Monthly Archives: September 2008

Muslim Young Girl Knows the Whole Holy Quran

Standard

Vodpod videos no longer available.

more about “Muslim Young Girl Knows the Whole Hol…“, posted with vodpod

Dunia oh dunia…

Standard

Apa sudah jadi dengan dunia hari ini???

This post is my comment regarding Forum Palestine : “Tawa Dalam Tangisan”

Kita semua sedar betapa kritikalnya keadaan yang sedang meruncing di semua negara di serata dunia ketika ini. Jika tidak sibuk dengan peperangan yang meragut beribu-ribu, malah berjuta-juta nyawa, pasti masalah bencana alam atau krisis jenayah yang berleluasa terpaksa mereka hadapi. Tidak kurangnya Malaysia.

Di Malaysia sendiri, seberat-berat jenayah seperti membunuh, mengedar dadah, merogol, sehinggalah kepada jenayah seperti meragut, merompak, merempit, dan membuli seringkali terpapar di dalam berita mahupun media massa. Apa sudah jadi dengan Malaysia kita ??? Statistik jenayah merekodkan peningkatan sehingga 300% !!!

Jika kita rujuk semula pada zaman ketamadunan Islam, di mana Islam memonopoli 2/3 dunia. Ketika itu dunia begitu aman dengan peningkatan ekonomi yang memberangsangkan, kelahiran cendekiawan-cendekiawan yang terkenal. Di bawah pemerintahan Khalifah juga zaman pemerintahan Amir (pemimpin) yang adil yang mana ia menjadi rentetan pemerintahan Rasulullah S.A.W itu sendiri. Ketika itu, siapa tidak kenal negara yang memiliki segala khazanah ilmu dan keindahan panorama alam seperti Baghdad, Turki, Samarra, Damsyik, Cordova yang memonopoli perdagangan dunia juga bandar terindah didunia ketika itu. Masyarakatnya juga begitu cintakan ilmu dan membaca buku menjadi hobi mereka di waktu lapang. Siapa tidak kenal kegemilangan kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin? Siapa masih ingat kemasyhuran Kerajaan Umayyah? Kerajaan Abbasiyah? Kerajaan Fatimiyah? Kerajaan Uthmaniyah? Adakah kau lupa??? Kerajaan ketika itu yang sentiasa berpegang pada tali Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak ragu sedikitpun mengamalkan hukum Allah (hudud). Sehinggalah kerajaan-kerajaan itu jatuh dek kerana kesombongan manusia yang lupa diri.

* Sesiapa yang mungkin dah lupa, dan berkeinginan untuk mengkajinya semula, bolehlah pinjam buku ana yang bertajuk ‘IKHTISAR PERKEMBANGAN ISLAM’ oleh Haji Dusuki Haji Ahmad, mempunyai 568 halaman. InsyaAllah ia boleh membantu.

Siapa kata hukum hudud itu kejam??? Hukum hudud adalah hukum yang dikenakan kepada muslimin yang melakukan kesalahan dan jenayah yang ditetapkan sendiri oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran. Allah adalah pencipta langit dan bumiyang memiliki segala khazanah alam yang penuh asrarnya (kerahsiaannya) ini. Dia lebih mengetahui apa yang tersirat dan yang tersurat. Dia lebih tahu hukuman yang setimpal yang patut dikenakan kepada hambaNya yang ingkar supaya menjadi peringatan kepada mereka. Mengikut waqi’ di Malaysia, “walaupun kita tidak dapat menjalankan sepenuhnya hukum hudud, tapi janganlah kita membuang kesemuanya dan ambillah ia walau sedikit demi sedikit asalkan Islam itu tertegak!” dikatakan oleh Ustaz di JAKIM.

Mengapa dikatakan hukuman bagi orang yang mencuri adalah potong tangan itu kejam??? Bilamana kita mengkaji hukum hudud itu sendiri, memotong tangan bukan bermaksud memotong keseluruhan tangan. Tetapi hukumannya adalah mengikut kadar kecurian, motif mencuri, dan keinsafan si pencuri.

