigit tikus itu…

“Sebenarnya, kenapa ahli taat tu x dapat masuk syurga, sebab dia dengan senangnya menghukum ahli maksiat yang selalu berbuat dosa tu dengan berkata padanya,

‘Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni olehNya atau kamu tidak akan dimasukkan kedalam syurga’…

Nampak tak disitu, dengan senangnya ahli taat itu menggunakan nama Allah dan menghukum orang yang berbuat dosa dengan mengatakan kamu tidak akan masuk syurga… Kita ini siapa? Kita ini siapa nak menghukum orang lain atas kesalahan mereka? Manusia mana yang tidak pernah berbuat silap? Haq untuk menghukum hanya ditangan Allah tau… Haq dan Zat yang mengetahui samada seseorang manusia itu masuk syurga dan neraka juga adalah Allah… Bukan manusia… “

“Jadi kak, salah ke cakap macam tu kak?”

“Salah la… lagipun, ustaz akak di sekolah pernah kata… orang yang suka menyebut-nyebut kesalahan orang lain… selalunya apabila dia beramal kebajikan bertujuan untuk menunjuk amalannya… itu namanya tidak ikhlas dalam beramal… walaupun dunia melihat orang itu sebagai ahli taat… tetapi, dipandangan Allah tidak begitu… sebab tu mungkin maksud dalam cerita tu, ahli taat tu masuk neraka, dan ahli maksiat yang ingin berubah tu masuk syurga…”

“Ooh… tapi kan kak, kenapa saya tengok budak2 kita, selalu je buat perkara tu?”

“Hmm…semuanya pada pandangan akak, berbalik pada akhlak… Kita ni, kurang dan sangat kurang ilmu dan amal tentang itu… yang menyebabkan kadang2 kita nampak perngai orang yang faham Islam dengan orang yang x faham Islam pun lebih kurang je… Sangat kurang didikan akhlaq… Sebab itu x dapat membentuk diri dan peribadi yang melahirkan sikap dan sifat yang seindah Rasulullah s.a.w… Akak teringat dulu, waktu akak 1st year… masa mula2 join BADAR akak masih lagi adik usrah Kak Nur Sumayyah, akak pernah usulkan padanya untuk mengubah silibus usrah yang ada sekarang… Akak kata, kita kene tambah satu lagi tajuk Akhlaq Islamiy. Akak nampak, masalah dengan budak2 kita yang utamanya, inilah antaranya… sebab kita tak mencontohi Rasulullah s.a.w… Cuba kita ingat balik… kenang balik masa permulaan Rasulullah berdakwah, sewaktu dizaman kecilnya sebelum Islam hadir… Rasulullah belum bawa Islam pun ketika tu, tapi kerana akhlaq, baginda digelar Al-Amin dan diberi kepercayaan oleh kaumnya untuk menentukan kabilah mana yang layak meletakkan Hajarul Aswad… Ingat x kisah tu?”

Izzah menggeleng….

“Tau ape yang Rasulullah cadangkan? Baginda mencadangkan supaya Hajarul Aswad diletak kan diatas kain yang mana setiap penjuru kainnya dipegang oleh setiap ketua kabilah di Mekah ketika itu… Maksudnya semua kabilah akan angkat batu tu sama2… bagus kan? Sudah la baginda seorang yang dipercayai, bijak pulak… Manusia ni kan Izzah, fitrahnya sukakan kebaikan… biarlah orang tu x bijak macam manapun… hodoh macam mana sekalipun… siapa yang x suka kalau baik orangnya… hati mana yang x tenang kalau bersamanya?… sesiapapun, even orang yang x faham dan x amal Islam sepenuhnya tetap suka… orang yang bukan Islam pun akan suka… Jadi, bab akhlaq tu akak usulkan untuk menjadi salah satu tajuk silibus usrah…”

