Monthly Archives: December 2008

SaLam MAaL HiJrah…

Standard

Racun vs. Penawar

MasyaAllah… Subhanallah… Maha suci Allah yang berkuasa keatas langit dan bumi… yang memiliki khazanah alam semesta ini. Dia telah menciptakan pelbagai penyakit yang maha hebat, yang tidak tertanggung oleh ketahanan badan manusia. Tetapi, Dia jugalah yang telah menciptakan penawar yang 10x lebih hebat dari penyakit itu.

Seseorang hamba tidak dikatakan beriman selagi dia tidak diuji. Yea.. Allah telah turunkan pelbagai ujian yang maha hebat yang kadangkala ada dikalangan kita tersungkur kerananya. Tetapi disebalik segala mehnah dan tribulasi itu, tersirat segala pengajaran, keinsafan, keredhaanNYa yang berkali2 lebih berguna dan bermanfaat buat makhluk seluruh alam.

Sebagai seorang yang ingin berjuang untuk Islam, kerana mengharap mardhotillah, layakkah kita menikmati dunia? Na’uzubillah… kiranya kita tergolong antara orang yang cintakan dunia dan takutkan mati! Dengan asbab itu, sepatutnya segala onak dan duri dalam mengharungi jalan berliku hidup seorang pejuang menjadi halwa jasad dan roh kita. Jadi, patutkah kita menjauhi racun kerana kebahayaannya? Atau kita sepatutnya menggenggam dan merasai racun itu untuk mengetahui sejauhmana kesannya dan mengkaji titik penawarnya agar tiada insan lain terancam kerana racun yang sama.

Lantaran itu, dimanakah letaknya kita? Antara golongan yang redha dengan jalan juang yang dipilih, atau golongan yang terpaksa redha dengan jalan yang telah ditentukan? Antara golongan yang sanggup menghadam racun atau golongan yang tidak sanggup walau mendekatinya?

Walaupun pahit jalan perjuangan yang kita pilih ini, walaupun jalan ini penuh dengan onak dan duri yang beracun, seharusnya kita tidak memanjakan diri.. biarlah kita terluka, demi melihat ‘Izzahtul Islam kembali mewangi.. walaupun bukanlah kita yang mungkin dapat lihat cahaya kemenangan itu, tetapi kitalah yang bakal melahirkan generasi penerus perjuangan yang pasti akan meneruskan matlamat dan impian kita tercapai.

Yang demikian itu, ukuran azam yang kental bagi menjadi penguat semangat disusuli tahun baru hijriah dengan terbitnya syahru muharram bersama cita tertinggi kita sandarkan. Ujian menghadapi result yang agak kurang memberansangkan seharusnya menjadi pembakar semangat untuk kita merencana strategi yang baru pada tahun baru.

3145960906_bcf91614fa_o

Ayyuhal syabab!!!

Advertisements

Al-Haq vs. Al-Bathil…

Standard

Al-Haq…?

1_345727772l


Sebenarnya, sewaktu ana menjalani kursus induksi untuk Pembimbing Suai Mesra (PSM) bagi melatih PSM supaya dapat melancarkan program Minggu Suai Mesra (MSM) yang akan diadakan nanti, kami disuruh bersedia untuk ‘Public Speaking’ sepanjang kursus induksi diadakan yang mana setiap dari kami tidak akan terlepas dari tugasan itu.

MSM adalah program yang acapkali diadakan setiap tahun bagi pelajar-pelajar baru mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Yang mana terdapat slot-slot sampingan dalam usaha memperkenalkan UMS juga sebagai pengubat hati mereka yang mungkin masih lagi bersedih dek kerana berpisah dengan ahli keluarga lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak pernah tinggal di asrama. PSM pula hanya sebagai pemudahcara yang berperanan kuat dalam membantu adik-adik.