Jika pencuri yang mencuri barang orang lain sehingga memudaratkan si mangsa, dan didapati salah, si pencuri tidak insaf akan perbuatannya malah tidak mahu memulangkan barang yang dicuri atau membayar ganti rugi, juga berniat untuk mencuri lagi, maka hukumannya adalah potong sedikit tangannya (mungkin jari). Jika berlaku lagi, maka jari seterusnya akan dipotong dan begitulah seterusnya. Ia juga sebagai pengajaran buat muslimin yang lain.

Bagaimana pula jika si pencuri yang terpaksa mencuri kerana miskin dan dikhuatiri terancam nyawa kerana beberapa hari tidak makan? Si pencuri tidak mahu melakukan kerja kotor itu, tetapi terpaksa. Contohnya, jika si pencuri yang mencuri sepotong roti didapati salah kerana mencuri, dia insaf dan berjanji tidak akan melakukan lagi, meminta maaf kepada si mangsa, dan berjanji akan membayar ganti rugi pada masa akan datang bila punyai pendapatan, dan si mangsa memberi kemaafan, sudah tentu hukuman memotong tangan terbatal.

Hadis Rasulullah s.a.w, telah menyebut : “Diangkatkan tanggungjawab daripada 3 orang, daripada seorang kanak2 sehingga dia baligh, daripada seorang gila sehingga dia siuman dan daripada seorang yang tidur sehingga dia sedar.”

(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidhi, Baihaqi dan Ibnu Majah)

*untuk hal hukum hudud jenayah curi, ana akan kupas lebih lanjut dalam post akan datang mengikut rujukan : Undang2 Jenayah Islam “Hukum Hudud”, oleh : Dr. Mat Saad Abd. Rahman.

Begitulah indah dan telitinya aturan Allah S.W.T untuk manfaat kehidupan hambaNya kerana Dialah yang mengatur kehidupan makhluk yang diciptaNya. Bayangkan negara kita aman tanpa jenayah pabila hudud ditegakkan… Wah! Pasti indahnya … Tapi, kenapa kita sendiri tidak mempercayaiNya???

Umat Islam di zaman ini sendiri mebangkang agar Al-Quran dan As-Sunnah itu tertegak. Malah, bangkangan mereka lebih teruk berbanding orang kafir itu sendiri. Apa semua ini??? Bagaimana kegemilangan tamadun Islam mampu tertegak jika kita sebagai umat Islam sendiri tidak mahu memperjuangkannya malahan menentang? Astaghfirullah…

Ayyuhal Jundullah….! Ayyuhal Ansorullah…! Hayya bil Jihad…!!!

Takbir…!!! Allahuakbar…!!!

Islam bukanlah mundur seperti yang diwar-warkan oleh kafir laknatullah itu…!!! Kemiskinan bukan kerana Islam. Tapi kerana individu itu sendiri. Terrorisme (keganasan) bukanlah kerana Islam dan ajarannya, tapi kerana individu dan pihak yang mahu memburukkan nama Islam. Musuh-musuh Islam sentiasa ingin menjatuhkan Islam, kerana itulah agenda, harapan juga matlamat utama mereka…

Apa yang patut kita lakukan??? Sebagai umat Islam di penghujung zaman ini, kita mestilah perjuangkan amar ma’ruf nahi mungkar dalam diri kita terlebih dahulu (iaitu tarbiyah diri) kemudian masyarakat sekeliling seterusnya negara kita. Lahirkan golongan cendekiawan-cendekiawan yang mendaulatkan Al-Quran dan As-Sunnah yang mampu memonopoli ekonomi dunia dimana kemiskinan umat muslimin dapat dihapuskan. Pada masa itu, kita mampu menguasai ilmu dunia dan akhirat juga ekonomi, kerana ekonomi merupakan tunjang ketamadunan. Tegakkan seteguh-teguhnya Al-Quran dan tali As-Sunnah dengan sebenar-benarnya. Walaupun pada mulanya kita terpaksa tegakkan sedikit demi sedikit. Dengan itu Islam pasti gemilang…

Di bawah ni ana sertakan kata2 Syakib Arsalan..

” Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (Palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab:
“Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah, iaitu melalui TARBIYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang LEMAH, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka KOSONG? ” ~ [Syakib Arsalan]

Ana teringat sebuah lagu karangan kumpulan nasyid sekolah ana… dan ana hanya ingat chorus nye…

Generasi Qurani ibarat benih yang subur,

Dilontar ke bukit menjadi hutan,

Dibuang ke laut menjadi pulau,

Jati dirinya kental bak titis minyak dilautan,

Tidakkan tenggelam walau dilambung badai…

Wallahualam…

wahai ikhwan…

Standard

SIAPAKAH IDAMAN hati HAWA????

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan
seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa
mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang
bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa
mengundang
kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah
mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang
dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh
dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang
ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak
sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan
teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak
berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi
kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.

-sumber-

“Seteguh pemimpin adalah di kalangan muslimin yg soleh… yang berjaya membentuk ‘sayap kirinya’ untuk turut sama berperanan dalam perjuangan… juga menjadi faktor kejayaan… “

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Standard

Kesan Zikir

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

-sumber-

Petanda tibanya ajal…!

Standard

Petanda tibanya ajal

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin…may ALLAH SWT bless you.

-sumber-

*Saling berpesan2lah sesama kita…

The Veil

Standard

Hijab Muslimah

 

<Hijab itu tanda ketaatan seorang muslimah kepada Allah dan Rasul-Nya Al Ahzab: 33, 36, 53, 59, An Nuur: 31)

<Hijab itu iffah (menjaga diri) (Al Ahzab: 59)

<Hijab itu kesucian (Al Ahzab: 32, 53)

<Hijab itu pelindung (Al Ahzab: 59)

<Hijab itu ketakwaan (Al A’raf: 26)

<Hijab itu keimanan (Al Ahzab: 59, An Nuur: 31)

<Hijab itu rasa malu.

<Hijab itu ghirah (rasa cemburu).

Maukah anda bersaing dengan Bidadari Syurga?

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air-mata air. Mereka memakai sutra halus dan tebal, (duduk) berhadap2an. Demikianlah… dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari bermata jeli.” (Ad Dukhan: 51-54)

Al Imam Ath Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah bahawa:

<Beliau Radhiallahu’anha berkata, “Ya Rasulullah jelaskan padaku firman Allah tentang bidadari2 yang bermata jeli…”

Rasulullah menjawab, “Bidadari yang kulitnya bersih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar.”

 

<Ummu Salamah berkata lagi, “Jelaskan ya Rasulullah tentang firmanNya: laksana mutiara yang tersimpan baik (Al Waqi’ah: 23).”

Beliau menjawab, “Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia.”

<Ummu Salamah bertanya, “Ya Rasulullah, jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah: Di dalam surga itu ada bidadari yang baik2 lagi cantik2 (Ar Rahman: 70).”

Rasulullah menjawab, “Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita.”

<Ummu Salamah bertanya lagi, “Jelaskan padaku tentang firman Allah: Seakan2 mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik (Ash Shafat 49).”

Beliau menjawab, “Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung dari kulit bagian luarnya atau yang biasa disebut putih telur.”

<Ummu Salamah bertanya lagi, “Ya Rasulullah jelaskan padaku tentang firman Allah: Penuh cinta lagi sebaya umurnya (Al Waqi’ah: 37).”

Beliau menjawab, “Mereka adalah wanita2 yang meninggal di dunia dalam usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tau, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita2 gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”

<Ummu Salamah lalu bertanya lagi, “Manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Beliau menjawab, “Wanita2 dunia lebih utama daripada bidadari2 seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

<Ummu Salamah bertanya lagi, “Mengapa wanita2 dunia lebih utama daripada bidadari?”

Rasulullah menjawab, “Karena shalat mereka, puasa mereka, dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, “Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut2 sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”

<Ummu Salamah berkata, “Ya Rasulullah salah seorang wanita diantara kami pernah menikah dengan dua, tiga, atau empat laki2 lalu meninggal dunia. Dia masuk surga dan merekapun di surga. Siapakah diantara laki2 itu yang akan menjadi suaminya disurga?”

Rasulullah menjawab, “Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu diapun memilih siapa diantara mereka yang paling baik akhlaqnya. Lalu dia berkata ‘Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya.’ Wahai Ummu Salamah, akhlaq yang baik itu akan pergi membawa 2 kebaikan, dunia dan akhirat.”

(HR Thabrani, -belum bertemu darjat kesahihannya-)

-sumber-