Archives

Pengaruh AKAL…

Otak (brain) adalah organ yang mengawal tingkah laku manusia, sama ada yang baik atau tidak baik. Namun dalam situasi tertentu tingkah laku kita boleh  ’ditelunjukkan’ pula oleh gejolak jiwa dan perasaan.

Dalam kehidupan materialistik hari ini, tumpuan lebih diberikan ke atas kemampuan otak kita. Inilah yang ditunjukkan apabila masyarakat terlalu teruja dan meraikan kejayaan anak-anak mereka yang berjaya skor 5 – 10A dalam UPSR, PMR, SPM atau STPM/STAM. Jika gagal cemerlang, masyarakat yang sama juga akan bersedih dan kecewa. Kekesedihan dan kekecewaan ini selalunya lebih panjang diluahkan sebagaimana kegembiraan meraikan kejayaan anak-anak yang cemerlang.

Keprihatinan, juga kepekaan masyarakat nyata berbeza dalam isu akhlak dan sosial anak-anak kita. Bukan tiada yang risau atau berat memikirkan masalah sosial ini. Namun ia hanya dikongsi oleh sebahagian kecil daripada keseluruhan masyarakat kita yang besar.

Walau apapun realitinya, otak tetap besar kebolehan dan kesannya kepada kita. Oleh itu, ia menjadi bahagian tubuh manusia yang sangat penting untuk dijaga.

Dalam ilmu psikologi pendidikan, hal kemampuan otak ini sangat berkait dengan pembentukan sikap kita. Sikap ini dibentuk oleh nilai, kepercayaan, ideologi, andaian atau pun sangkaan kita terhadap sesuatu perkara. Kajian menunjukkan bila cara kita berfikir berubah, maka sikap kita turut berubah sama. Kesan akhirnya ialah perubahan tingkah laku dan amalan lama. Ini terjadi kerana kita berpindah dari nilai, kepercayaan, andaian lama kepada yang baru.

Barulah kita faham apabila kita selalu dinasihat pakar motivasi, para guru dan kaunselor agar mengubah set minda (mind-set) kita untuk mengubah tingkah laku. Inilah yang dimaksudkan dengan gesaan agar ubahlah cara berfikir atau dalam bahasa sekarang lakukan anjakan paradigma (paradigm shift).

Oleh kerana besarnya peranan, fungsi dan pengaruh otak ini kepada kehidupan kita , maka  fahamlah kita mengapa ramai pihak cuba mempengaruhi cara berfikir kita, baik secara halus atau secara terang-terangan, sama ada untuk tujuan baik atau jahat.

Dengan agenda masing-masing, melalui kempen, iklan, kegiatan atas nama seni, pendidikan, kebudayaan, ekonomi, politik bahkan agama, otak atau pemikiran kita diberikan dalil, testimoni, fakta, teori dan sebagainya. Dengan cara kreatif juga kritis, kita akan cuba dipengaruhi untuk bersetuju dengan apa yang mereka berikan kepada kita.

Bagi masyarakat Barat, pendekatan ini lebih mudah mencapai matlamatnya kerana mereka berpegang dan mendokong pemikiran logik, atau rasionalisme. Justeru, kehidupan masyarakat Barat sangat ditentukan oleh apa-apa yang logik atau munasabah beradasarkan kepada hujah akal semata-mata.

Agama Kristian – kepercayaan bertuhan triniti yang menuntut ketaatan dan kepatuhan hati penganutnya – yang sebelum ini menakluki pemikiran dan cara hidup masyarakat Barat, kini telah disempitkan kepada tempat dan masa yang tertentu sahaja. Inilah kesan daripada sekularisme – hasil kejayaan pemberontakan rakyat ke atas kuasa gereja (churchnity).

Entri hari ini bukan untuk mengupas perbezaan otak kita orang Timur dengan otak orang Barat dan kesannya kepada kehidupan dua masyarakat ini. Ia memerlukan ruang lain untuk kita mengupas dan membahaskannya. Saya menyentuhnya sekadar ‘selingan’ untuk bahan renungan kita semua.

Apa yang saya mahu kongsikan adalah adanya kepercayaan bahawa otak kita boleh gagal berfungsi dengan baik disebabkan oleh tabiat-tabiat peribadi kita yang tidak betul dan tidak sihat.

Kepada pelajar saya, maklumat ini sangat berguna untuk anda memahami pencapaian anda yang lemah dalam akademik selama ini atau cara hidup yang pasif dan tidak produktif.

Wallahua’lam

-sumber : cikgubad-

pautan : http://qatrunnada88.wordpress.com/diari/

tajuk ‘Dunia Kini’

Dunia Kini…

Selasa, 1 Mac 2011, 00:17am.

