Sang Murobbi…

Standard

Vodpod videos no longer available.

more about “Sang Murobbi…“, posted with vodpod

Sang Murobbi… sebuah kisah tentang seorang murobbi yang tidak pernah kenal penat lelah demi untuk menyampaikan dakwah Keindahan Islam itu sendiri… Pertama kali melihat klip video ini sudah cukup membuatkan rasa sayu dan sebak dengan betapa besarnya pengorbanan seorang murobbi, yang tidak pernah kenal lelah dan jemu menginfa’kan diri dan hidupnya demi untuk menyebarkan syi’ar Islam…

Seorang Murobbi, begitu tinggi pengorbanannya dalam menyerahkan seluruh jiwa raganya hanya untuk menyampaikan Ilmu… setiap detik masanya adalah digunakan untuk menyampaikan risalah Islam… Setiap denyut nadinya bergetar kalimat Yang Maha Esa… Setiap gerak langkahnya adalah demi membawa perubahan… Setiap sel otaknya terkumpul segala macam idea dan kaedah yang hari demi hari bertambah untuk  menganalisis bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan ummat….

Biarpun tidak terukir namanya dalam lipatan sejarah dunia… biarpun tiada siapa menyanjungi pegorbanannya… Sang Murobbi tetap meneruskan langkahnya…

Kerana, suatu hari nanti… kehilangannya pasti dirasai semua… kehilangannya pasti ditangisi ana didiknya… kehilangannya pasti sukar dicari ganti…

Kerana dialah Sang Murobbi yang dipinjamkan Ilahi….

Lalu, kita dimana?

Kita masih sibuk dengan masalah peribadi, atau sibuk dengan masalah ummat…?

”Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

(Surah At-Taubah:41)

Advertisements

About qatrunnada

"Allahu Ghoyatuna, ar-Rasul Qudwatuna, al-Quran Dusturuna, al-Jihad sabiluna, al Mautu fi sabilillah asma' a'malina..." maksudnya: "Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami, al-Qur'an pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..." Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa... Berjanjilah Ukhwah Kita Untuk Selamanya... sesungguhnya manusia itu alpa.. selautan ilmu Allah, hanya setitik dimiliki.. namun, sang hamba tetap akur..semakin ilmu Tuhan itu diselami, semakin kecil dirasakan dirinya.. hanya hamba kepada Rabbul 'Izzati.. lantaran itu, sang hamba pantas memercikkan setitik imunya, agar dapat manusia lain merasai kedinginannya.. saling ingat mengingati.. nasihat menasihati...

2 responses »

  1. Salam.. alhamdulillah, bukan mudah nak mencari filem yang berkaitan mengenai perjuangan dalam gerakan Islam. Namun, filem ini memberi gambaran dan semangat kepada penontonnya supaya lebih memberi komitment terhadap perjuangan Islam itu sendiri..

    Like

    • Waalaikumussalam… iyaa… beruntunglah mereka yang berada didalam medan perjuangan itu… beruntunglah mereka yang berfikir untuk perjuangan itu… beruntunglah mereka yang terkorban kerana perjuangan itu… kerana mereka yang berada di lapangan yang sama pasti cukup memahami segala penat jerih, susah payah, dan mehnah tribulasinya… kerana itulah asam garamnya… semoga Allah menguatkan hati2 kita untuk terus berada di jalanNYa… Amiin…

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s