Monthly Archives: December 2010

Ar-Rijal vs. An-Nisa’ (bahagian 1)

Standard

24hb April 2009, Jumaat, 2.49am

Bismillahirrahmanirahim…

Assalamualaikum w.r.h w.k.t.h….

Puji dan puja dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t, kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah ana mencoretkan satu tinta khas buat tatapan muslimin mujahid juga muslimat mujahidah sebarisan dengan ana… satu tarbiyah dengan ana… satu panji dengan ana… satu mahabbah dengan ana… yang pernah bersusah dan bersenang bersama… bergelak ketawa bersama… berduka tangis bersama…. Ana telah menganggap muslimin mujahid dan juga muslimah mujahidah seangkatan dengan ana ini sepertinya pernah membesar bersama dengan ana… sepertinya urat nadi yang mengalir dalam tubuh ini alirannya sederas yang sama semuanya antara kita… KITA ADALAH SEPERTI SEBUAH KELUARGA… seperti adik dengan abang dan kakak….

Tidak pernah terlintas dihati ini untuk mengguriskan hati sesiapa tatkala berkata-kata… tidak pernah terdetik dihati ini meminta untuk dihargai… tidak pernah dihati ini tercalit sedikitpun rasa tidak hormat atau jengkel dengan sesiapa sahaja muslimin mujahid sebarisan ana ini…. cadangan dan teguran, semuanya untuk melakarkan pendapat dan pandangan… sepertimana kita pernah ditarbiyah dalam tamrin yang sama… kita kenal hati budi setiap ahli keluarga kita… setiap tingkah laku, bukan untuk merunsingkan, tetapi kerana risau dan kasihan dengan ada antara kita yang secara jelasnya memikul satu beban yang lebih berat…. hati ini mengerti… dan cuba untuk membantu….  tetapi maaf, bantuan yang ingin diberi, rupa-rupanya semakin menyusahkan muslimin mujahid sekalian…

Segunung kemaafan ana mohon kerana sering menyusahkan…

Lantaran waktu dimana ana rasakan jurang pemisah ukhwah antara kita semakin dalam…. kemurnian hati yang sering bersangka baik semakin menghilang…. tika ini, ana dapat merasakan kefahaman antara muslimin dan muslimat semakin pudar… mungkin dek kerana kita sebenarnya bukan membenci, tapi kerana kita saling mengambil berat… saling ingin menampung… saling ingin membantu… mengharap satu kesatuan dalam berfikir dan bertindak…

Ana sentiasa melihat…menganalisis…mentafsir… dan menilai… titik kesatuan yang mana kita mampu untuk jadikan pemangkin penerus ukhwah antara kita… penerus perjuangan dakwah yang sama… penerus husnu zhon yang mantap antara hati2 kita… jalinan kefahaman sesama kita… titik yang mana bah tu…??? ana masih mencari…

Tetapi, andainya jawapan tidak ketemu… sampai bila ana harus terus berdiam dan membiarkan jurang yang sedia ada semakin dalam? Dalam keadaan masalah hati semakin mencabar…  eh, bukan masalah hati, tapi masalah perkara yang melambatkan gerak kerja…

Ana pernah berkata pada Amir, ”Ana malas untuk bercakap dah! Ana penat untuk menerangkan… ana bercakap seperti selalu diperlekehkan… ana malas dah nak cakap apa2… bukannya didengar pun? Baru intro, sudah dipotong… Ana tak mau cakap apa2 dah! Sukati ana la nak cakap ke tidak? Kan? Sukati ana la… ana tak mau cakap!”

