Monthly Archives: March 2009

Menyingkap kebenaran AL-Quran…

Standard

SEMINAR : “THE UNIVERSE IN THE EYES OF i-SCIENCES”

Tarikh : 21 Februari 2009

Masa : 8.00am – 4.00pm

Tempat: Dewan Theatrette, UMS-KAL

Moderator : Dr. Danial Zainal Abidin


dsc04235Sains sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Allah menyuruh umat Islam untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Surah Al-Ghasyiah, ayat 17-20, Allah menyatakan bahawa, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”

Sesungguhnya Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai Ulul Albab sepertimana dalam Surah Ali-Imran ayat 190-191 yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi Ulul Albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun dalam keadaan baring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi kemudian berkata, ‘wahai Tuhan kami, Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka’.dsc04213

Penemuan-penemuan sains dalam pengkajian sains masa kini memperlihatkan kebenaran Al-Quran tanpa sebarang keraguan. Sesuai dengan matlamat pengkajian sains itu sendiri adalah untuk mengagungkan Allahserta meningkatkan pengabdian kepadaNya. Antara contoh kebenaran Al-Quran yang telah dibuktikan dari perspektif sains adalah Quran menyatakan bahawa lebih 1,400 tahun dahulu nlangit dan bumi bercantum sebelum ia dipisahkan dalam bentuk yang kita lihat sekarang ini. Dengan lahirnya teori big bang pada abad ke-20 terbuktilah kebenaran kenyataan ini.

Quran juga menyatakan langit dan bumi lahir daripada dukhan (asap), dan saintis telah mengesahkan bumi serta objek-objek di langit lahir daripada gumpalan-gumpalan asap raksaksa yang didominasi oleh gas hidrogen dan helium.

Atas kesedaran ini, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 yang juga merupakan organisasi pelaksana mengambil inisiatif untuk mengadakan Seminar “Aerospace In The Eyes of Sience” sebagai pengetahuan tambahan kepada mahasiswa/i UMS-KAL juga pelajar sekolah untuk merasa kagum dengan dengan keagungan ciptaan Tuhan dan kebenaran Al-Quran bagi meningkatkan keimanan dalam diri muslim.

dsc04207

Tidak diketepikan ia pasti menjadi ilmu juga pengetahuan tambahan kepada pelajar lainnya yang bukan Muslim dlam mengetahui hakikat kejadian alam semesta dan pandangan Islam mengenainya.

Saintis di barat memisahkan sains daripada Tuhan. Sebagai contoh di Amerika, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan (The U.S National Academy of Sciences) memutuskan, “Sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains.” Hal ini dinyatakan di dalam Science and Creationism : A view from the National Academy of Sciences, edisi kedua, terbitan National Academy of Sciences pada tahun 1999.

Berbeza dengan sains dalam Islam jika dibandingkan dengan konsep yang diamalkan di barat. Kesedaran ini membuatkan kami dari pihak penganjur, ingin membuka minda masyarakat khususnya anak muda yang melibatkan diri dalam bidang sains juga yang berminat dengan ilmu sains, bahawa penemuan para saintis mengenai segala teori evolusi dan hayat juga alam semesta yang baru-baru ini ditemui sebenarnya telah disebutkan dalam Quran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w sejak zaman dahulu lagi. Sekaligus mempamerkan keistimewaan Al-Quran itu sendiri diatas kandungannya yang begitu saintifik dan kenyataannya selari dengan penemuan semasa.

dsc04328

Harapan agar program ini mampu mengupas lebih lanjut tentang keajaiban angkasaraya yang sebenarnya merupakan ciptaan yang maha Esa yang telah dinukilkan di dalam Quran. Ia juga bagi menjelaskan lebih lanjut tentang penceritaan Al-Quran tentang kejadian alam semesta seiring dengan penemuan sains semasa. Ini juga mampu menerangkan sebahagian dari kandungan Al-Quran yang menjadikan sains sebagai bukti kebenaran Al-Quran. Ia juga diharap dapat menyuraikan kemelut fitnah yang sentisasa disebar-luaskan oleh golongan yang ingin menjatuhkan Islam dengan memalsukan kandungan sebahagian dari Al-Quran. Dan ini menunjukkan Quran sebagai sumber pengetahuan yang sempurna merangkumi segala aspek kehidupan yang menjadi pegangan umat Islam.

