Usrah Muslimat Semalam…

Standard

Semalam ade usrah muslimat di masjid… kami membincangkan tentang tabiat pertama bagi slot ‘bedah buku’ dalam usrah iaitu ‘PROAKTIF’… banyak respon yg diberi oleh sahabat2 ana tentang perkara yang paling diorang tertarik ceritanya di bawah tajuk tu…

Kak Nadia kata… “Reaktif berbeza dgn proaktif…dan selalunya kita ni bertindak reaktif dan kurang proaktif… kita bertindak kepada rangsangan yg diterima… kalo rasa marah, kita respon marah… kalo rasa sedih, kita nangis… tp, orang yg bertindak proaktif tidak begitu… orang yg proaktif, biasanya akan pilih yg terbaik dalam bertindak terhadap rangsangan dan situasi… boleh saja kita mara, tapi kita istighfar…boleh saja kita sedih, tapi kita zahirkan dgn senyuman…KITA YG MEMILIH UNTUK BERTINDAK TERHADAP RANGSANGAN YG DITERIMA…” panjang lebar kak nadia terangkan pd kami tentang perhatiannya kpd konsep reaktif dan proaktif…

Hasni pula bercerita… “Ana tertarik dengan cerita stephen (stephen r.covey penulis buku 7 habits), tentang sewaktu dia balik dari kerja dan isterinya mengadu tentang anak mereka dan menceritakan semua yg terjadi…

Ketika Covey sampai di pintu rumah, dia diterpa anak kecilnya sambil berkata, “daddy, I am a hardworking man”

Sandra, isterinya berkata, “tadi semasa saya baru balik kerja, anak kita ini sedang menaburkan bekas-bekas makanan kotor di atas lantai. Kemudian disimbahnya dengan air”

Oh, itu pengalaman kita semua. Balik kerja, penat-penat, sakit-sakit, tiba-tiba anak buat hal. Apa reaksi anda? Bagaimana reaksi Sandra?

“Saya tahan sabar. Saya tanya anak kita kenapa dia buat begitu?”, kata Sandra.

“Apa katanya?”, tanya Stephen.

“Saya nak tolong emak!”, jawab si anak.

Ya, si anak menyepahkan pinggan mangkuk dengan niat mahu MEMBANTU EMAK.

Bayangkan jika Sadra menampar si anak tadi, apakah pelajaran yang anaknya perolehi?

Hatinya akan berkata, “kalau nak tolong emak, nanti kena tampar!”

Jangan terkejut jika anak kita akhirnya membesar berat tulang, berat punggung. Kita yang mengajarnya dulu. Jika mahu menolong emak, habuannya penampar!

Apa kata Sandra?

“Oh begitu, kenapa tak basuh di sinki?”, tanya Sandra kepada anaknya.

“Tak sampai”, kata si anak kecil.

“Baiklah, lepas ini kalau kamu nak tolong emak, beritahu dahulu, ok? Emak akan ambilkan bangku dan kamu basuh di sinki, boleh?”, pujuk Sandra.

“Boleh”, jawab di anak.

“Bagus, you are a hardworking man”, puji si ibu yang proaktif.

Stephen Covey membuat kesimpulan, “dalam situasi seperti itu, prioritinya bukanlah lantai dapur yang bersih, tetapi anak yang ,mendapat pelajaran yang betul…”

Hasni kata lagi…  “kita ni selalunya pentingkan apa yg kita nak capai pd saat itu… tp, kita tak fikir apa yg kita bakal capai pd masa akan datang… dan hanya bertindak reaktif!… sebenarnya, kuncinya adalah KESABARAN…”

Lepas tu, kok su aishah  pula respon… macam biasa la, kalo dah org tarbiyah bercakap… macam takmau berhenti plak! huhu… dah la disindirnya ana…! aiik.. terasa ke? hehe… kok su kata… “Kadang2 tindakan kita rasa adalah betul… tp, sebenarnya salah… kita mahu orang berubah, tp, kita tidak dulu berubah… itu tidak proaktif bah tu…”  fuh.. pedasnya… bab berubah2 tu, macam terkena batang idung sendiri pula…Allahuakbar… ana ambil sikit syak dari olahannya yang panjang lebar…

