Al-Haq vs. Al-Bathil…

Standard

Al-Haq…?

1_345727772l


Sebenarnya, sewaktu ana menjalani kursus induksi untuk Pembimbing Suai Mesra (PSM) bagi melatih PSM supaya dapat melancarkan program Minggu Suai Mesra (MSM) yang akan diadakan nanti, kami disuruh bersedia untuk ‘Public Speaking’ sepanjang kursus induksi diadakan yang mana setiap dari kami tidak akan terlepas dari tugasan itu.

MSM adalah program yang acapkali diadakan setiap tahun bagi pelajar-pelajar baru mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Yang mana terdapat slot-slot sampingan dalam usaha memperkenalkan UMS juga sebagai pengubat hati mereka yang mungkin masih lagi bersedih dek kerana berpisah dengan ahli keluarga lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak pernah tinggal di asrama. PSM pula hanya sebagai pemudahcara yang berperanan kuat dalam membantu adik-adik.

Ana sendiri telah memilih dan memikirkan tajuk juga isi-isi yang akan ana sampaikan iaitu Al-Haq. Akan tetapi, mungkin tiada rezeki ana, ana terlepas dari tugasan tersebut. Bukan ana sorang, tapi ramai juga dikalangan kami yang terlepas. Walaupun ada waktunya moderator-moderator membuka tawaran untuk mereka yang sukarela menawarkan diri untuk di-‘public speaking’-kan, mungkin belum sampai masanya ana berani tampil.

##########################################

Menyebut mengenai Al-Haq (bahasa arab) ataupun ‘Hak’ dalam bahasa melayunya ia menunjukkan kepada sesuatu yang bersifat umum dan tidak universal (maksud yang berbeza mengikut budaya, agama atau kaum). Di dalam Islam, Al-Haq bermaksud “meletakkan sesuatu pada tempatnya”. Orang yang mencabuli atau melanggar hak asasi makhluk Allah tak kira manusia, haiwan ataupun tumbuhan adalah dikira sebagai zalim. Merujuk kepada buku teks sekolah ‘Pendidikan Syariah Islam’, zalim atau Al-zdolimun membawa maksud “tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya”.

Untuk menyatakan mengenai Al-Haq, ia terlalu umum dan boleh disebutkan dalam berbagai konteks tanpa batasan. Tetapi, apabila konteks itu dikecilkan kepada permasalahan Hak yang dihadapi oleh Islam itu sendiri, kita dapat lihat bahawa Islam itu sebenarnya semakin ditindas dan dizalimi depan mata kita tanpa kita melakukan apa-apa. Dimana peranan kita sebagai Muslim? Apa tindakan kita apabila Agama Islam dihina dan difitnah? Tiada langsung pembelaan untuk menegakkan kebenaran sepertinya fitnah yang dilemparkan adalah benar semata-mata benar…!

Telah berabad lamanya Islam digelar sebagai agama yang mengamalkan keganasan, sehinggakan ada pihak yang berani menghina agama kita melalui media massa dengan tidak menyembunyikan profil diri dan wajah mereka. Seperti yang terjadi baru-baru ini mengenai isu filem pendek yang bertajuk ‘’FITNA’’. Terang-terangan filem ini mengatakan Islam mengajarkan penganutnya menjadi pengganas atau ‘terrorist’. Seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders dengan beraninya mengaitkan Islam dengan pengganas. Apakah benar pernyataan itu? Mengapa tiada seorang pun dikalangan kita yang berani menyaman ahli politik Belanda itu? Sedangkan dalam undang-undang manusia yang diguna pakai hingga ke hari ini iaitu ‘British Law’ ataupun ‘America Law’ turut menyatakan hukuman bagi kesalahan menghina. Kita mempunyai hak untuk itu! Oleh kerana tiada tindakan yang diambil oleh orang Islam itu sendiri, menyebabkan penghinaan demi penghinaan yang kita terpaksa hadapi zaman berzaman.

