Monthly Archives: September 2011

Terus Berlari

Standard

Selasa, 20/9/2011, 10:40am

Bismillahirrahmanirrahim…

Akhir-akhir ni… banyak perkara yang berlaku… semuanya menguji hati, keimanan, ketaqwaan, kredibiliti dan kekuatan… sebagai seorang muslimah… sebagai seorang anak… sebagai seorang adik… sebagai seorang kakak… sebagai seorang sahabat… sebagai seorang guru… sebagai seorang wanita…

Murid-murid yang biadab…

sahabat yang tidak bisa kuhiburkan…

masa depan yang belum pasti…

harapan mak ayah yang tidak tertunai…

keinginan adik2 yang tidak kupenuhi…

luahan seorang abang yang kuremehkan…

perjuangan yang kuringan-ringankan…

saudara-mara yang kuketepikan…

Semuanya ini membuatkan hatiku bertambah kosong… tidak tahu apa yang diri sendiri kejar… dengan mudah melepaskan apa yang ada didalam tangan… inilah kegagalanku sebagai seorang insan… Ya Allah… enti apa yang harus kulakukan…? Biarpun Cinta Allah yang ingin kukejar… aku tidak dapat menafikan hati yang memerlukan cinta seorang insan yang Dia redhai… biar lelahku berlari… tetap belum kuketemu… Ya Allah… bantulah hambaMu ini… sahabat, bantulah aku…

Luahan seorang sahabat pada ana disuatu hari… tak tahu kenapa kali ini ana terkedu… tidak tahu apa yang harus ana cakapkan padanya… hilang kata2 dan hujah… setelah beberapa ketika, lantas terus sahaja ana senyum padanya… dengan berkata :

Mungkin sahaja bukan enti sendirian mengalami perasaan itu… mungkin ada insan lain yang turut mngalaminya… tenangkan diri dgn mendekatkan diri padaNya… sebelum mengatur strategi untuk berusaha memperbaiki keadaan itu… selesaikan masalah dan urusan satu-persatu… mungkin juga, bila enti mula marah pd diri sendiri… bukan disebabkan hati yang kosong… tapi, disebabkan hati yang sudah terisi…  tetapi enti memendamkan krn merasakan tidak mungkin memiliki… betul x?

Terus terkejut mukanya bila mendengar apa yang ana ucapkan…

Nda pa la… sesungguhnya jodoh… ajal… rezeki… semuanya telah ditentukan… cumanya dari kita untuk terus sabar dan terus berusaha mencari sebelum ketemu ketetapan yang ditentukan olehNya… ana juga rasa, masalah yang lain2 timbul pun puncanya adalah dari masalah yang satu ini kn? enti marah diri sendiri krn merasakan gagal mengawal hati sendiri… begitu bukan? sungguh bertuah enti tergolong dalam golongan yang berjihad didalam hati… ana teringat hadis yang mengatakan, “jika seseorang itu meninggal dalam keadaan dia merahsiakan hatinya terhadap insan yang disukainya, maka syahid untuknya…”

Mungkin sahaja Allah ingin menguji hati hamba-hambanya… kesenangan menjadikan kita jauh dgn pencipta… tetapi, ujian dan cubaan yang menjadikan hati kita lebih lunak dgnNya… Memohon dan merayu pdNya… Lebih dekat denganNya… Sebagai tanda Allah sentiasa memerhatikan kita… bagusnya kalau dpt hati yg sentiasa dekat dgn Allah ketika susah mahupun senang…Ana mau…

Terus sahabat ana ni teresak-esak dengan tangisannya yang syahdu… ana sendiri pun tak dapat menahan air mata dari tumpah mendengar tangisannya… sungguh dalam hatinya memendam… pasti sudah terlalu lama ia menyimpan… Malam itu… pabila ana terjaga dari lena… ana terdengar esakan kecil dari bilik solat… untuk kesekian kalinya… rupanya, inilah rahsia tahajud malamnya yang ana terdengar sebelum ini… Duhai sahabat… Teruskan Berlari! kuatkan hati… Perjuangan hidup ini masih panjang… Ya Allah… kurniakan sahabatku penawar hati…