Kak long pulak nak berkongsi… “orang yg tidak proaktif, dia akan ‘MENCARI TAPI TAK MENJADI’… kita sibuk nak mencari orang sebaik Siti Khadijah kerana kita tak sehebat Rasulullah… yang muslimat pula, nak insan semulia Rasulullah kerana diri tak sehebat Siti Aisyah… Kenapa tidak kita jadi orang yang hebat itu untuk mendapat seorang yang mulia seperti itu?… sibuk mencari… tp, tak mau menjadi…  JANGAN HARAPLAH!” hmmm…betul jugak tu kak long…! cepat2laa kak long kawin ye..?! huhu…

Lepas tu kak Tirah pulak disuruh respon oleh kak mahira… ye ni kalo tak disuruh respon, tak respon la dia… tp, kalo ada yg menarik, pasti cepat je tuh dia respon…! kak tirah ni baca buku 7habit versi bahasa inggeris… advance woo…! huhu… ye kate, “Change starts from within, and highly effective people make decisions for thier lives through the things that they can influence rather than by simply  reacting to the external forces…” wow! fahamkah diorg nih…? huhu… kak tirah pun jelaskan lg… “kita jangan hanya bertindak secara respon luaran… tp, dengan respon dalaman… kita yg memilih untuk berubah atau tidak… walaupun kita kata kita dah berubah, tp terbuktikah ia dgn tindakan? semuanya kita yg tentukan… dan proaktif bukan sahaja bertindak kepada rangsangan, tp sebelum rangsangan tu dtg, kita dulu dah bertindak…” wow! Dalam mksudnya tuu…

Pastu giliran ana pula yg bentang… ana Cuma nak sampaikan kita yang memilih untuk menjadi apa yang kita mahu…boleh saja kita respon kpd api dengan menjadi air… boleh saja kita respon kepada angin dengan menjadi tanah… boleh saja kita respon kpd kemarahan kita dgn pilihan tindakan yg kita pilih… kita yg menentukan… ana nak sentuh tentang pengalaman dulu… tp, terus hasni respon… katanya, ” tp, kita sepatutnya berfikir dlm bertindak… bukan bermakna kita repon api hanya dgn menjadi air… bukan bermakna kita respon dgn org yg marah dgn ketawa-ketawa syak! Kita mesti ada ’human sense’ dan kita mesti hormat dan raikan keadaan org len…!” fuiyoo.. cenik nii… kalo dia bersuara, mesti dgn lantang dgn NADAnya yg ber’tune’ tinggi…. sabar cenik…sabar… ana tau tu dia maksudkan ana… hehe… ye, memang c qatrun ni, kalau bercakap skit mesti kontroversi… abis semua orang merespon dgn statement ana… ana mesti beri penjelasan…! ana pun katala…

”bukan bermakna kita respon dgn org marah, kita ketawa…bukan bermakna kita tidak bole raikannya…tp, maksud ana… boleh saja kita respon situasi yg tegang itu dgn beristighfar…rendahkan suara…ana bukanlah contoh terbaik…tp, pulang balik kepada diri individu utk memberi respon yg bagaimana…pilihan ditangan antunna…!”

Huhu…fuh! bahaya tau kalau nak berdebat dgn c hasni nii… kena pasang ’perisai dulu…huhu… takut kene panah… ana sebenarnya kalau bagi respon yg pelik2 dengan keadaan yg tegang, mesti sebab ana nak tenangkan diri dulu… kalau orang marah, ana ketawa mgkn tengah pening tu… then, amek tindakan kawal diri dulu baru kawal keadaan… ana tau sahabat2 ana sgt maklum dgn perangai ana yg itu…

Azie pula respon, “Proaktif, ciri2nya adalah orang yang boleh mengawal dirinya…emosi dan tekanan, dialah yang tentukan bahtera dirinya haluan kiri atau kanan…” walaupun azie nampak macam budak2, walaupun tindakannya macam adik2… tapi kata2nya kadang2 bernas jugak… sebab dialah yang paling tua dikalangan kami… huhu… sowy azie, tercakap pulak! dan ana penah bagitau padanya, “azie ni boleh jadi pemikir sebenarnya..” tp, azie diam…

Di akhir usrah kami, kak mahirah pun simpulkan semuanya… sebab kami tak hadam betul2 tentang tabiat pertama tu… dan masih ada lagi yang belum hadam dan faham betul2… kak mahira pesan, akan datang kami akan bedah buku tu betul2 nanti…dan kami akhiri usrah dengan resolusi ruhiyah yang dah di’upgrade’… abisla kami!