“Akak kata lagi dengan kak Sumayyah… Mahasiswa kampus ni kan kak… apa lagi yang boleh tawan hati mereka? Pada ana, Akhlaq yang pertama, akademik off course akak tau peri pentingnya… Sebab akhi Asri Abdullah pernah kata, ‘Kita kene melahirkan pemimpin Qudwah yang mempunyai ‘izzah…’ Barulah orang pandang siapa kita ni… untuk dicontohi… Kita selalu mengejar perkara2 besar untuk memenangi hati masyarakat kampus… buat tu… buat program ni… tapi kunci utama diri ahli BADAR tu sendiri tarbiyah belum cukup mantap untuk memperbaikinya… Ada banyak lagi cadangan akak waktu tu akak x ingat… Banyak idealisma2 akak dulu2 yang sebenarnya jgk idealisma akak pegang smpai sekarang… Akh Ustaziatul Alam selalu meraikan pandangan2 akak… waktu tu… akak suka sangat… fikiran akak bercambah… dia selalu nak mendengar idea2 akak… Tapi, dengan diorang2 yg len ni generasi akak ni… jarang ada orang nak mendengar idea akak… ada memang ada… mungkin xrelevan kot… susah nak dipraktikkan… atau mungkin sebab akak x berjaya sampaikan dan fahamkan dengan diorang maksud sebenar akak… x pelah… ia x mengurangkan semangat akak untuk terus menyatakan pandangan.”

Si Izzah terus menerus terlopong mendengar penjelasan ana sambil mengangguk-anggukkan kepala… mungkin dia sedang menghadam apa yang ana perkatakan… mungkin jugak dia terfikir… aii kakak yang konon2 diam macam x banyak isi ni pun ade idealisma begitu ke?… Apapun monolog hati si izzah ni… ana harap satu jak pun… supaya dia faham dan dapat tangkap apa yang ana mau sampaikan sebenarnya… isi dan kulit… Ana kalau dah start bercakap, memang berjela-jela la jawabnya… Ana sambung lagi…

“Hmm…haritu, waktu akak pergi Bengkel Nasional yang GAMIS anjurkan… waktu nak mengusulkan resolusi dan usul yang utama untuk semua kampus, akak mencadangkan ketamadunan… huhuhu… kelakarkan?”

“Hahaha…Kenapa pulak kak? Apa yang akak nak sampaikan?”

“Sebenarnya akak mau cakap, Negara kita ni… Malaysia kearah membina satu tamadun… iaitu Tamadun Islam yang suatu ketika pernah mengharumi dunia dari barat ke timur… Jadi peranan mahasiswa la yang seharusnya menjadi mangkin (bahan mempercepatkan proses) untuk kearah membentuk tamadun tu… Mahasiswa perlu ada idealisma begitu… terutamanya mahasiswa Islam… Jadi, kearah melahirkan mahasiswa yang berfikir dan bertindak kearah itu… Usul ketamadunan akak tu, ade akak terangkan cabang-cabang pelaksanaannya… akak x ingat… ada kebajikan… ade pembangunan minda rohani… ada segala konsep yang nak ditetapkan dalam bengkel ni… huhu… waktu tu ramai ahli bengkel dah cadangkan usul… ada yang cadangkan Kebajikan, Kemasyarakatan, Tarbiyah, dll… tapi kelakarnya akak pulak tiba2 usulkan ketamadunan… kelakar bila fikir2kan sekarang… Tapi waktu tu, waktu akak sampaikan, diorang semua diam dan khusyu’ mendengar akak bercakap… risau jugak akak, faham ke diorang ni… Tapi, lepas tu, usul akak ditolak dan usul kebajikan diterima… kerana keadaan semua kampus memerlukan itu… usul ketamadunan sangat bagus, Cuma waqi’ (keadaan) kita belum sampai tahap itu… Ulas penghulu dan penghuluwati bengkel sebelum disimpulkan dan dipersetujui ramai…”

“Akak puashati dapat sampaikan apa yang akak fikirkan…cukuplah ia didengar dan diterima baik… walaupun x terpilih… Sebab akak yakin semua penggerak tetap sedang melaksanakan walau tak diperkasa…”

Lepas panjang lebar ana bercerita, c Izzah bersiap nak ke meeting… hmm… orang yang masih jadi penggerak kampus la katakan… mesti sentiasa sibuk… Ana sempat mintak untuk pinjam majalah SOLUSI si adik..  Isu No.26, ‘Apakah Nilai Anda?’… Terbaca pada halaman artikel oleh Pahrol  Muhammad Juoi, ana berhenti dan mula membuka laptop untuk menaip sehinggalah sekarang…

Antara petikan yang paling menarik minat ana adalah tentang kajian psikologi yang mengatakan,

“Mekanisme perlakuan manusia boleh diumpamakan sebagai sebongkah aisberg, kelakuan yang dizahir adalah hanya 10% sahaja daripada mekanisme itu. Baki dibawah adalah 90% yang tidak kelihatan yang mengandungi elemen2 yang fundamental seperti soal keyakinan, pandangan alam atau mindset, sistem nilai dan attitude.”