Sebenarnya muslimin mujahid sekalian, fitrah muslimat memang berkata sesuatu yang sebaliknya… ini bukan sahaja berlaku pada muslimat mujahidah antum sahaja! Ini juga fitrah seorang wanita! Bukan sahaja di UMSKAL, juga dikampus lain… bukan sahaja di malaysia, bahkan dinegara lain… bukan sahaja MUSLIM tetapi juga NON-MUSLIM… (rujuk buku men are from mars, women are from venus)

Ana katakan tidak, tetapi sebenarnya ana mahu… ana katakan malas, tapi sebenarnya ana bersemangat nak bercakap dan memberi pandangan… Cuma ada sesuatu yang menghalang dari peringkat antum… ana kata penat dah untuk menerangkan… tapi sebenarnya ana teringin sangat terangkan segala-galanya sehingga antum faham… Jika semua itulah yang boleh membuatkan antum puas hati… dan mempercepatkan gerak kerja Islam, ana sanggup… Itulah sebenarnya muslimat…

Muslimin mujahied yang ana kasihi kerana Allah… bagitahu pada kami, apa yang antum mahukan… bagitahu pada kami, apa yang antum rasakan… bagitahu pada kami apa yang antum inginkan… bagitahu pada kami apa yang antum ingin capai…

Muslimin mujahid yang ana hormati kerana Allah… tanyalah pada kami apa yang antum tidak faham perkara yang kami ingin sampaikan… tanyalah pada kami apa yang antum tidak faham apa perkara yang kami maksudkan… tanyalah pada kami bahasa kiasan kami yang mana antum tidak mengerti dan ingin penjelasan… tanyalah pada kami apa yang sedang kami runsingkan… tanyalah pada kami, apa yang  kami marahkan… tanyalah pada kami apa yang  antum ingin tahu…

Tetapi, tidak perlu antum memberatkan fikiran memikirkan penyelesaian kepada masalah yang merunsingkan kami… tidak perlu antum mencari jalan, punca apa yang menyebabkan kami marah dan beremosi… cukuplah antum hadir dan menjadi pendengar setia lantas tersenyum… sudah cukup kami tahu antum sentiasa bersama kami dan sentiasa menyokong kami dari belakang… Lalu, terlerai segala kekusutan dihati kami… muslimat inginkan empaty muslimin, bukannya penyelesaian… fitrah muslimat memang suka untuk berkongsi… (rujuk buku men are from mars, women are from venus)

(bersambung…dalam bahagian 2…)

Ar-Rijal vs. An-Nisa’ (bahagian 2)

Standard

Wahai muslimin mujahid  yang ana kagumi kerana Allah… bilamana kami berkata dan meminta pandangan, itulah yang kami harapkan daripada antum untuk menyampaikan pandangan… bukan dengan memarahi atau ketawakan… bukan dengan emosi atau tekanan… hanya pandangan untuk dinilai bersama… perkara yang kami utarakan itulah yang tidak mampu kami lakukan tanpa antum…  cadangan juga pandangan  yang kami berikan itulah yang mampu untuk kami usulkan untuk kita sama2 usahakan kerana kami tidak mampu… tidak pernah terniat untuk hanya berkata2 tetapi tidak melaksanakan… surah as-sof ayat 3 sudah cukup menggerunkan…

Allah telah berfirman, Wal muslimina wal muslimat ba’duhum awliya’u ba’d… Dan banyak lagi ayat yang berkaitan dengan muslimin dan muslimat… Kenapa Allah mengatakan muslimin dan muslimat? Kenapa tidak muslimin sahaja? Atau muslimat sahaja? Kenapa antum rasa muslimat pasti akan melambatkan gerak kerja? Kenapa antum rasa muslimat ada, pasti menyusahkan? Tapi kenapa Allah kata perlu ada kedua2nya barulah lengkap sesebuah organisasi dan bergeraklah segala matlamat yang ingin diperjuangkan? Adanya dua2 baru cepat…?? aiik…macam, mana bah itu…?

