Daily Archives: 29/12/2008

Al-Haq vs. Al-Bathil…

Standard

Al-Haq…?

1_345727772l


Sebenarnya, sewaktu ana menjalani kursus induksi untuk Pembimbing Suai Mesra (PSM) bagi melatih PSM supaya dapat melancarkan program Minggu Suai Mesra (MSM) yang akan diadakan nanti, kami disuruh bersedia untuk ‘Public Speaking’ sepanjang kursus induksi diadakan yang mana setiap dari kami tidak akan terlepas dari tugasan itu.

MSM adalah program yang acapkali diadakan setiap tahun bagi pelajar-pelajar baru mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Yang mana terdapat slot-slot sampingan dalam usaha memperkenalkan UMS juga sebagai pengubat hati mereka yang mungkin masih lagi bersedih dek kerana berpisah dengan ahli keluarga lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak pernah tinggal di asrama. PSM pula hanya sebagai pemudahcara yang berperanan kuat dalam membantu adik-adik.

Ana sendiri telah memilih dan memikirkan tajuk juga isi-isi yang akan ana sampaikan iaitu Al-Haq. Akan tetapi, mungkin tiada rezeki ana, ana terlepas dari tugasan tersebut. Bukan ana sorang, tapi ramai juga dikalangan kami yang terlepas. Walaupun ada waktunya moderator-moderator membuka tawaran untuk mereka yang sukarela menawarkan diri untuk di-‘public speaking’-kan, mungkin belum sampai masanya ana berani tampil.

##########################################

Menyebut mengenai Al-Haq (bahasa arab) ataupun ‘Hak’ dalam bahasa melayunya ia menunjukkan kepada sesuatu yang bersifat umum dan tidak universal (maksud yang berbeza mengikut budaya, agama atau kaum). Di dalam Islam, Al-Haq bermaksud “meletakkan sesuatu pada tempatnya”. Orang yang mencabuli atau melanggar hak asasi makhluk Allah tak kira manusia, haiwan ataupun tumbuhan adalah dikira sebagai zalim. Merujuk kepada buku teks sekolah ‘Pendidikan Syariah Islam’, zalim atau Al-zdolimun membawa maksud “tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya”.

Untuk menyatakan mengenai Al-Haq, ia terlalu umum dan boleh disebutkan dalam berbagai konteks tanpa batasan. Tetapi, apabila konteks itu dikecilkan kepada permasalahan Hak yang dihadapi oleh Islam itu sendiri, kita dapat lihat bahawa Islam itu sebenarnya semakin ditindas dan dizalimi depan mata kita tanpa kita melakukan apa-apa. Dimana peranan kita sebagai Muslim? Apa tindakan kita apabila Agama Islam dihina dan difitnah? Tiada langsung pembelaan untuk menegakkan kebenaran sepertinya fitnah yang dilemparkan adalah benar semata-mata benar…!

Telah berabad lamanya Islam digelar sebagai agama yang mengamalkan keganasan, sehinggakan ada pihak yang berani menghina agama kita melalui media massa dengan tidak menyembunyikan profil diri dan wajah mereka. Seperti yang terjadi baru-baru ini mengenai isu filem pendek yang bertajuk ‘’FITNA’’. Terang-terangan filem ini mengatakan Islam mengajarkan penganutnya menjadi pengganas atau ‘terrorist’. Seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders dengan beraninya mengaitkan Islam dengan pengganas. Apakah benar pernyataan itu? Mengapa tiada seorang pun dikalangan kita yang berani menyaman ahli politik Belanda itu? Sedangkan dalam undang-undang manusia yang diguna pakai hingga ke hari ini iaitu ‘British Law’ ataupun ‘America Law’ turut menyatakan hukuman bagi kesalahan menghina. Kita mempunyai hak untuk itu! Oleh kerana tiada tindakan yang diambil oleh orang Islam itu sendiri, menyebabkan penghinaan demi penghinaan yang kita terpaksa hadapi zaman berzaman.