Apa yang ana faham dengan artikel tu, ia nak sampaikan tentang seorang yang beriman adalah berbeza dari sudut kepercayaan dan keyakinan. Seseorang yang percaya tidak semestinya meyakini apa yang dipercayai dan seseorang yang meyakini pasti sudah mempercayai. Ini adalah kerana, tahap iman seseorang yang hanya percaya, mempunyai iman yang sah tetapi belum mantap dan mereka perlu memantapkannya denga meyakini apa yang yang dipercayai. Sudah tentulah percaya dan yakin kewujudan dan keesaan Allah tuhan semesta alam.  Keyakinan yang teguh ini akan membentuk pandangan alam (mindset) yang tepat dalam pada kita ingin membentuk nilai dalam diri. Kerana manusia banyak bertindak mengikut emosi berbanding logik.

Macam contoh, kita tahu rokok adalah tidak baik untuk kesihatan… tetapi kita tetap ingin terus merokok dengan alasan mendapat kepuasan. Disinilah berlakunya konflik nilai. Contoh lain, kita tahu kita mesti mempunyai akhlaq yang baik untuk menjadi contoh kepada orang yang kurang faham Islam diluar sana mengambil iktibar, tetapi kita tak pernah berusaha untuk memperbaiki akhlak kita dengan memperbaharui teknik. Kita tetap tidak ingin berubah dan terus dengan akhlaq yang buruk sepertimana yang berlaku dalam masyarakat kini yang dengan cara sosial yang tidak syar’ie iaitu tidak mengikut apa yang Islam ajar dan apa yang Rasulullah tonjolkan. Berjudi, Minum arak, maksiat, panas baran, marah, membuli, menganiaya, merompak, merogol, membunuh dan sebagainya. Ini berlaku atas tindakan yang mengikut hati, akal dan emosi tadi yang hanya mahukan kesenangan dan kepuasan dunia yang sementara tanpa sedar bahawa kita mengikut nafsu.

Seharusnya keyakinan yang mantap dapat membentuk pandangan alam yang tepat yang dinamakan ‘Tauhidic Mindset’. Dengannya, seseorang akan melihat, menilai dan merasai segala-galanya dengan kesedaran wujudnya Tuhan Yang Maha Berkuasa dan tidak akan hanya wujud merujuk kepada hati, akal dan emosinya semata mata tetapi ia akan merujuk kepada wahyu dan sunnah. Inilah yang akan membentuk nilai diri kita sebenarnya yang menjadikan kita dapat mempercayai apa yang baik dan buruk, benar dan salah yang seterusnya terpamer melalui kelakuan dan personaliti yang ditonjolkan iaitu akhlaq itu sendiri.

Manusia yang dapat mengimbangi nilai kesenangan dan kekecewaan adalah manusia yang mendokong nilai yang baik yang mempertimbangkan sistem nilai dalam Islam yang membentuk perlakuan yang baik yang dibentuk dari keyakinan, pandangan alam, sistem nilai dan sikap. Kelakuan yang baik dilahirkan secara berterusan, mudah dan berkekalan melalui hasil penghayatan Rukun Iman dan pengamalan Rukun Islam yang membentuk Akhlaq Islamiy.

Artikel tersebut turut memberi formula membentuk Akhlaq Islamiy secara menyeluruh,

Rukun Iman sebagai Input, Rukun Islam sebagai Proses, dan Ihsan sebagai Output. Ihsan itu adalah hasil akhir yang terbahagi kepada 3, iaitu : Taqwa (hubungan manusia dengan Allah), Akhlaq (hubungan manusia sesama manusia) dan Itqan (hubungan manusia dengan pekerjaan).”

Nilai kehidupan dunia dilihat mengikut neraca Allah dan bukan manusia. Neraca yang tepat bagi menilai  ketepatan nilai seseorang individu itu perlulah berlandaskan  prinsip, “Apa yang dipandang indah oleh Syari’at itu indah dan apa yang dipandang buruk oleh syari’at itu buruk”.