Ana sendiri telah memilih dan memikirkan tajuk juga isi-isi yang akan ana sampaikan iaitu Al-Haq. Akan tetapi, mungkin tiada rezeki ana, ana terlepas dari tugasan tersebut. Bukan ana sorang, tapi ramai juga dikalangan kami yang terlepas. Walaupun ada waktunya moderator-moderator membuka tawaran untuk mereka yang sukarela menawarkan diri untuk di-‘public speaking’-kan, mungkin belum sampai masanya ana berani tampil.

##########################################

Menyebut mengenai Al-Haq (bahasa arab) ataupun ‘Hak’ dalam bahasa melayunya ia menunjukkan kepada sesuatu yang bersifat umum dan tidak universal (maksud yang berbeza mengikut budaya, agama atau kaum). Di dalam Islam, Al-Haq bermaksud “meletakkan sesuatu pada tempatnya”. Orang yang mencabuli atau melanggar hak asasi makhluk Allah tak kira manusia, haiwan ataupun tumbuhan adalah dikira sebagai zalim. Merujuk kepada buku teks sekolah ‘Pendidikan Syariah Islam’, zalim atau Al-zdolimun membawa maksud “tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya”.

Untuk menyatakan mengenai Al-Haq, ia terlalu umum dan boleh disebutkan dalam berbagai konteks tanpa batasan. Tetapi, apabila konteks itu dikecilkan kepada permasalahan Hak yang dihadapi oleh Islam itu sendiri, kita dapat lihat bahawa Islam itu sebenarnya semakin ditindas dan dizalimi depan mata kita tanpa kita melakukan apa-apa. Dimana peranan kita sebagai Muslim? Apa tindakan kita apabila Agama Islam dihina dan difitnah? Tiada langsung pembelaan untuk menegakkan kebenaran sepertinya fitnah yang dilemparkan adalah benar semata-mata benar…!

Telah berabad lamanya Islam digelar sebagai agama yang mengamalkan keganasan, sehinggakan ada pihak yang berani menghina agama kita melalui media massa dengan tidak menyembunyikan profil diri dan wajah mereka. Seperti yang terjadi baru-baru ini mengenai isu filem pendek yang bertajuk ‘’FITNA’’. Terang-terangan filem ini mengatakan Islam mengajarkan penganutnya menjadi pengganas atau ‘terrorist’. Seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders dengan beraninya mengaitkan Islam dengan pengganas. Apakah benar pernyataan itu? Mengapa tiada seorang pun dikalangan kita yang berani menyaman ahli politik Belanda itu? Sedangkan dalam undang-undang manusia yang diguna pakai hingga ke hari ini iaitu ‘British Law’ ataupun ‘America Law’ turut menyatakan hukuman bagi kesalahan menghina. Kita mempunyai hak untuk itu! Oleh kerana tiada tindakan yang diambil oleh orang Islam itu sendiri, menyebabkan penghinaan demi penghinaan yang kita terpaksa hadapi zaman berzaman.

Bilamana dikaitkan dengan Al-Haq, seharusnya sebagai masyarakat dunia yang hidup berbilang agama dan bangsa, untuk menghormati kepercayaan dan juga amalan yang diamalkan oleh agama lain. Walaupun kita tahu bahawa Islam adalah agama yang benar, kita hanya berhak menyampaikan dakwah kebenaran itu tetapi sesiapapun tidak berhak menghina dan memfitnah agama lain. Ajaran yang disampaikan tetap akan disampaikan, tetapi terpulang pada individu itu sendiri untuk menilai dan menerimanya. Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah memaksa kaumnya untuk menganut Islam, tetapi kesedaran lahir dari hati mereka melalui cahaya hidayah yang dikurniakan Allah kepada mereka. Itulah sebenar-benar ajaran Islam. Tiada istilah penghinaan dan kezaliman yang dibenarkan dalam Islam.

