Dunia oh dunia…

Standard

Apa sudah jadi dengan dunia hari ini???

This post is my comment regarding Forum Palestine : “Tawa Dalam Tangisan”

Kita semua sedar betapa kritikalnya keadaan yang sedang meruncing di semua negara di serata dunia ketika ini. Jika tidak sibuk dengan peperangan yang meragut beribu-ribu, malah berjuta-juta nyawa, pasti masalah bencana alam atau krisis jenayah yang berleluasa terpaksa mereka hadapi. Tidak kurangnya Malaysia.

Di Malaysia sendiri, seberat-berat jenayah seperti membunuh, mengedar dadah, merogol, sehinggalah kepada jenayah seperti meragut, merompak, merempit, dan membuli seringkali terpapar di dalam berita mahupun media massa. Apa sudah jadi dengan Malaysia kita ??? Statistik jenayah merekodkan peningkatan sehingga 300% !!!

Jika kita rujuk semula pada zaman ketamadunan Islam, di mana Islam memonopoli 2/3 dunia. Ketika itu dunia begitu aman dengan peningkatan ekonomi yang memberangsangkan, kelahiran cendekiawan-cendekiawan yang terkenal. Di bawah pemerintahan Khalifah juga zaman pemerintahan Amir (pemimpin) yang adil yang mana ia menjadi rentetan pemerintahan Rasulullah S.A.W itu sendiri. Ketika itu, siapa tidak kenal negara yang memiliki segala khazanah ilmu dan keindahan panorama alam seperti Baghdad, Turki, Samarra, Damsyik, Cordova yang memonopoli perdagangan dunia juga bandar terindah didunia ketika itu. Masyarakatnya juga begitu cintakan ilmu dan membaca buku menjadi hobi mereka di waktu lapang. Siapa tidak kenal kegemilangan kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin? Siapa masih ingat kemasyhuran Kerajaan Umayyah? Kerajaan Abbasiyah? Kerajaan Fatimiyah? Kerajaan Uthmaniyah? Adakah kau lupa??? Kerajaan ketika itu yang sentiasa berpegang pada tali Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak ragu sedikitpun mengamalkan hukum Allah (hudud). Sehinggalah kerajaan-kerajaan itu jatuh dek kerana kesombongan manusia yang lupa diri.

* Sesiapa yang mungkin dah lupa, dan berkeinginan untuk mengkajinya semula, bolehlah pinjam buku ana yang bertajuk ‘IKHTISAR PERKEMBANGAN ISLAM’ oleh Haji Dusuki Haji Ahmad, mempunyai 568 halaman. InsyaAllah ia boleh membantu.

Siapa kata hukum hudud itu kejam??? Hukum hudud adalah hukum yang dikenakan kepada muslimin yang melakukan kesalahan dan jenayah yang ditetapkan sendiri oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran. Allah adalah pencipta langit dan bumiyang memiliki segala khazanah alam yang penuh asrarnya (kerahsiaannya) ini. Dia lebih mengetahui apa yang tersirat dan yang tersurat. Dia lebih tahu hukuman yang setimpal yang patut dikenakan kepada hambaNya yang ingkar supaya menjadi peringatan kepada mereka. Mengikut waqi’ di Malaysia, “walaupun kita tidak dapat menjalankan sepenuhnya hukum hudud, tapi janganlah kita membuang kesemuanya dan ambillah ia walau sedikit demi sedikit asalkan Islam itu tertegak!” dikatakan oleh Ustaz di JAKIM.

Mengapa dikatakan hukuman bagi orang yang mencuri adalah potong tangan itu kejam??? Bilamana kita mengkaji hukum hudud itu sendiri, memotong tangan bukan bermaksud memotong keseluruhan tangan. Tetapi hukumannya adalah mengikut kadar kecurian, motif mencuri, dan keinsafan si pencuri.

Jika pencuri yang mencuri barang orang lain sehingga memudaratkan si mangsa, dan didapati salah, si pencuri tidak insaf akan perbuatannya malah tidak mahu memulangkan barang yang dicuri atau membayar ganti rugi, juga berniat untuk mencuri lagi, maka hukumannya adalah potong sedikit tangannya (mungkin jari). Jika berlaku lagi, maka jari seterusnya akan dipotong dan begitulah seterusnya. Ia juga sebagai pengajaran buat muslimin yang lain.