“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Langkah Kaki Ini… ~~tahniah@takziah~~

Alhamdulillah…puji dan puja atas rahmat Allah jua… Tanpa disangka, alam kampus sedikit demi sedikit berarak meninggalkan bebannya dengan seribu satu kenangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata… Mehnah Tribulasi kehidupan lalu yang menjanjikan kesengsaraan akan datang… “Aii.. negatifnya pemikiran akak nih!” kata seorang junior ana yang masih lagi menggalas tanggungjawab di kampus… “Jangan ko risau ba dik… ndak jgk kaka begitu selalu…”

UMSKAL… bila berfikir tentang hari yang bakal dilalui, hati berbisik, “Ya Allah.. apa tidakkah aku menyesal meninggalkan kampus? apa selesaikah sudah tanggungjawab dan amanah yang pernah tergalas..? hmm…” macam-macam yang bermain difikiran… Timbang tara pencapaian, memang memberat kepada banyak lagi yang tidak selesai… Namun, hati ini tetap terasa lega meninggalkan kampus… teringat firman Allah didalam kitabNya,

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.” (Surah Al-Isra’,17:29)

Status ‘graduan’ yang seringkali mendapat pujian ucapan tahniah. Graduan diraikan dengan disusuli sebuah majlis yang besar untuk penyerahan ijazah oleh pihak universiti. Bukan sahaja pihak pentadbiran, malahan mahasiswa/I lainnya turut bersama membuat persiapan tersebut. Satu kampus meraikan. Keluarga terdekat, sahabat handai turut mencipta agenda untuk meraikan.

Sedar atau tidak, realiti bergelar graduan itu lebih kejam dari ucapan tahniah. Realiti menghadapi hidup yang sebenar turut bermula. Dengan bergelar graduan kita juga turut bergelar penganggur bertauliah! Mulalah bertebaran di muka bumi melelong segulung ijazah untuk diterima oleh mana-mana industri yang menawarkan pekerjaan. Pekerjaan yang diperoleh pastinya bukanlah bergaji tinggi walaupun memiliki segulung ijazah. Kerana rata-ratanya industri lebih menginginkan mereka yang berpengalaman. Jika tak diberi peluang, macam mana pengalaman diperoleh kan?!

Pendek kata, bergelar graduan disusuli dengan pikulan tanggungjawab yang semakin banyak. Satu tanggungjawab di kampus dilepaskan, sepuluh tanggungjawab yang menanti diluar. Rindu kenangan sewaktu di alam kampus yang hanya berfikir untuk belajar, berjuang, dan duit masuk pada masanya.

Tapi kini, bukan sahaja diri sendiri yang perlu difikir, malahan tanggungan keluarga turut tersenarai dalam barisan amanah yang wajib dipikul. Bukan itu sahaja, tanggungjawab terhadap masyarakat turut dipikul. Jiwa yang kental dan kesabaran yang tinggi sangat dibutuhkan. Apatah lagi pabila pengisian rohani sangat sukar diperoleh berbanding ketika di kampus. Lalu, kekuatan dari mana yang bisa digapai? Pastinya…..

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, padahal kamulah paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali-Imran, 3:139)

Lantaran itu, ucapan tahniah atau takziah yang lebih serasi bagi mereka yang bergelar graduan?

Salam Imtihan…

Assalamualaikum…

Salam sejahtera…salam perpaduan…salam ukhwah…

Kepada semua yg bergelar mahasiswa… pelajar…murid… tak kira seorang guru…seorang pekerja… seorang majikan…seorang ibu…seorang bapa…seorang anak…seorang sehabat… seorang musuh…seorang adik…seorang abang…seorang kakak…seorang yg dikenali… ataupun seorang yg x dikenali… semuanya berhak mendapat ucapan doa selamat…

Kerana semunya bergelar manusia…juga berpangkat sebagai hamba kepada penciptaNya… yg sememangnya lemah zatnya… yg selayaknya diuji olehNya… InsyaAllah…

Ma’a thamaniyat bittaufiq wannajah… Fil Imtihan…

Semoga kita sama-sama berjaya dalam peperiksaan akhir semester sesi 2009/2010…

Bila Hati Berbicara…(2)

Perkongsian Hati

Terasa ingin berkongsi satu kata2 yang amat terkesan dihati. Ditujukan buat hati ini dan hati sahabat2 yang ingin mencari sesuatu utk di isi… Ucapan ibnu Aithaillah:

ربما فتح لك باب الطاعة وما فتح لك باب القبول. وربما قدّر عليك المعصية فكانت سببا في الوصول. معصية اورثت ذلاّ وانكسار خير من طاعة اورثت عجبا واستكبارا

(( Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat dan tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Kadang-kadang ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, Tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai kearah kebaikan. Perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah dan menyesal lebih baik daripada perbuatan taat yang menimbulkan perasaan takabbur dan angkuh.))

