Daily Archives: 30/12/2008

SaLam MAaL HiJrah…

Standard

Racun vs. Penawar

MasyaAllah… Subhanallah… Maha suci Allah yang berkuasa keatas langit dan bumi… yang memiliki khazanah alam semesta ini. Dia telah menciptakan pelbagai penyakit yang maha hebat, yang tidak tertanggung oleh ketahanan badan manusia. Tetapi, Dia jugalah yang telah menciptakan penawar yang 10x lebih hebat dari penyakit itu.

Seseorang hamba tidak dikatakan beriman selagi dia tidak diuji. Yea.. Allah telah turunkan pelbagai ujian yang maha hebat yang kadangkala ada dikalangan kita tersungkur kerananya. Tetapi disebalik segala mehnah dan tribulasi itu, tersirat segala pengajaran, keinsafan, keredhaanNYa yang berkali2 lebih berguna dan bermanfaat buat makhluk seluruh alam.

Sebagai seorang yang ingin berjuang untuk Islam, kerana mengharap mardhotillah, layakkah kita menikmati dunia? Na’uzubillah… kiranya kita tergolong antara orang yang cintakan dunia dan takutkan mati! Dengan asbab itu, sepatutnya segala onak dan duri dalam mengharungi jalan berliku hidup seorang pejuang menjadi halwa jasad dan roh kita. Jadi, patutkah kita menjauhi racun kerana kebahayaannya? Atau kita sepatutnya menggenggam dan merasai racun itu untuk mengetahui sejauhmana kesannya dan mengkaji titik penawarnya agar tiada insan lain terancam kerana racun yang sama.

Lantaran itu, dimanakah letaknya kita? Antara golongan yang redha dengan jalan juang yang dipilih, atau golongan yang terpaksa redha dengan jalan yang telah ditentukan? Antara golongan yang sanggup menghadam racun atau golongan yang tidak sanggup walau mendekatinya?

Walaupun pahit jalan perjuangan yang kita pilih ini, walaupun jalan ini penuh dengan onak dan duri yang beracun, seharusnya kita tidak memanjakan diri.. biarlah kita terluka, demi melihat ‘Izzahtul Islam kembali mewangi.. walaupun bukanlah kita yang mungkin dapat lihat cahaya kemenangan itu, tetapi kitalah yang bakal melahirkan generasi penerus perjuangan yang pasti akan meneruskan matlamat dan impian kita tercapai.

Yang demikian itu, ukuran azam yang kental bagi menjadi penguat semangat disusuli tahun baru hijriah dengan terbitnya syahru muharram bersama cita tertinggi kita sandarkan. Ujian menghadapi result yang agak kurang memberansangkan seharusnya menjadi pembakar semangat untuk kita merencana strategi yang baru pada tahun baru.

3145960906_bcf91614fa_o

Ayyuhal syabab!!!

Advertisements