Hari ni, ana terbaca artikel ust.hasrizal… yg menyampaikan sepenuhnya maksud ana, yg ana mau sampaikan ketika itu… usrah muslimat semalam… SYUKRAN YA USTAZ…

Soalnya Siapa Kamu

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi berkat. Banyak makam sahabat dan orang soleh di sana” kata seorang kenalan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Mesti best, Turki tu cantik. Pemandangannya indah tak terkata” komen seorang kenalan lagi.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Bagus tu, Turki ni banyak peluang perniagaan. Boleh pertimbangkan bisnes kain lace, barang kulit, tudung sutera dan kristal” aju seorang lagi kawan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Hehe… Turki tu perempuan dia lawa-lawa ustaz. Lembut pula tu, tak macam Arab” usik seorang lagi kawan.

Kegatalan.

Subjeknya sama, iaitu Turki.

Tetapi ulasan semua berbeza-beza. Dan pasti sahaja apabila setiap mereka tiba di Istanbul, tempat yang dituju adalah mengikut ulasan-ulasan itu tadi. Seorang ke Eyup menziarahi makam Abu Ayyub al-Ansari. Seorang lagi ke Eminonu mencari feri untuk meneroka Selat Bosphorus. Seorang lagi, akan ke Grand Bazar melihat barangan terkini dan harga semasa untuk dihitung dengan kalkulator di tangannya.

Lelaki yang keempat saya tidak pasti dia akan ke mana. Mungkin ke Taksim atau lorong-lorong gelap di Galata, khabarnya.

SIFIR HIDUP

Itulah yang dikatakan, siapa kamu menentukan cara kamu melihat.

Kesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat.

Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala.

Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.

KE SUNGAI

Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa’ 17: 44]. Sedang berzikir.

Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.

Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”

Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”

Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.

Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.

Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.

Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

UNIVERSITI

Sama juga dengan universiti.

Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.

Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.

Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.

Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

FACEBOOK

Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?

Kamu girlfriend?

Kamu bos?

Kamu pakar?

Kamu sampah?

Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.

Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG

* Walaupun tidak semua yg dapat ana kongsikan disini, tetapi perkara highlight yg boleh sama2 kita renungkan, sama2lah kita ambil iktibar dan hikmah didalamnya…

* Sebelum ana tutup bab usrah semalam, ana teringat pula kata2 kak mahira yg last……………..sekali…hehe… tak boleh cerita kat sini…ia berkaitan dgn kami yg dah tahun akhir sem akhir ni… yang pastinya, dari ana, sahabat2 boleh la hayati kata2 ni:

“Keputusan yang dibuat berlandaskan pandangan Allah itu lebih baik, berbanding keputusan berlandaskan  pandangan hati yang diselubungi pandangan nafsu dan dikaburi pandangan syaitan laknatullah… InsyaAllah…”

Advertisements

About qatrunnada

"Allahu Ghoyatuna, ar-Rasul Qudwatuna, al-Quran Dusturuna, al-Jihad sabiluna, al Mautu fi sabilillah asma' a'malina..." maksudnya: "Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami, al-Qur'an pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..." Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa... Berjanjilah Ukhwah Kita Untuk Selamanya... sesungguhnya manusia itu alpa.. selautan ilmu Allah, hanya setitik dimiliki.. namun, sang hamba tetap akur..semakin ilmu Tuhan itu diselami, semakin kecil dirasakan dirinya.. hanya hamba kepada Rabbul 'Izzati.. lantaran itu, sang hamba pantas memercikkan setitik imunya, agar dapat manusia lain merasai kedinginannya.. saling ingat mengingati.. nasihat menasihati...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s