Setelah agak lama tidak menaip di blog ini, terasa jemari ingin sekali menar-nari lagi diatas papan kekunci laptop ana yg makin usang… Hmmm…

Kalau dulu bergelar mahasiswa… kini bergelar alumni… kalau dulu terbelenggu dengan masalah sebagai pelajar… kini terbeban dengan tugas sebagai seorang ‘guru’ sekolah rendah agama Islam…

‎~~MuLa bErFiKiR dAn bErTiNdAk sEpErTi ‘oRaNg tUa’… hmm…sindrome seorang ‘gUrU’…

-quote dari fb ana-

iya benar… jika dulu dalam fikiran banyak impian dan harapan untuk diri sendiri dan untuk ummah… tp, kini… impian dan harapan teralih kepada para pelajar ana di sekolah… harapan melihat mereka membesar dengan baik dengan penerapan nilai2 Islam yang tinggi dalam diri… harapan mereka mengamalkan Islam bukan kerana terpaksa, tetapi memilih jalan untuk mengamalkan Islam dengan bebas beserta kefahaman…

Ana terasa seperti mula berfikir seperti ‘orang tua’… yang merisaukan anak2 mereka… hmm… pd usia belum mencecah 23tahun ni… ana tak sangka boleh mencapai kepada pemikiran seperti itu seawal ini… walaupun masih dgn title ‘single’… apa ini perkara biasa? atau janggal? ana kurang mengerti… tp, ana yakin dan percaya… inilah sindrome seorang GURU… yg sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak2 muridnya…

Dek kerana ingin menjalankan amanah yang tergalas sebagai ‘pendidik’, pelbagai perkara luar dugaan telah ana lakukan… merotan, mencubit, tarik telinga, ketuk ketampi, berdiri atas kerusi, dsb… semua ana dah buat dengan anak2 murid ana yang agak nakal tu… sedih…

Tapi, semua guru mengakui cabaran mendidik anak2 zaman kini lebih dahsyat berganda berbanding zaman dulu… semuanya ana kira, dek kerana pemakanan, pengaruh negatif, telah menjalar ke serata masyarakat yang menyebabkan lahirnya generasi yang kita dapat lihat kini… Namun, harapan tetap menggunung untuk melihat anak2 didik ini benar2 terdidik…

Semoga mereka menjadi insan yang mantap duniawi dan ukhrowinya…

Untuk itu, sebagai guru… ana perlu memantapkan diri berkali2 ganda untuk mendapatkan hasil yang baik… Ya Allah… permudahkanlah… Amiiin…


Nikah Khitbah…satu alternatif?!

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu “Taysir az Ziwaj” dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah “Permudahkan Proses Perkahwinan” terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung.

Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai “Suspended Marriage Contract” iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama’ ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima’/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama’ iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta’ (mengambil keseronokan) , jima’/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara’ kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya.

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com/

OLEH : USTAZ NASRUDIN HASAN, Monday, 23 August 2010

(Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang.)

Salam Imtihan…

Assalamualaikum…

Salam sejahtera…salam perpaduan…salam ukhwah…

Kepada semua yg bergelar mahasiswa… pelajar…murid… tak kira seorang guru…seorang pekerja… seorang majikan…seorang ibu…seorang bapa…seorang anak…seorang sehabat… seorang musuh…seorang adik…seorang abang…seorang kakak…seorang yg dikenali… ataupun seorang yg x dikenali… semuanya berhak mendapat ucapan doa selamat…

Kerana semunya bergelar manusia…juga berpangkat sebagai hamba kepada penciptaNya… yg sememangnya lemah zatnya… yg selayaknya diuji olehNya… InsyaAllah…

Ma’a thamaniyat bittaufiq wannajah… Fil Imtihan…

Semoga kita sama-sama berjaya dalam peperiksaan akhir semester sesi 2009/2010…

Suara Mahasiswa…

Mahasiswa Derita


Salah satu luahan profesional daripada Mahasiswa melalui profile facebook link beliau yang mengalami sendiri keperitan hidup dengan masalah air yang tak kunjung selesai. Diharap semua pihak mengambil perhatian.

p/s Sebarang komen, pandangan dan luahan rasa daripada pihak mahasiswa UMSKAL, boleh emailkan kepada admin untuk dipaparkan di dalam blog ini. Diharap dengan suara-suara desakan kita, poerkara ini tidak dipandang sebelah mata.

sumber : http://promahasiswa-umskal.blogspot.com/

Gelombang BORNEO…

PERMASALAHAN AIR LABUAN DIBAWA KE PUTRAJAYA


Keperitan yang dialami oleh mahasiswa Kampus Antarabangsa Labuan(KAL) terhadap masalah air selama satu semester akhirnya telah sampai di meja pihak pimpinan tertinggi kerajaan di Putrajaya. Atas inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Antarabangsa Labuan (MPP UMSKAL) satu memorandum dan kertas kerja cadangan telah dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak oleh wakil MPP UMSKAL oleh saudari Qatrun Nada Binti Mohd Latfi.

