DR. CINTA…??!!

Standard

siapa ni, DR. CINTA…??!!

General_004Pernah didalam induksi program untuk fasilitator, bagi modul LDK Kaizen, dimana moderator meminta fasi berfikir idea gila2… “apa yang antum antunna mahu buat dengan organisasi(sekretariat masjid) kita yang sedia ada ni?”… dan ada antara cadangan ana, nakkan organisasi ni hantar tentera berjuang di Palestin, buka tadika di kampus untuk anak2 lecturer, dan tak dilupa adalah cadangan SM  sebagai ’TOK KADI KAMPUS’…! mula2 memang ketawa semua ahli group ana… tapi cuba kita fikir secara logik kalo betul kita kearah usaha mengatasi masalah couple, ia seharusnya relevan…! kita sekarang di universiti… bukan lagi di alam persekolahan…!

Meeting kelmarin antaranya, sedikit kami membincangkan tentang permasalahan couple di kampus… tak kira di kalangan masyarakat kampus mahupun ahli… ada pelbagai cadangan kearah penyelesaian yang ahli mesyuarat kemukakan… dan ana, teringatkan kisah lalu… menjadi doktor…(konon2 la..)

“Qatrun, ain ade satu rahsia yang ain sembunyi dari qatrun…”

“ape dier ain? Kalo ain sudi kongsi dengan ana?”

”berat ain nak cerite…mesti qatrun marah ain nanti…”

”selama nii…pernah ke qatrun marah orang melulu…? sejauhmana ain     kenal ana nii…? cube bagitau sikit…?”

”hmm…ain ade kenal dengan sorang muslimin nii… kami couple skrg ni…  ain tak dapat tolak dia dari hidup ain… ain tau semua tu salah… tapi ain takut kehilangan dia…dialah orang pertama yang ain jumpa yang sangat baik dengan ain… ain tak mau kehilangan dia qatrun… qatrun jangan  suruh ain clash ngan dia… ye? Qatrun fahami keadaan ain ye?  Qatrun…??!” (ain mula sebak)

”hmm… dah berapa lama couple dengan muslimin tu?”

”dari awal tahun ni…”

”siapa dia? Satu sekolah dengan kita ke?”

”iye…Maulana yang kita kenal… kelas 5 Aisyah… sebarisan dengan kita…”

”Astaghfirullah….” (ana beristighfar…rupe2nye selama ni ade udang disebalik batu semua perjumpaan yang sahabat ana ajak ana temankan…   bukan atas urusan tugas semata2 rupenye..)

Pada ketika itu, ain mula menangis… dia faham maksud istighfar panjang ana yang ana mengeluh begitu berat… ain sahabat ana yang paling ana rapat… dialah sahabat sebilik ana… dialah sahabat satu tingkatan dengan ana… dia jugalah sahabat sebarisan Majlis Perwakilan Asrama(MPA) dengan ana yang paling ana rapat… ketika itu dah masuk pertengahan tahun, barulah semua itu dibongkar dengan ana…

Ana sedih bukan kerana dia bercouple semata2… tapi ana sedih jugak sebab selama ni, ana menjadi titik rujukan Muslimat sebagai tempat mengadu… banyak masalah mereka berkaitan cinta… ana cuba membantu orang lain, tapi rupe2nye sahabat sendiri tak ana perasan masalah yang membelenggunya…

”ain…ana tak mau bercakap tentang hukum…tentang dosa…semua itu      kita sangat maklum…kita belajar tentang itu semua…”

”ain tak sanggup berpisah dengan Maulana qatrun…!”

(dalam hati ana, kalo macam tu, ana kene guna cara lain)

”ana tak minta ain berpisah sekarang…? tapi ana mintak ain kurangkan   dari berjumpa dengan maulana bole? Korang kan selalu jumpa hari2… dah jangan nangis…buruk!”

”ok…bole…bole… insyaAllah ain cuba…”

Sebagai permulaan, ana cuba mengurangkan maksiat mata yang mereka lakukan… tak lekang ana hadiahkan dengan cerpen2… risalah2… malah komik tentang kisah cinta dan dakwah juga ana berikan pada ain… dan juga maulana, ana minta tolong ketua kami di peringkat muslimin… sepanjang proses itu, semakin lama dengan sendirinya ain dan muslimin tu sedar dan mungkin dengan hidayah Allah itu, mereka berubah…

1_538897533l

Ana kenal sangat dengan sahabat ana ni… ain (bukan nama sebenar) bukanlah seorang yang Islamic diluar… disekolah memang wajib dengan etika pakaian bertudung labuh… sebab kami sekolah agama…  Ujian buat dirinya yang paling utama sejak dahulu hingga kini adalah ikhtilat… untuk itu ana tak bole cantas habis2an walaupun fikrahnya jelas tentang ikhtilat… kerana semua itu lumrah yang merupakan fitrah manusia diciptakan berpasang2an dan ingin disayangi… tapi, bagaimana untuk kita mengawalnya? Jangan tertipu dengan bisikan bara api syaitan laknatullah… jangan terpengaruh dengan nafsu yang ingin meraja dan menguasai kewarasan akal… JANGAN!!!

