Pintu Taubat

Standard

Taubat membersihkan dosa, tenangkan jiwa

SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.

Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa.

taubatan 'abdizzolimin
“Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (al-Muzammil:20)

Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah:

  • Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan.
  • Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan.
  • Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
  • Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi.
  • Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa.

    Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebihan itu ialah:

  • Dekat diri kepada Allah.
  • Takwanya semakin meningkat.
  • Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
  • Membersihkan kekotoran di dalam hati.
  • Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.
  • Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.
  • Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad

Advertisements

About qatrunnada

"Allahu Ghoyatuna, ar-Rasul Qudwatuna, al-Quran Dusturuna, al-Jihad sabiluna, al Mautu fi sabilillah asma' a'malina..." maksudnya: "Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami, al-Qur'an pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..." Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa... Berjanjilah Ukhwah Kita Untuk Selamanya... sesungguhnya manusia itu alpa.. selautan ilmu Allah, hanya setitik dimiliki.. namun, sang hamba tetap akur..semakin ilmu Tuhan itu diselami, semakin kecil dirasakan dirinya.. hanya hamba kepada Rabbul 'Izzati.. lantaran itu, sang hamba pantas memercikkan setitik imunya, agar dapat manusia lain merasai kedinginannya.. saling ingat mengingati.. nasihat menasihati...

4 responses »

  1. Setiap org pasti melakukan kesilapan dan kesalahan..yg membezakannya hanyalh kesilapan yg kecil @ besar..setiap kesilapan mestilh di akhiri penyesalan dan meminta keampunan..sebaik2 org yg melakukan kesilapan adalah org yg bertaubat atas kesilapannya i2….

    Like

    • Hmm….betul3…(gaya upin ipin)….
      Tiada manusia yg sempurna… Kerana itulah fitrah manusia diciptakan… mempunyai akal, juga mempunyai nafsu…

      Like

  2. Setiap org pasti melakukan kesilapan dan kesalahan..yg membezakannya hanyalh kesilapan yg kecil @ besar..setiap kesilapan mestilh di akhiri penyesalan dan meminta keampunan..sebaik2 org yg melakukan kesilapan adalah org yg bertaubat atas kesulapannya i2….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s