Seperti di Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, sekiranya terdapat agama lain seperti Hindu dan Buddha yang difitnah, tiada salahnya kita yang beragama Islam turut tampil untuk membela. Tetapi apabila Islam difitnah, adakah mereka tampil untuk turut sama membela? Apabila pemimpin menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk permasalahan ini adalah memboikot, seharusnya rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini turut sama menyertai pemboikotan produk barangan Belanda itu. Mungkin hari ini Islam yang dihina, siapa tahu esok Islam dipandang mulia?

Islam tidak pernah mengajarkan umatnya bersifat zalim dan mencabuli hak asasi makhluk. Apatah lagi untuk menggalakkan keganasan. Menjadi tanggungjawab seorang muslim supaya saling ingat-mengingatkan agar melaksanakan yang hak dan bersabar.

Fiman Allah dalam Surah al-‘Asr, 103:1-3…

“Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solehdan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran serta nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Rasulullah s.a.w bersabda:

“aku telah diperintahkan berkata benar walaupun pahit.” Baginda berkata lagi: “Aku telah diperintahkan supaya berkata benar dan supaya di dalam mengatakan sesuatu kebenaran kerana Allah, tidak gentar terhadap celaan orang-orang yang suka mencela.” Baginda mengatakan lagi: “Sebaik-baik jihad ialah berkata dengan perkataan yang benar dihadapan penguasa yang zalim.”

Menyuarakan dengan lantang sesuatu kebenaran dihadapan seorang penguasa yang zalim dan orang-orang yang berpetualang juga termasuk dalam amalan berkata sesuatu yang hak sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam Surah Al-Kahfi:29…

“Katakanlah kebenaran itu adalah dari Tuhan kalian, siapa yang mahu hendaklah ia beriman, dan siapa yang mahu, ia boleh mendustakan.”

Jadi, dimana kita? Dimana kita sebagai seorang muslim? Hak kita dicabuli dengan sewenang-wenangnya.. tetapi, tiada seorang pun yang berani tampil membela agama… apakah kerana takut? Atau kita ini masih lagi KETIDURAN (tertidur)…?

Benarlah kata seorang shiekh, bahawa : “Umat Islam ibarat singa yang tidur… kegerunan akan terasa pabila singa itu terjaga…”

Jadi, sampai bila kita harus tidur???

Tepuk dada tanya IMAN…

Wallahualam..

JULAI 2008

DRINK WATER is good…

Standard


*this article include on english and malay version


DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven  its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.

METHOD OF TREATMENT

  1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
  2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
  3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
  4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
  5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
  6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a
    healthy life.


The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/ reduce main diseases:

  1. High Blood Pressure (30 days)
  2. Gastric (10 days)
  3. Diabetes (30 days)
  4. Constipation (10 days)
  5. Cancer (180 days)
  6. TB (90 days)
  7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd  week onwards -daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.


It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active.

This makes sense … The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ..not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain…


For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.
It is nice to have a cup of cold drink after a meal.  H owever, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.


Once this “sludge” reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine.
Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks:

· Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,

· Be aware of intense pain in the jaw line.

· You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.

· Nausea and intense sweating are also common symptoms.

· 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.

· Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let’s be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive…

A cardiologist says if everyone who gets this article sends to everyone they know, you can be sure that we’ll save at least one life.


MINUM AIR KETIKA PERUT KOSONG

Di Jepun sekarang ini sangat popular sekali trend minum air segera setelah bangun pagi. Apatah lagi, ujian sains telah membuktikan kelebihannya. Kami memberikan deskripsi penggunaan air kepada pembaca kami dibawah ini. Terapi air ini telah dibuktikan berjaya oleh kumpulan doktor Jepun untuk penyakit lama dan serius dan juga penyakit moden. Penyakit-penyakit tersebut adalah seperti berikut:


Sakit kepala, sakit badan, system jantung, arthritis, detak jantung cepat, epilepsi, kelebihan berat badan, asma bronchitis, penyakit ginjal dan urin, muntah-muntah, asam lambung, diare, diabetes, susah buang air besar, semua penyakit mata, rahim, kanker, datang bulan lancar, dan penyakit telinga, hidung dan kerongkongan.