sumber : Quran Saintifik


”MINDA BERINTELEKTUAL MEMANGKIN KEUNGGULAN SAINS”

dsc04326

AJK Seminar bersama Dr.Danial

Advertisements

Kebahagiaan hakiki satu Realiti…

Standard

Rungkailah kedukaanmu dengan berbuat baik kepada orang lain

1_777774191l

Orang yang pertama sekali mendapat faedah daripada sebarang usaha membahagiakan orang lain, adalah orang yang memberikan kebahagiaan itu. Mereka akan menuai hasil segera dari usaha itu.

Hasil itu dapat mereka rasai di dalam diri mereka. Juga di dalam hati sanubari mereka. Mereka akan merasai kelapangan, keluasan, kedamaian dan ketenangan.

Justeru, tatkala kedukaan membelitmu, atau kesakitan menimpamu, anugerahilah orang lain akan kebaikan. Kurniakanlah mereka kebajikan. Nescaya dirimu akan menemui kelepasan dari duka dan beroleh ketenangan.

Berikanlah pertolongan kepada orang yang berhajat, tolonglah orang yang teraniaya, selamatkanlah orang yang menderitam berilah kepada orang yang kelaparan, ziarahilah orang yang terlantar, bantulah orang yang terdesak, nescaya anda akan mendapati kebahagiaan merimbuni diri anda !

Sesungguhnya perbuatan baik bak pewangi. Ia memberi manfaat kewangian kepada pembawa, penjual dan pembelinya. ‘hasil pulangan’ daripada kebaikan adalah penawar penuh berkat. Penawar itu akan disimpan dalam ‘farmasi’ mereka yang memakmurkan hati mereka dengan kebaikan dan kebajikan.

Sesungguhnya, melemparkan senyuman manis adalah sedekah jariah bagai sabda Nabi s.a.w “Janganlah kiranya kamu memandang remeh setiap perbuatan baik meskipun hanya sekadar bertemu rakanmu dengan wajah manis” (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya wajah masam mencuka ibarat pengisytiharan perang terhadap orang lain, yang tidak diketahui bilakah ia akan meletus melainkan Dia yang maha Esa mengetahui akan segala yang ghaib.

Seteguk air di telapak tangan seorang pelacur kepada seekor anjing yang dahaga, membuahkan hasil “masuk ke dalam syurga” yang luasnya seperti langit dan bumi (Sabda Nabi s.a.w : “tatkala seekor anjing mengelilingi sebuah telaga (kerana sangat dahaga), hampir-hampir dahaganya membunuhnya, salah seorang pelacur Bani Israel terpandangnya. Lantas dia segera menanggalkan kasutnya (untuk mengambil air) lalu memberi anjing itu minum. Maka diampunkan dosanya sebab perbuatannya itu”)(muttafaqun ‘alaih) kerana pemberi pahala Maha Pengampun, sangat menghargai dan begitu indah. Dia sukakan keindahan, Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

ecatt-1

Duhai insan yang digugat kabus kedukaan, kegelisahan dan kebimbangan, sudilah kiranya bertandang ke “kebun kebajikan”. Sibukkanlah dirimu ke kebun ini dengan berbuat baik, memberi, melayani, menghulur simpati, membantu, berkhidmat… nescaya dirimu akan mendapat kebahagiaan…

“Nilai sebenar bukan pada sedikit atau banyaknya sesuatu pemberian, tapi pada hati yang subur dengan kebaikan dan mekar dengan kebajikan…”

Wallahualam…

sumber: Tanwir