Ustaz Misbahul Munir di sekolah ana (Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, SAMTKKB) pernah berkata…

”Muslimat ini cerewet berbanding muslimin… muslimat ini leceh berbanding muslimin… muslimin ini selekeh(tidak kemas) berbanding muslimat… muslimin ni tidak peka dengan perkara sekeliling berbanding muslimat… tetapi, itulah kelebihan mereka yang muslimin dan muslimat tidak sedar…wahai putera puteri(panggilan kpd kami), kita jangan mengubah apa sahaja keistimewaan mereka ini… tapi kita kene tahu dan mengerti… muslimat cerewet dalam melakukan sesuatu kerja itulah yang menyempurnakan tugasan yang diberikan… yang menjadikan ia lebih kemas dan menjadikan sesuatu itu lebih teratur dan lancar… jika mahu menganjurkan meeting, siapa yang akan mencatit dan menjadi reminder? Jika mahu hantar proposal program, siapa yang akan melihat struktur, format dan ejaan? Walaupun ia remeh, kalau tidak catit, siapa yang akan bertanggungjawab jika terlupa? Perkara yang sudah dibincangkan meeting yang lepas, tak perlu dibincang lagi…  proposal, jika muslimat tidak lihat semua perkara remeh itu, proposal yang silap akan kerap dihantar berulang kali…  dalam keadaan ini, muslimin atau muslimat yang melambatkan gerak kerja Islam? Mengenai muslimin pula, selekeh muslimin dalam mengurus diri dan keadaan sekitar, adalah kerana sibuk mengatur manhaj hidup dan berfikir untuk perkara yang akan datang… muslimat sibuk memikirkan masalah hati terkadang tanpa sedar masalah ummat yang perlu kita tangani sepatutnya lebih banyak kita fikirkan…  apa akan jadi jika mereka tidak memikirkan perkara akan datang dan sibuk mengatur dan mengemaskinikan perkara disekeliling…? Dalam keadaan ini, muslimat atau muslimin yang melambatkan gerak kerja Islam? Kuncinya mudah… Kita kene tahu dan mengerti… disamping belajar untuk menerima… ”

Muslimat Mujahidah yang ana sayangi kerana Allah…. antunna tahu atau tidak? Muslimin terasa amat sakit jika antunna senyap dihadapan mereka, tetapi sibuk berdiskusi dibelakang mereka…? antunna mengerti atau tidak, mereka jelik dengan sikap kita yang sering berulangkali bertanya perkara yang sama? Antunna sedar atau tidak? Mereka ingin membawa kita bersama kehadapan menongkah arus perjuangan dalam keadaan kita sama2 berfikir dan bertindak untuk perjuangan yang sama… mereka sedang kuat berusaha kearah merapatkan jurang ketidakfahaman antara kita…

Muslimat mujahidah yang ana cintai kerana Allah… antunna kene tahu bila masanya mereka betul2 down… bila masanya mereka meminta pandangan kita… mereka ingin sangat kita percaya kepada mereka kemampuan mereka yang tidak pernah kita ragui…

Muslimat mujahidah… ana tahu antunna bijak mengatur perjalanan sesuatu perkara dengan sistematik dan sentiasa berusaha untuk membantu dan terus membantu… tetapi, ketahuilah, muslimin akan merasa antunna menyusahkan dan sentiasa mencuba untuk mangawal pergerakan mereka… ana tahu, antunna bertindak sedemikian kerana mengambil berat tentang mereka… tetapi kadang2 antunna perlu lepaskan mereka untuk membuat keputusan biarpun ia salah yg kita rasa… tak perlu kita menyatakan yang perkara itu salah, kerana di akhirnya mereka akan sedar kesilapan mereka sendiri dan mereka tetap akan belajar daripadanya… mereka perlu untuk belajar tentang kehidupan yang mereka ingin untuk belajar sendiri dengan sedaya upaya diri mereka…. kerana itulah diri mereka… yang fitrahnya menjadi seorang ketua perlu untuk berasa diatas dan membuat keputusan…  Dan mereka sangat2 mengharapkan penerimaan dari kita…