KAEDAH TERAPI

1. Setelah bangun pagi sebelum mengosok gigi, minum 4 x 160 gelas air

2. Gosok dan bersihkan mulut tetapi jangan makan ataupun minum selama 45 minit

3. Setelah 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa

4. Setelah 15 minit sarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan ataupun minum apapun selama 2 jam

5. Untuk anda yang tua ataupun sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada saat mulai bisa digantikan dengan meminum sedikit air terlebih dahulu dan kemudian ditingkatkan secara berkala hingga 4 gelas per hari.

6. Kaedah diatas adalah terapi untuk mengobati penyakit dari orang yang sakit dan orang lain dapat menikmati hidup yang sehat.

Perkara berikut adalah jumlah hari yang diperlukankan untuk terapi pengubatan/control/ mengurangi penyakit utama:

1. Tekanan darah tinggi (30 hari)

2. Asam lambung (10 hari)

3. Diabetes (30 hari)

4. Susah buang air besar/konstipasi (10 hari)

5. Kanker (180 hari)

6. Tuberculosis (90 hari)

7. Pesakit arthritis disarankan untuk mengikuti terapi diatas ini hanya 3 hari pada minggu pertama dan dari minggu kedua dan seterusnya – setiap hari

Kaedah perubatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, tetapi ketika pelaksanaan pengubatan ini anda mungkin akan buang air beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita melanjutkan terapi ini dan menjadikan prosedur ini sebagai rutin kerja dalam kehidupan kita. Minum air dan tetap sihat dan aktif.

Hal ini masuk akal…. Orang Cina dan Jepun minum air suam pada saat makan mereka … bukan air sejuk. Mungkin sudah waktunya kita mengadaptasi kebiasaan minum mereka sewaktu makan !!!

Tidak ada yang dirugikan dari hal ni…

Untuk yang suka minum air dingin, artikel ini mungkin berguna untuk anda. Adalah enak untuk minum minuman sejuk setelah makan. Bagaimanapun, air sejuk akan memadatkan minyak yang anda makan. Ia akan memperlambat pencernaan.

Sekali “kotoran” ini bereaksi dengan asam, ia akan dipecah dan diserap oleh intestine lebih cepat daripada makanan padat. Ia akan berbaris dalam usus besar. Dengan cepat, ini akan berubah menjadi lemak dan menjadi pemicu kanker. Adalah sangat bagus untuk minum sup hangat ataupun air hangat setelah makan.

Pesanan yang serius untuk serangan jantung:

1. Wanita seharusnya tahu jika tidak semua simptom serangan jantung adalah sakit pada lengan kiri.

2. Berhati-hatilah terhadap sakit yang sangat pada garis rahang

3. Kamu mungkin tidak pernah merasakan sakit pertama pada dada selama serangan jantung

4. Pusing dan keringat berlebihan merupakan simptom pada umumnya.

5. 60% dari orang mengalami serangan jantung ketika mereka sedang tidur tetapi tidak bangun lagi.

Sakit pada rahang dapat membangunkan anda dari tidur yang lelap. Mari berhati-hati dan sedar. Makin banyak kita tahu, kesempatan bertahan hidup menjadi lebih besar

Seorang ahli jantung berkata jika semua orang yang mendapatkan email ini melanjutkan pengiriman kepada semua orang yang mereka kenal, anda akan bisa pastikan kita akan menyelamatkan setidaknya satu nyawa.