Bilamana dikaitkan dengan Al-Haq, seharusnya sebagai masyarakat dunia yang hidup berbilang agama dan bangsa, untuk menghormati kepercayaan dan juga amalan yang diamalkan oleh agama lain. Walaupun kita tahu bahawa Islam adalah agama yang benar, kita hanya berhak menyampaikan dakwah kebenaran itu tetapi sesiapapun tidak berhak menghina dan memfitnah agama lain. Ajaran yang disampaikan tetap akan disampaikan, tetapi terpulang pada individu itu sendiri untuk menilai dan menerimanya. Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah memaksa kaumnya untuk menganut Islam, tetapi kesedaran lahir dari hati mereka melalui cahaya hidayah yang dikurniakan Allah kepada mereka. Itulah sebenar-benar ajaran Islam. Tiada istilah penghinaan dan kezaliman yang dibenarkan dalam Islam.

Seperti di Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, sekiranya terdapat agama lain seperti Hindu dan Buddha yang difitnah, tiada salahnya kita yang beragama Islam turut tampil untuk membela. Tetapi apabila Islam difitnah, adakah mereka tampil untuk turut sama membela? Apabila pemimpin menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk permasalahan ini adalah memboikot, seharusnya rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini turut sama menyertai pemboikotan produk barangan Belanda itu. Mungkin hari ini Islam yang dihina, siapa tahu esok Islam dipandang mulia?

Islam tidak pernah mengajarkan umatnya bersifat zalim dan mencabuli hak asasi makhluk. Apatah lagi untuk menggalakkan keganasan. Menjadi tanggungjawab seorang muslim supaya saling ingat-mengingatkan agar melaksanakan yang hak dan bersabar.

Fiman Allah dalam Surah al-‘Asr, 103:1-3…

“Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solehdan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran serta nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Rasulullah s.a.w bersabda:

“aku telah diperintahkan berkata benar walaupun pahit.” Baginda berkata lagi: “Aku telah diperintahkan supaya berkata benar dan supaya di dalam mengatakan sesuatu kebenaran kerana Allah, tidak gentar terhadap celaan orang-orang yang suka mencela.” Baginda mengatakan lagi: “Sebaik-baik jihad ialah berkata dengan perkataan yang benar dihadapan penguasa yang zalim.”

Menyuarakan dengan lantang sesuatu kebenaran dihadapan seorang penguasa yang zalim dan orang-orang yang berpetualang juga termasuk dalam amalan berkata sesuatu yang hak sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam Surah Al-Kahfi:29…

“Katakanlah kebenaran itu adalah dari Tuhan kalian, siapa yang mahu hendaklah ia beriman, dan siapa yang mahu, ia boleh mendustakan.”

Jadi, dimana kita? Dimana kita sebagai seorang muslim? Hak kita dicabuli dengan sewenang-wenangnya.. tetapi, tiada seorang pun yang berani tampil membela agama… apakah kerana takut? Atau kita ini masih lagi KETIDURAN (tertidur)…?

Benarlah kata seorang shiekh, bahawa : “Umat Islam ibarat singa yang tidur… kegerunan akan terasa pabila singa itu terjaga…”

Jadi, sampai bila kita harus tidur???

Tepuk dada tanya IMAN…

Wallahualam..

JULAI 2008

Advertisements

DRINK WATER is good…

Standard


*this article include on english and malay version


DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven  its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.

METHOD OF TREATMENT

  1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
  2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
  3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
  4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
  5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
  6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a
    healthy life.


The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/ reduce main diseases:

  1. High Blood Pressure (30 days)
  2. Gastric (10 days)
  3. Diabetes (30 days)
  4. Constipation (10 days)
  5. Cancer (180 days)
  6. TB (90 days)
  7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd  week onwards -daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.


It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active.

This makes sense … The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ..not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain…


For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.
It is nice to have a cup of cold drink after a meal.  H owever, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.


Once this “sludge” reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine.
Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks:

· Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,

· Be aware of intense pain in the jaw line.

· You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.

· Nausea and intense sweating are also common symptoms.

· 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.

· Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let’s be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive…

A cardiologist says if everyone who gets this article sends to everyone they know, you can be sure that we’ll save at least one life.


