Disiplin masa @ manfaat masa..?

Standard

Demi Masa

 38419857455799l[1]

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat ana menukilkan satu lagi coretan tentang masa buat peringatan untuk diri ana sebenarnya… Tetapi suka ana kongsi dengan sahabat sahabiah pembaca semua… ketika ini, telah masuk 2 hari ana menuntut di Baitul Qura’ Wal ’Ilmi Sg. Udang, Melaka… semenjak 24hb Mei lalu… InsyaAllah… peluang masa yang ada, suka ana isi untuk mewarkahkan sebuah kalam bicara memuji-muji dan menganalisis kejadian alam yang mana ia juga antara makhluk ciptaan Ilahi Rabbina…

 Seringkali kita pertikaikan tentang masa, yang sememangnya boleh ditafsirkan mengikut banyak pandangan juga pendapat. Pepatah lama ada mengatakan bahawa, ”Masa itu Emas” dan orang melayu seringkali diperlekehkan bila dipersoalkan berkaitan tentang masa. ”Alaa… Janji Melayu betullah si Mat nii…” ’Janji Melayu yang dimaksudkan adalah majoriti masyarakat Malaysia ketahui bahawa orang Melayu sering dikaitkan dengan lambat, iaitu tidak tepati masa dan mungkir janji… perkara ini telah menjadi adatkah @ kebiasaan sebenarnya??

 Ana ingin membawa kita semua berfikir dalam keadaan yang berbeza… Kenapa masa dianalogikan sebagai ’emas’? mengapa tidak kita jadikan¹ pula ”Masa itu Penentu Syurga dan neraka”…? (berkaitan dengan artikel ’Baitul Qura’)

Seringkali kita cuba untuk mendisiplinkan diri bagi menepati masa tak kira dalam berjanji, berprogram, bermesyuarat… Tapi, adakah kita fikir untuk mendisiplinkan diri dengan memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya…? Menggunakan masa yang ada dengan perkara berfaedah…? Ataupun mengejar ibadah mendekatkan diri dengan Yang Khaliq…? sedetik masa yang diperoleh digunakan untuk Islam! Bukan hanya seperti seberat-berat perkara kita berjuang untuk Islam tetapi seringan-ringan perkara kita hanya dengan berfikir untuk Islam juga termasuk berzikir menyebut nama Pencipta kita juga kekasihNya… itupun sudah memadai… asalkan masa itu tidak disia-siakan… (berkaitan dengan artikel ’Kesan Zikir terhadap Otak Manusia’)

 Kenapa tidak kita² mendisiplinkan diri kita, dengan berusaha menjadikan masa itu penentu syurga dan neraka… Boleh juga kiranya ia dijadikan adat juga kebiasaan kita… masyarakat kita… Kenapa tidak?!

 Kita mengatakan kita ingin menjadi pendakwah, sedangkan masa yang sedetik itu tidak kita manfaatkan dengan sehabis baik… sahabat sahabiah yang dikasihi Allah s.w.t, andaikata.. masa para Da’ie yang sedetik cuma itu yang tidak digunakan untuk perkara manfaat, kita kumpulkan kesemuanya satu-persatu… Sebenarnya, ia sudah cukup untuk kita membentuk masyarakat Islam dan negara Islam dengan menjimatkan masa selama berpuluh-puluh tahun!!! dan masyarakat Islam juga Negara Islam yang ingin kita wujudkan, dapat kita tubuhkan berpuluh-puluh tahun yang lalu…

 surah-al-asr-103

  1. Demi Masa
  2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
  3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling nasihat-menasihati untuk kebenaran dan saling nasihat-menasihati untuk kesabaran.

 Surah Al-’Asr didalam kalamun ’Aziz ada mengatakan tentang masa dan cara yang bagaimana ia harus dimanfaatkan… iaitu, ”orang-orang yang beriman”,  ”mengerjakan kebajikan”,  ”saling nasihat-menasihati untuk kebenaran” dan ”saling nasihat-menasihati untuk kesabaran”…

 Masa itu bukanlah dikejar untuk ditepati semata-mata dan kita terselamat dari dimarahi atau digelar lembab dsb, tetapi masa itu kita kejar untuk kita rebut mardhotillah…dimana, bilamana kita berusaha kearah itu, telah dijanjikan kepada kita Syurga! Sesungguhnya Allah tidak melihat kejayaan yang kita peroleh, tetapi Dia kembali menilai sejauhmana usaha kita… kita berkejar-kejaran untuk mengerjakan kebajikan dan menjadikan diri sebagai manfaat yang berguna kepada orang disekeliling kita dan orang lain yang jauh dari kita… Islam mengajar kita bukanlah berbuat baik itu hanya kepada orang2 mukmin dan orang2 muslim sahaja, bahkan berbuat baik kepada yang bukan muslim turut dihitung oleh malaikat Munkar dan Nakir yang sentiasa berada dikiri dan kanan kita untuk menghisab amalan kita di Mahsyar kelak… Lihat sahaja catatan-catatan Sirah Rasulullah s.a.w, dimana beliau diangkat bukan sahaja oleh umat Islam, bahkan kaum yang bukan Islam seperti Bangsa Quraisy, Majusi, Nasrani dan Yahudi… Bukan sahaja mereka rela bernaung dibawah negara Islam yang diasaskan Baginda nabi, bahkan mereka menyokong untuk melantik Baginda Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin utama mereka yang semenjak kecilnya sudah digelarkan Al-Amin (yang dipercayai)… sangat dipercayai dan dihormati…