Saya kira kata2 di atas boleh kita aplikasikan bagi mereka yang sedang mencari pintu taubat, dan bukannya menjadi penyebab untuk melakukan maksiat. Pintu rahmat dan taubat Allah itu sentiasa terbuka bagi hamba-hambanya.

Setiap perkara yang terjadi itu sentiasa ada ibrah disebaliknya dan memang benarlah allah tidak pernah menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia2. Di sisi Allah itu semuanya baik baik dan tinggal kita sahaja mentafsirkan bagaimana caranya.. Semoga bermanfaat bagi diri ini dan buat sahabat2 yang lain.

~Cukup bagiku Allah~

Sumber : Arikah Sadon (sahabat ana)

* Pandangan ana, jalan sudah terhidang dihadapan mata… terpulang pada diri kita sendiri untuk memilih untuk melangkahkan kaki kearah mana… Antara syurga dan neraka… antara dosa dan pahala… antara kebaikan dan keburukan… antara dunia dan akhirat…

“Allah menurunkan ujian sesuai dengan kemampuan hambanya…”

hanya manusia yang beralasan bahawa Allah yang mentakdirkan aku begini dan begini… begitu dan begitu… dengan melemparkan penyebab dosa yang telah mereka lakukan kepada Rabbul Jalil… lalu menyalahkan takdir…

Sesuai dengan keperluan hambaNya, Dia menghantar ujian untuk mematangkan kita… Tak dinafikan, kadang-kadang kita memang keliru… Segala persoalan dibenak fikiran membuatkan kita tertanya-tanya… Dan sudah pastilah Allah lebih tahu jawapanNya… Dia tahu bila masa yang sesuai untuk hambaNya dapatkan jawapan dan hikmah disebalik ujian yang diberikanNya… Kita hanya perlu sabar, dan husnu zhon (bersangka baik) terhadap percaturanNya…

Lebih baik lagi jika kita berfikiran seperti :

“Pandanglah susah dan senang itu ujian…Dimana Allah sedang ‘berbicara’ dngan hambaNya…Nescaya, kita akan rasa nikmatnya redha dan percaya sepenuhnya terhadap Rabbuna wa Rabbu Abaa Ikum…”

Tepuk dada, tanya hati… tepuk hati, tanya iman…

Wallahualam…

Bila Hati Berbicara…(1)

Bila hati yang berbicara… llidah kelu tak terkata… Tiada kata yang mampu dilafaz… Hati berdetik malu kepadaNya… Meskipun berdiri dihadapan makhluk juga hamba ciptaanNya, tetap tak mampu mengangkat wajah… Kaku untuk bertingkah… Keyakinankah yang hilang…? Atau apa..?

Hati terus-menerus bertasbih dan bertahmid padaNya… Debaran masih terasa… Teringat pula kalam Sang Pencipta… Tika mana amanah yang tergalas dibahu perlu diselesaikan buat terakhir kalinya… Diantara dua insan yang akan kupilih untuk menjadi pemimpin dikalangan kami, Istikharah memberiku jalan… Melalui 2 ayat dari KalamNya… Sesiapa yang memilih ayat 84, dialah pemimpin kami! dan tidak pula bagi sesiapa yang memilih ayat 82…

“Dan orang-orang yang kelmarin mengangan-angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata, “Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya). Sekiranya Allah tidak melimpahkan karuniaNya pada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah).”

(Surah Al-Qashas, 28:82)

“Barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanyadiberi alasan seimbang dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.”

(Surah Al-Qashas, 28:84)

Maka telah tersurat takdir mereka di Loh Mahfuz, hanya seorang yang akan dipilih mengetuai barisan jundullah… yang akan meneruskan rantaian perjuangan… Biarpun manusia hanya merancang, tetap Allah adalah sebaik-baik perancang… Hati kotor manusia tidak selayaknya untuk memilih… kerana belum tentu yang dipilih adalah berdasarkan kehendakNya…

Lantaran itu, yang berada dibawah harus redha dengan keputusan yang dibuat… Siapapun yang terpilih, pasti ada hikmah disebaliknya… peranan kita pula yang pastinya dipertikai diakhirat kelak… tiada insan yang sempurna, maka haruslah saling menampung satu sama lain… juga saling memaafkan… Hati ini terus-terusan berbicara…

Tidak layak rasanya diri ini untuk membuat pilihan… maka, mengharap pada Dia untuk memberikan petunjukNya… Ya! inilah masanya… Masa yang telah tiba… masa yang ditunggu lama dahulu… masa yang diharap pada sahabat agar memahami… jangan disentuh sekeping hati ini sebelum masanya… Jika bertanya pada hati, katanya, “aku ingin sambung belajar… Master targetku!” Namun, Dia lebih berkuasa… Jika dia tidak memperkenankan, pasti ada caturan terbaik untukku yang telah dahulu lagi sebelum aku diciptakan, tercatit didalam kitab itu susunan aturan hidupku… Maka redha bentengku daripada bersangka buruk terhadap Penciptaku…

“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram padanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”

(Surah Ar-Rum, 30:21)

“Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman.”