-sumber-

Adab Berbicara, Berdebat dan Mendengar Pendapat…

Standard

ADAB BERBICARA

Jewish men Muslim children

  1. Semua pembicaraan harus kebaikan, (QS 4/114, dan QS 23/3), dalam hadits nabi SAW disebutkan:

“Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

  1. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadits Aisyah ra:

“Bahwasanya perkataan rasuluLLAH SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

  1. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda nabi SAW:

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai rasuluLLAH kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang2 yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

  1. Menghindari banyak berbicara, karena khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:

Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami setiap hari Kamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai abu AbduRRAHMAN (gelar Ibnu Mas’ud)! Seandainya anda mau mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku kuatir membosankan kalian, karena akupun pernah meminta yang demikian pada nabi SAW dan beliau menjawab kuatir membosankan kami (HR Muttafaq ‘alaih)

  1. Mengulangi kata-kata yang penting jika perlu, dari Anas ra bahwa adalah nabi SAW jika berbicara maka beliau SAW mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila beliau SAW mendatangi rumah seseorang maka beliau SAW pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)

  1. Menghindari mengucapkan yang bathil, berdasarkan hadits nabi SAW:

“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diridhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keridhoan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmidzi dan ia berkata hadits hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

  1. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadits nabi SAW:

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadits lain disebutkan sabda nabi SAW:

“Aku jamin rumah didasar surga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah ditengah surga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak surga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)

  1. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadits nabi SAW:

“Bukanlah seorang mu’min jika suka mencela, mela’nat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)

  1. Menghindari banyak canda, berdasarkan hadits nabi SAW:

“Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)

  1. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelar yang buruk, berdasarkan QS 49/11, juga dalam hadits nabi SAW:

“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

  1. Menghindari dusta, berdasarkan hadits nabi SAW:

“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)

  1. Menghindari ghibah dan mengadu domba, berdasarkan hadits nabi SAW:

“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” (HR Muttafaq ‘alaih)

  1. Berhati-hati dan adil dalam memuji, berdasarkan hadits nabi SAW dari AbduRRAHMAN bin abi Bakrah dari bapaknya berkata:

Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka kata nabi SAW: “Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (2 kali), lalu kata beliau SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga ALLAH mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun disisi ALLAH, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafzh Muslim)

Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji. (HR Muslim)

ADAB MENDENGAR

  1. Diam dan memperhatikan (Surah Qaf, 50:37)

“Sungguh, pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.”

  1. Tidak memotong/memutus pembicaraan
  2. Menghadapkan wajah pada pembicara dan tidak memalingkan wajah darinya sepanjang sesuai dengan syariat (bukan berbicara dengan lawan jenis)
  3. Tidak menyela pembicaraan saudaranya walaupun ia sudah tahu, sepanjang bukan perkataan dosa.
  4. Tidak merasa dalam hatinya bahwa ia lebih tahu dari yang berbicara

ADAB MENOLAK / TIDAK SETUJU

  1. Ikhlas dan menghindari sifat senang menjadi pusat perhatian
  2. Menjauhi ingin tersohor dan terkenal
  3. Penolakan harus tetap menghormati dan lembut serta tidak meninggikan suara
  4. Penolakan harus penuh dengan dalil dan taujih
  5. Menghindari terjadinya perdebatan sengit
  6. Hendaknya dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya lebih dulu sebelum mengomentari yang salah
  7. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat
  8. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi
  9. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya
  10. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

Wamaa taufiiqi illaa biLLAAH, ‘alaihi tawakkaltu wa ilaihi uniib.


-sumber : dakwah.info-

Fatwa haramkan Yoga?

Standard

Solat senaman paling berkesan

KEPUTUSAN majlis fatwa kebangsaan akhir-akhir ini berkenaan pengharaman yoga telah menarik perhatian orang ramai khususnya umat Islam. Pengharaman tersebut berkait rapat dengan bacaan mentera dan konsep menyatukan diri dengan tuhan yang terdapat dalam amalan yoga secara sistematik yang boleh menggugat aqidah umat Islam. Amalan yoga yang telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan dan memberi ketenangan fikiran kepada pengamalnya melalui pergerakan dan kawalan pernafasan tertentu.