MINUM AIR KETIKA PERUT KOSONG

Di Jepun sekarang ini sangat popular sekali trend minum air segera setelah bangun pagi. Apatah lagi, ujian sains telah membuktikan kelebihannya. Kami memberikan deskripsi penggunaan air kepada pembaca kami dibawah ini. Terapi air ini telah dibuktikan berjaya oleh kumpulan doktor Jepun untuk penyakit lama dan serius dan juga penyakit moden. Penyakit-penyakit tersebut adalah seperti berikut:


Sakit kepala, sakit badan, system jantung, arthritis, detak jantung cepat, epilepsi, kelebihan berat badan, asma bronchitis, penyakit ginjal dan urin, muntah-muntah, asam lambung, diare, diabetes, susah buang air besar, semua penyakit mata, rahim, kanker, datang bulan lancar, dan penyakit telinga, hidung dan kerongkongan.

KAEDAH TERAPI

1. Setelah bangun pagi sebelum mengosok gigi, minum 4 x 160 gelas air

2. Gosok dan bersihkan mulut tetapi jangan makan ataupun minum selama 45 minit

3. Setelah 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa

4. Setelah 15 minit sarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan ataupun minum apapun selama 2 jam

5. Untuk anda yang tua ataupun sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada saat mulai bisa digantikan dengan meminum sedikit air terlebih dahulu dan kemudian ditingkatkan secara berkala hingga 4 gelas per hari.

6. Kaedah diatas adalah terapi untuk mengobati penyakit dari orang yang sakit dan orang lain dapat menikmati hidup yang sehat.

Perkara berikut adalah jumlah hari yang diperlukankan untuk terapi pengubatan/control/ mengurangi penyakit utama:

1. Tekanan darah tinggi (30 hari)

2. Asam lambung (10 hari)

3. Diabetes (30 hari)

4. Susah buang air besar/konstipasi (10 hari)

5. Kanker (180 hari)

6. Tuberculosis (90 hari)

7. Pesakit arthritis disarankan untuk mengikuti terapi diatas ini hanya 3 hari pada minggu pertama dan dari minggu kedua dan seterusnya – setiap hari

Kaedah perubatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, tetapi ketika pelaksanaan pengubatan ini anda mungkin akan buang air beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita melanjutkan terapi ini dan menjadikan prosedur ini sebagai rutin kerja dalam kehidupan kita. Minum air dan tetap sihat dan aktif.

Hal ini masuk akal…. Orang Cina dan Jepun minum air suam pada saat makan mereka … bukan air sejuk. Mungkin sudah waktunya kita mengadaptasi kebiasaan minum mereka sewaktu makan !!!

Tidak ada yang dirugikan dari hal ni…

Untuk yang suka minum air dingin, artikel ini mungkin berguna untuk anda. Adalah enak untuk minum minuman sejuk setelah makan. Bagaimanapun, air sejuk akan memadatkan minyak yang anda makan. Ia akan memperlambat pencernaan.

Sekali “kotoran” ini bereaksi dengan asam, ia akan dipecah dan diserap oleh intestine lebih cepat daripada makanan padat. Ia akan berbaris dalam usus besar. Dengan cepat, ini akan berubah menjadi lemak dan menjadi pemicu kanker. Adalah sangat bagus untuk minum sup hangat ataupun air hangat setelah makan.

Pesanan yang serius untuk serangan jantung:

1. Wanita seharusnya tahu jika tidak semua simptom serangan jantung adalah sakit pada lengan kiri.

2. Berhati-hatilah terhadap sakit yang sangat pada garis rahang

3. Kamu mungkin tidak pernah merasakan sakit pertama pada dada selama serangan jantung

4. Pusing dan keringat berlebihan merupakan simptom pada umumnya.

5. 60% dari orang mengalami serangan jantung ketika mereka sedang tidur tetapi tidak bangun lagi.

Sakit pada rahang dapat membangunkan anda dari tidur yang lelap. Mari berhati-hati dan sedar. Makin banyak kita tahu, kesempatan bertahan hidup menjadi lebih besar

Seorang ahli jantung berkata jika semua orang yang mendapatkan email ini melanjutkan pengiriman kepada semua orang yang mereka kenal, anda akan bisa pastikan kita akan menyelamatkan setidaknya satu nyawa.

-sumber-