(Surah Ar-Rum, 30:37)

Tikamana aku mencari… cahaya dan petunjukNya… Dalam pada aku harus memilih insan yang seharusnya menerajui barisan jundullah di kampusku, aku juga diperintah olehNya untuk bersedia dalam mencari dan memilih, seterusnya merancang untuk insan yang bakal menerajui hidupku yang pastinya kuharapkan dia memanduku menuju RedhaNya… Yang membawa aku lebih intim kepada CintaNya…

Jika selama ini tiada siapa yang mampu mematahkan pendirianku… tetapi, apabila kalamNya berbicara… hatiku menjadi perkara kedua yang kutolak tepi buat sementara… Perjuangan ini perlu diteruskan mengikut redhaNya…

Ketika inilah ujian demi ujian yang besar hadir mengganggu ketenanganku… Umpan kesenangan ditanah asalku membuatkanku dilemma… Antara perjuangan yang mudah atau yang susah bakal aku pilih… Teringat pula pak menakanku pernah mengatakan…

“Hayfaa, bila konvo? tokusu nak datang sane la… nanti lepas ni kalo nak sambung study, sambung je kat semenanjung… kalo nak keje, keje je kat semenanjung banyak kaunter ‘Islamic Finance’ yang dibuka di semenanjung. Cakap je Hayfaa nak mana, InsyaAllah tokusu bole carikan…”

“Hmm…Jadi, macam mana Hayfaa nak tinggal borneo ni? tokusu dah umpan macam-macam nih…! Kalo Hayfaa dapat calon kat sini macam mana?”

“Kalo ade calon kat sana takpelah…tapi kalo takde, balik je la semenanjung… tak ada ape jugak kat sane…”

“Hmm…tengoklah dulu ye tokusu? praktikal memang dah dapat kat Labuan… tapi, lepas tu baru Hayfaa bagitau nak ke mana pulak k…?”

“ok…”

Mana mampu aku berdalih setiap kali disoal? insan-insan yang membesarkanku di tanah basah itu tidak harus kupersalahkan kerana kerisauan mereka… Kerisauan terhadap anak gadis yang mereka lihat ia membesar dihadapan mata, berada jauh diperantauan… Anak gadis itu begitu berani untuk jauh dari genggaman mereka… Dia harus memilih untuk memenangkan kesemua hati-hati insan yang melihatnya membesar atau memilih untuk memenangkan diri sendiri… Saat mereka berselisih pendapat itulah saat yang paling sukar… sukar untuk memilih yang mana harus dimenangkan… Lantaran itu, dia memilih untuk merantau… Namun kini, dia harus kembali kepada mereka… atau harus mendirikan kehidupan sendiri… Yang meyakinkan! Meyakinkan mereka untuk melepaskannya…

Aku? Hatiku ini terus-menerus berbicara… Bila hati yang berbicara… sudah pastilah mulut terkunci tanpa kata… Seakan-akan kupunyai duniaku yang kedua… Berat sekali untuk membuat keputusan… Yang pasti, bicara dan cahaya petunjukNya yang diharapkan untuk memimpin hati, fikiran dan keputusan yang bakal dibuat…

Ya Rabbi, tunjukkanlah aku jalan…!

Aku perlu berada disini… dibumi ini… bumi yang ketandusan pancaran iman dan Islam… mana mungkin aku bisa melepaskan tanggungjawabku disini…? Selagi belum pasti ada yang akan menggerakkannya… Perlu untuk aku meninggalkan ‘sesuatu’ disini… dibumi ini…

Jalan ini dipilih bukan kerana hati, tapi keranaNya… Kuketepikan semua kepentingan diri bukan kerana hati, tapi kerana Rabbuna wa Rabbu abaa ikum… Walau macam manapun, Aku harus pilih!

Ya Rabbi, tunjukkan aku jalan…!

sumber : HALH