300x200_yj_homepage_dvd_hp

Persoalannya apakah perlunya senaman ini dan sejauh mana kebaikannya kepada pengamalnya terutama bagi umat Islam? Jika dikatakan senaman ini dapat memberikan kesihatan tubuh badan dan merupakan senaman yang ideal bagi pengamalnya, umat Islam telahpun dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta senaman yang jauh lebih canggih dan ideal iaitu solat.

Hasil kajian sains telah membuktikan solat boleh bertindak sebagai terapi dan senaman yang berkesan bagi merehatkan tubuh badan, melancarkan pernafasan serta aliran darah dan oksigen ke otak ketika sujud yang tidak terdapat dalam amalan senaman lain. Justeru, adalah tidak menjadi keperluan untuk umat Islam yang menjalankan kewajipan solat lima kali sehari untuk bersusah-payah mencari senaman alternatif lain seperti yoga.

t250-thumb-10385650-483557521_t11

Sekiranya ketenangan fikiran yang dicari, solat dan amalan zikir harian adalah lebih terbukti keberkesanannya berbanding kemungkinan yang boleh diperoleh dari amalan yoga. Banyak fakta-fakta menunjukkan betapa ramai cendekiawan, bangsawan, hartawan telah berjaya mendapat ketenangan yang dicari-cari melalui solat, zikir dan sebagainya yang tidak dikecapi oleh mereka selama ini meskipun dilimpahi dengan segala kemewahan dunia dan amalan-amalan spiritual yang lain. Selain itu, untuk memperoleh tubuh badan yang sentiasa sihat, amalan kesederhanaan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat juga penting mana ia bertindak sebagai penawar dan pencegah bagi segala masalah kesihatan untuk umat Islam.

Sejarah juga menunjukkan umat Islam ketika zaman baginda s.a.w adalah bebas daripada masalah kesihatan dan keadaan tersebut ternyata mendatangkan kehairanan dan takjub kepada para tabib dan pengamal perubatan ketika itu. Ketika ditanya apakah rahsia amalan mereka ketika itu, baginda s.a.w menjawab “Kami umat yang hanya makan apabila terasa lapar dan akan berhenti sebelum kenyang”. Ternyata dengan amalan sedemikian dan ditambah lagi dengan kepatuhan umat Islam menjalankan tanggungjawab dengan mendirikan solat, puasa dan amalan zikir harian, sesungguhnya ia kombinasi terbaik bagi umat Islam untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka dan dalam masa yang sama memperoleh ketenangan yang dicari. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam, mereka tidak perlu mencari alternatif lain seperti amalan yoga yang belum tentu tahap keberkesanannya dan kemungkinan boleh menggugat aqidah pengamalnya.

(Sumber : Utusan)

ARKIB : 01/12/2008

Mengenai Dajjal

Standard

Khutbah Rasulullah s.a.w Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: ‘Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: ‘Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu.

Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

‘Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

‘Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

‘Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

‘Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: ‘Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?’ Orang Arab itu akan berkata: ‘Tentu.’ Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: ‘Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.’

‘Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: ‘Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: ‘Siapa Tuhanmu?’ Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: ‘Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.’ Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.’

Kata Rasulullah s.a.w lagi: ‘Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. ‘Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, ‘di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.’

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.’

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: ‘Bumi yang
paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah
yang pa lin g banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.’

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: ‘Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: ‘Mengapa menangis?’ Saya menjawab: ‘Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. ‘ Rasulullah s.a.w berkata: ‘Seandainya Dajjal datang
pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.’

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.’

Ada yang bertanya: ‘Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?’ Rasulullah s.a.w menjawab: ‘Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.’ Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: ‘Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?’ Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: ‘Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?’ Mereka semua menjawab: ‘Ya, kami ingin.’ Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.’ Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk
dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Sabda Rasulullah : ‘Sebarkanlah walau seayat .’

(sumber)