Bilamana dikaitkan dengan Al-Haq, seharusnya sebagai masyarakat dunia yang hidup berbilang agama dan bangsa, untuk menghormati kepercayaan dan juga amalan yang diamalkan oleh agama lain. Walaupun kita tahu bahawa Islam adalah agama yang benar, kita hanya berhak menyampaikan dakwah kebenaran itu tetapi sesiapapun tidak berhak menghina dan memfitnah agama lain. Ajaran yang disampaikan tetap akan disampaikan, tetapi terpulang pada individu itu sendiri untuk menilai dan menerimanya. Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah memaksa kaumnya untuk menganut Islam, tetapi kesedaran lahir dari hati mereka melalui cahaya hidayah yang dikurniakan Allah kepada mereka. Itulah sebenar-benar ajaran Islam. Tiada istilah penghinaan dan kezaliman yang dibenarkan dalam Islam.

Seperti di Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, sekiranya terdapat agama lain seperti Hindu dan Buddha yang difitnah, tiada salahnya kita yang beragama Islam turut tampil untuk membela. Tetapi apabila Islam difitnah, adakah mereka tampil untuk turut sama membela? Apabila pemimpin menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk permasalahan ini adalah memboikot, seharusnya rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini turut sama menyertai pemboikotan produk barangan Belanda itu. Mungkin hari ini Islam yang dihina, siapa tahu esok Islam dipandang mulia?

Islam tidak pernah mengajarkan umatnya bersifat zalim dan mencabuli hak asasi makhluk. Apatah lagi untuk menggalakkan keganasan. Menjadi tanggungjawab seorang muslim supaya saling ingat-mengingatkan agar melaksanakan yang hak dan bersabar.

Fiman Allah dalam Surah al-‘Asr, 103:1-3…

“Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solehdan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran serta nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Rasulullah s.a.w bersabda:

“aku telah diperintahkan berkata benar walaupun pahit.” Baginda berkata lagi: “Aku telah diperintahkan supaya berkata benar dan supaya di dalam mengatakan sesuatu kebenaran kerana Allah, tidak gentar terhadap celaan orang-orang yang suka mencela.” Baginda mengatakan lagi: “Sebaik-baik jihad ialah berkata dengan perkataan yang benar dihadapan penguasa yang zalim.”

Menyuarakan dengan lantang sesuatu kebenaran dihadapan seorang penguasa yang zalim dan orang-orang yang berpetualang juga termasuk dalam amalan berkata sesuatu yang hak sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam Surah Al-Kahfi:29…

“Katakanlah kebenaran itu adalah dari Tuhan kalian, siapa yang mahu hendaklah ia beriman, dan siapa yang mahu, ia boleh mendustakan.”

Jadi, dimana kita? Dimana kita sebagai seorang muslim? Hak kita dicabuli dengan sewenang-wenangnya.. tetapi, tiada seorang pun yang berani tampil membela agama… apakah kerana takut? Atau kita ini masih lagi KETIDURAN (tertidur)…?

Benarlah kata seorang shiekh, bahawa : “Umat Islam ibarat singa yang tidur… kegerunan akan terasa pabila singa itu terjaga…”

Jadi, sampai bila kita harus tidur???

Tepuk dada tanya IMAN…

Wallahualam..

JULAI 2008

Advertisements

About qatrunnada

"Allahu Ghoyatuna, ar-Rasul Qudwatuna, al-Quran Dusturuna, al-Jihad sabiluna, al Mautu fi sabilillah asma' a'malina..." maksudnya: "Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami, al-Qur'an pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..." Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa... Berjanjilah Ukhwah Kita Untuk Selamanya... sesungguhnya manusia itu alpa.. selautan ilmu Allah, hanya setitik dimiliki.. namun, sang hamba tetap akur..semakin ilmu Tuhan itu diselami, semakin kecil dirasakan dirinya.. hanya hamba kepada Rabbul 'Izzati.. lantaran itu, sang hamba pantas memercikkan setitik imunya, agar dapat manusia lain merasai kedinginannya.. saling ingat mengingati.. nasihat menasihati...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s