Itu salah satu kisah yang bole ana sampaikan agak detail… belum lagi kisah orang mengadu putus cinta… mengadu diduakan… mintak ana tolong carikan pasangan untuknya (pak cik ana le tu…hehe…)… dan antara yang paling ana ingat, seorang muslimin mengaku berzina dan minta ana bantu dia… kesimpulan yang bole ana buat dalam membantu mereka dan sebagai pengajaran sahabat sahabiah lain diluar sana, kita sebenarnya perlu berbalik kepada Cinta yang kekal abadie… Pemilik kunci hati manusia… Cinta Ilahi Rabbi… (rujuk artikel ‘mana satu pilihan hati?’)

Kadang-kadang ana hairan… seumur hidup ana tak pernah bercouple… apatah lagi berpengalaman tentang cinta… tapi, keadaan membuatkan sampai ada sahabat ana sampai memanggil ana DR.CINTA… ana tak mengaku! Ye laa… ana bukanlah membaiki hubungan couple2 tu semua… tapi, ana cuba membawa manusia kembali kepada cinta sebenar yang kekal abadie… bukan menambah merapatkan pasangan, tapi menjauhkan adalah… ia tidak sesuai dengan pandangan masyarakat yang pasti, kefahaman masyarakat tentang DR.CINTA pastilah pakar kaunseling yang arif tentang merapatkan / memperbaiki hubungan pasangan… dalam istilah perkahwinan ia mungkin baik, dalam memperbaiki Masjid orang yang usang dan hampir roboh… tapi tidak sekali-kali mensarankan bercouple! Na’uzubillah minzalik… yang Haq tetap Haq… Dan yang Batil tetap Batil…

Untuk itu ana membuat kesimpulan dan menyarankan pernikahan… (rujuk artikel Salah satu Sunnah Rasulullah s.a.w)

Semua tu sebenarnya ujian buat diri ana… persepsi dan tanggapan lahir dari situ… dan yang pasti, setiap butir kata yang dilontarkan pasti akan diuji kembali atas diri insan yang mengungkapkannya… mungkin jika di alam kampus, boleh untuk ana mensarankan pernikahan… seperti yang pernah ana sarankan kepada beberapa orang yang pernah meminta pandangan… berbeza dengan alam persekolahan yang lebih mengutamakan pelajaran… semuanya masih bawah umur 18tahun… jika zaman Rasulullah s.a.w, peringkat umur begini sudah layak untuk mendirikan masjid… tetapi undang2 negara kita tidak sama… begitu juga dengan kehendak kedua orang tua kita… untuk itu, sahabat2 ana harus mencari kearah jalan penyelesaian dan bukannya jalan pintas!

3231648872_2d7711c978

“Bila seseorang bernikah bermakna  ia melengkapi sebahagian dari tuntutan agamanya, maka hendaknya ia bertakwa kepada Allah pada separuh yang tersisa”

(Hadith riwayat Baihaqi)

“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu kasih-sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”

(Surah Ar-Rum,30:21)

Wallahualam…

Advertisements

About qatrunnada

"Allahu Ghoyatuna, ar-Rasul Qudwatuna, al-Quran Dusturuna, al-Jihad sabiluna, al Mautu fi sabilillah asma' a'malina..." maksudnya: "Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami, al-Qur'an pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..." Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa... Berjanjilah Ukhwah Kita Untuk Selamanya... sesungguhnya manusia itu alpa.. selautan ilmu Allah, hanya setitik dimiliki.. namun, sang hamba tetap akur..semakin ilmu Tuhan itu diselami, semakin kecil dirasakan dirinya.. hanya hamba kepada Rabbul 'Izzati.. lantaran itu, sang hamba pantas memercikkan setitik imunya, agar dapat manusia lain merasai kedinginannya.. saling ingat mengingati.. nasihat menasihati...

2 responses »

  1. Salam.. pengalaman yang menarik. Mungkin title ‘dr.cinta’ tu sesuai kot.. Kematangan ilmu dan motivasi yg tinggi pada diri ntee menyebabkan ntee menjadi pakar rujuk bagi org yang bermasalah. Cuma yang penting sekali, kita dapat menyelamatkan sahabat dan sahabiah dari terjerumus ke kancah maksiat. Nampaknya ntee dah ada kriteria nie jadi agen UBM nie.. InsyaALlah, bleh tu..hehe.. 🙂

    Like

    • waalaikumsalam….
      Allahuakbar! ana bukanlah selayaknya untuk itu… sekadar sbg sahabat… mungkin itu lbh baik… dan juga sekadar sbg perkongsian secebis ilmu dan pengalaman… InsyaAllah…. sebenarnya ana dulu cita2 nak jd dokter, tp xde rezeki kt stu kot… amek finance… apa2 pn, semoga diberkati hendaknya mrk2 yg menghayati Ramadhan…selamat berpuasa!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s