Bagaimana pula jika si pencuri yang terpaksa mencuri kerana miskin dan dikhuatiri terancam nyawa kerana beberapa hari tidak makan? Si pencuri tidak mahu melakukan kerja kotor itu, tetapi terpaksa. Contohnya, jika si pencuri yang mencuri sepotong roti didapati salah kerana mencuri, dia insaf dan berjanji tidak akan melakukan lagi, meminta maaf kepada si mangsa, dan berjanji akan membayar ganti rugi pada masa akan datang bila punyai pendapatan, dan si mangsa memberi kemaafan, sudah tentu hukuman memotong tangan terbatal.

Hadis Rasulullah s.a.w, telah menyebut : “Diangkatkan tanggungjawab daripada 3 orang, daripada seorang kanak2 sehingga dia baligh, daripada seorang gila sehingga dia siuman dan daripada seorang yang tidur sehingga dia sedar.”

(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidhi, Baihaqi dan Ibnu Majah)

*untuk hal hukum hudud jenayah curi, ana akan kupas lebih lanjut dalam post akan datang mengikut rujukan : Undang2 Jenayah Islam “Hukum Hudud”, oleh : Dr. Mat Saad Abd. Rahman.

Begitulah indah dan telitinya aturan Allah S.W.T untuk manfaat kehidupan hambaNya kerana Dialah yang mengatur kehidupan makhluk yang diciptaNya. Bayangkan negara kita aman tanpa jenayah pabila hudud ditegakkan… Wah! Pasti indahnya … Tapi, kenapa kita sendiri tidak mempercayaiNya???

Umat Islam di zaman ini sendiri mebangkang agar Al-Quran dan As-Sunnah itu tertegak. Malah, bangkangan mereka lebih teruk berbanding orang kafir itu sendiri. Apa semua ini??? Bagaimana kegemilangan tamadun Islam mampu tertegak jika kita sebagai umat Islam sendiri tidak mahu memperjuangkannya malahan menentang? Astaghfirullah…

Ayyuhal Jundullah….! Ayyuhal Ansorullah…! Hayya bil Jihad…!!!

Takbir…!!! Allahuakbar…!!!

Islam bukanlah mundur seperti yang diwar-warkan oleh kafir laknatullah itu…!!! Kemiskinan bukan kerana Islam. Tapi kerana individu itu sendiri. Terrorisme (keganasan) bukanlah kerana Islam dan ajarannya, tapi kerana individu dan pihak yang mahu memburukkan nama Islam. Musuh-musuh Islam sentiasa ingin menjatuhkan Islam, kerana itulah agenda, harapan juga matlamat utama mereka…

Apa yang patut kita lakukan??? Sebagai umat Islam di penghujung zaman ini, kita mestilah perjuangkan amar ma’ruf nahi mungkar dalam diri kita terlebih dahulu (iaitu tarbiyah diri) kemudian masyarakat sekeliling seterusnya negara kita. Lahirkan golongan cendekiawan-cendekiawan yang mendaulatkan Al-Quran dan As-Sunnah yang mampu memonopoli ekonomi dunia dimana kemiskinan umat muslimin dapat dihapuskan. Pada masa itu, kita mampu menguasai ilmu dunia dan akhirat juga ekonomi, kerana ekonomi merupakan tunjang ketamadunan. Tegakkan seteguh-teguhnya Al-Quran dan tali As-Sunnah dengan sebenar-benarnya. Walaupun pada mulanya kita terpaksa tegakkan sedikit demi sedikit. Dengan itu Islam pasti gemilang…

Di bawah ni ana sertakan kata2 Syakib Arsalan..

” Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (Palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab:
“Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah, iaitu melalui TARBIYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang LEMAH, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka KOSONG? ” ~ [Syakib Arsalan]

Ana teringat sebuah lagu karangan kumpulan nasyid sekolah ana… dan ana hanya ingat chorus nye…

Generasi Qurani ibarat benih yang subur,

Dilontar ke bukit menjadi hutan,

Dibuang ke laut menjadi pulau,

Jati dirinya kental bak titis minyak dilautan,

Tidakkan tenggelam walau dilambung badai…

Wallahualam…

Advertisements

About qatrunnada

"Allahu Ghoyatuna, ar-Rasul Qudwatuna, al-Quran Dusturuna, al-Jihad sabiluna, al Mautu fi sabilillah asma' a'malina..." maksudnya: "Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami, al-Qur'an pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..." Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa... Berjanjilah Ukhwah Kita Untuk Selamanya... sesungguhnya manusia itu alpa.. selautan ilmu Allah, hanya setitik dimiliki.. namun, sang hamba tetap akur..semakin ilmu Tuhan itu diselami, semakin kecil dirasakan dirinya.. hanya hamba kepada Rabbul 'Izzati.. lantaran itu, sang hamba pantas memercikkan setitik imunya, agar dapat manusia lain merasai kedinginannya.. saling ingat mengingati.. nasihat menasihati...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s