Memorandum, petisyen yang ditandatangani oleh 566 orang mahasiswa UMSKAL dan kertas cadangan ini telah dihantar ke Putrajaya pada 8 December 2009, bertujuan untuk menyuarakan masalah air yang di hadapi oleh mahasiswa KAL dan masyarakat Labuan. Delegasi ini telah mendapat sokongan dari pelbagai persatuan mahasiswa seluruh Malaysia. Antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM),Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS),Gerakan Demokratik belia dan pelajar Malaysia (DEMA),Pro-Mahasiswa, Markas siswa siswi Islam sabah dan Sarawak(MARSIS), dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN).

Seramai 6 orang dibenarkan masuk menghantar memorandum tersebut. Antaranya Presiden MPMN Mohd Ridhuan Mohammad, Saudara Helman, Presiden GAMIS iaitu suadara Idris bin Mohd Yussoff, Timbalan Presiden GAMIS saudara Shazni Munir, Pengerusi SIGMA GAMIS saudari Fasihah bt Mohd Fauzi, dan wakil MPP UMSKAL saudari Qatrun Nada bt Mohd Latfi. Memorandum diserahkan kepada pegawai khas PM iaitu Encik Huzairi bin Zainal Abidin

Tindakan delegasi tersebut mendapat respon dari semua pihak termasuklah media massa dan pihak-pihak yang prihatin. Panggilan telefon juga tidak putus-putus diterima oleh saudari Qatrun Nada selepas beberapa jam penghantaran memorandum tersebut.

Penghantaran memorandum kepada Ketua Menteri Sabah juga telah diadakan serentak oleh Naib Presiden MPP UMSKAL saudara Mohd Abdillah bin Mat Lin ke pejabat menteri besar sabah pada tarikh yang sama sewaktu penghantaran delegasi ke Putrajaya dijalankan.


Rentetan dari penghantaran memorandum kepada pihak tertinggi kerajaan, mesyuarat bersama YAB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Ketua Eksekutif Perbadanan Labuan, Penolong Bendahari kanan UMSKAL, Penolong pendaftar UMSKAL, ketua seksyen Kebajikan Pelajar UMSKAL, Penolong pengurus asrama kanan UMSKAL, Presiden MPPUMS, Setiausaha Agong MPPUMS, serta naib presiden dan exco kebajikan, kesihatan dan kemasyarakatan (3K) MPP UMSKAL telah diadakan pada 28 disembar 2009 bertempat di Grand Dorsett Hotel.

Natijah daripada penghantaran memorandum tersebut, satu mesyuarat khas bersama Jabatan Bekalan Air Labuan, Perbandaran Labuan, Perlembagaan dan Penyelengaraan UMS, JPP KAL, Penolong Kanan HEP serta naib presiden MPP UMSKAL dan Exco 3K telah diadakan 30 disember 2009 lalu. Hasilnya, kita telah dijanjikan beberapa penyelesaian jangka pendek terhadap isu air ini yang akan dilakukan sepanjang bulan januari 2010.

Presiden MPPUMS Saudara Azrul bin Ibrahim, dalam blog persendiriannya mengatakan bahawa beliau tidak menyokong tindakan saudari Qatrun Nada menghantar memorandum tersebut ke Putrajaya dan tindakan tersebut adalah tindakan individu dan bukannya tindakan bersama dari pihak MPPUMS. Kenyataan ini menjadi kontroversi yang sedang hangat dipersoal dan diperbincangkan di kalangan masyarakat kampus.

Saudari Qatrun Nada juga telah dimaklumkan bahawa beliau tidak tersenarai untuk menyertai delegasi MPP UMS ke Mesir atas alasan kekurangan bajet juga bagi meredakan keadaan. Selain itu, beliau juga turut diwar-warkan akan dikenakan tindakan tatatertib ekoran daripada tindakan beliau menghantar memorandum ke Putrajaya tanpa melalui pihak universiti.

Keprihatinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (MPP UMSKAL) terhadap mahasiswa/i untuk menyuarakan dan mempertahankan hak mereka dengan membuat delegasi penghantaran memorandum dan kertas cadangan ke pejabat Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya memakan diri mereka sendiri.

sumber : http://promahasiswa-umskal.blogspot.com/