Kuasa, persaingan, efisyen, dan pencapaian… Terasa begitu penting bagi mereka muslimin… kerana, target untuk mencapai matlamat sangat menunjukkan kemenangan dalam persaingan dengan sekitar… terlalu menunjukkan jalan yang lurus menyebabkan mereka rasa diperkecilkan sepertinya mereka tidak dapat buat sendiri dengan cara mereka dan fikiran mereka…  dan sepertinya mereka tidak berguna dan tidak mampu kerana tidak dapat memikirkan sesuatu bagi penyelesaiannya untuk sesuatu perkara atau masalah…

Tetapi, bilamana mereka bertanyakan pandangan dan memerlukan jawapan, bermakna kita ni muslimat, harus berfikir dengan kritis dan kritikal untuk membantu mencari penyelesaian… kerana bilamana mereka meluahkan masalah dan harap dibantu, menunjukkan mereka perlukan sesuatu jalan dan pandangan yang sangat cantik dan hebat… oleh itu muslimat mujahidah sekalian…. Antunna perlu untuk belajar berfikir secara kritikal dan perlu mengasah otak untuk berfikir dan perlu sentiasa bersedia untuk memberi pandangan dalam apa situasi sekalipun, belajar untuk berfikir dengan pantas dan bernas… untuk kita bantu mereka disaat mereka perlukan bantuan kita…

 

Walaupun berbeza dengan kita muslimat yang bilamana kita mengadu masalah, kita lebih perlukan perhatian… ada yang mendengar luahan… tapi bukannya penyelesaian yang bernas… kerana kita juga yang akan neutralkan masalah itu… tapi, itulah muslimin dan itulah perbezaan antara kita yang sebenarnya sangat istimewa…

Hmm… perkongsian dari pembacaan ana didalam buku ’Men are From Mars and Women are from Venus’ bukan bertujuan yang lain melainkan hanya untuk ana menyampaikan apa yang ana dapat… kerana ana lihat, kita muslimin dan muslimat balik2 bergaduh kerana tidak saling faham memahami… kita perlu kenal dan belajar untuk mengenal sifat dan fitrah insan yang berbeza dengan kita… bukan untuk melambatkan gerak kerja, tetapi untuk melajukan gerak kerja…

Bayangkan jika kita bergabung dan sama2 faham memahami dan sentiasa menyokong satu sama lain, betapa perjuangan itu menjadi begitu laju kedepan dan maha hebat bergerak dengan semangat yang padu antara kita… Tak mustahil kita akan dapat melahirkan generasi akan datang seperti Saidina Umar… seperti Hassan Al-Banna… Seperti Syed Qurtubi… seperti Salahuddin Al-Ayyubi… seperti Saidatina Aisyah… seperti Siti Khadijah… seperti Aruneb Ishaq…  Tokoh2 ini semuanya ada penyokong dibelakang mereka… yang menjadikan mereka hebat dan diingati dan dicontohi zaman berzaman… semuanya atas izin dan kehendak Allah s.w.t sendiri… Maka terbuktilah kata2 dan firman Allah didalam kalamun ’Aziz… Muslimat dan muslimin kedua2nya penting untuk bersama dalam berorganisasi… bukan sahaja organisasi kecil seperti keluarga, bahkan organisasi besar yang kita sama2 fikirkan untuk kemaslahatan ummat…

Akhir kalam, kesimpulan ana tetap yang sama dari dulu hingga kini juga untuk selamanya… ”Melihat…menganalisis…mentafsir….menilai…” dan tambahan sikit, bertanyalah… dan bukan memblame sesiapa… kerana kita sama2 fikirkan sesuatu yang terbaik untuk Islam… mungkin ada kesilapan, tetapi kita sama2 tampung menampung…

Wallahualam….

Tinta Khas,

Hayfaa Afreena Bt. Luqmanul Haqeem

<setanggikasih_88@yahoo.com>