Penentu syurga dan neraka yang dimaksudkan disini bukanlah hanya dengan kita mengejar untuk ibadah khusus sahaja seperti solat dan sebagainya… dan ibadah umum seperti mengerjakan kebajikan sahaja tetapi juga amalan2 umum lain seperti belajar… terkadang kita terlupa ia juga merupakan ibadah sebenarnya…

Seharusnya kita hitung semula dan bermuhasabah tentang segala amalan kita… dimanakah masa yang kita gunakan sepanjang kita hidup dimuka bumi Allah s.w.t ini, dari kita lahir, hinggalah usia kita kini… Adakah ia sudah mencukupi untuk kita melepaskan diri ketika melalui titian SiratholMustaqim…?

 Ataukah kita dilema dengan sikap dan peribadi kita sendiri selama ni..?

Adakah benar kita beralasan untuk datang lewat meeting dan bergerak kerja untuk Islam kerana masa yang kita lewat itu digunakan untuk mengerjakan ibadah dan amal kebajikan atau sebenarnya masa itu habis terbuang dek kita lalai menonton movie atau dek kerana kita sibuk dibuai mimpi indah atau kita leka berfantasi dalam dunia ke-2 dengan bermain game…???

Bilamana dihitung kembali, kita sendiri kenal dan sedar dimanakah berdirinya kedua-dua telapak kaki kita… You know yourself better… Dan yang penting adalah apa yang kita mahu jadikan bekalan… dan arah mana tujuan kaki kita melangkah… kearah Syurga ataukah kearah Neraka…???

Alangkah indahnya jika masa itu boleh dilihat dan dinilai seperti emas… kita akan nampak berapa banyak emas yang kita ada dan seboleh-bolehnya kita cuba untuk mengumpulkan dan menambahkan emas yang kita miliki… supaya dapat bagi para da’ie mengerjakannya kearah kemaslahatan ummah… dan tidak hairanlah jika ’masa’ yang boleh dilihat nilainya seperti emas itu benar2 akan digunakan pada jalanNya… Maka, tiada lagi kritikan lazim yang mengutuk para pejuang Islam ini…  Dialah yang memperjuangkan Islam dibarisan hadapan… Dialah yang berjuang menggapai ilmu juga dibarisan hadapan… Dialah yang mendapat pengiktirafan ketokohan paling terkehadapan… Dialah yang berjaya memperoleh segala anugerah dan berada ditempat paling hadapan… Dia jugalah pemimpin yang memegang panji Islam dihadapan…

Ya Allah… Ingin sekali aku lahirkan generasi hadapan yang menjadi pejuang dibarisan hadapan dalam segala bidang juga lapangan… Ya Rabbi… Ingin sekali aku merasa sejuk perut mengandungkan juga menjadi ummu bagi tokoh yang berada dihadapan itu…! Ya ’Aziz… Ingin sekali aku melihat dunia ini dilimpahi cahaya Islam sepertimana suatu ketika itu…?! Ya Quddus… Alangkah bahagianya Aminah binti Wahab mengandungkan  Rasulullah s.a.w… bahagianya Halimatus Sa’diah menyusukan baginda… Ingin sekali aku menikmati detik seperti  itu! Walaupun ia tidak akan sama, tetapi… ingin sekali aku merasa secebis nikmatnya waktu itu..!

Wallahualam…

Advertisements

About qatrunnada

"Allahu Ghoyatuna, ar-Rasul Qudwatuna, al-Quran Dusturuna, al-Jihad sabiluna, al Mautu fi sabilillah asma' a'malina..." maksudnya: "Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami, al-Qur'an pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..." Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa... Berjanjilah Ukhwah Kita Untuk Selamanya... sesungguhnya manusia itu alpa.. selautan ilmu Allah, hanya setitik dimiliki.. namun, sang hamba tetap akur..semakin ilmu Tuhan itu diselami, semakin kecil dirasakan dirinya.. hanya hamba kepada Rabbul 'Izzati.. lantaran itu, sang hamba pantas memercikkan setitik imunya, agar dapat manusia lain merasai kedinginannya.. saling ingat mengingati.. nasihat menasihati...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s