Daily Archives: 29/06/2012

Panjang Umurnya…

Standard

Panjang umurnya…(3x)

Panjang umurnya serta mulia

Serta Mulia…

Nyanyian lagu ucap selamat seperti yang di atas ni selalunya kita dapat dengar dari kaca2 tv dalam banyak drama2 Indonesia… Alhamdulillah… tanggal 29 Jun 2012 aku sambut hari lahir d rumah sewaku di taman mutiara, Wilayah persekutuan Labuan… Dengan ditemani sahabat2, Kak Salma, Kak Karmila, Hasni, Ilyanie, deq Aisyah Naser dan Ustazah Hasinah… Tp, versi lagu yang dinyanyikan untukku kali ni lain sikit…nyanyian khas oleh Ustazah Hasinah…

Panjang Umurnya…(3x)

Panjang umurnya cepat jodohnya…

Cepat Jodohnya…(2x)

Aduh…nah kau sebijik dapat… Takpe, yang penting doanya… InsyaAllah kalau dah sampai seru biar dipisahkan oleh lautan dalam, pasti tetap ketemu jua…Amiin…Kalo Allah tidak berkehendak, biarpun bercinta simpul mati tetap tidak berhimpun di akhirnya… Apa2pun syukran Jazilan diucapkan kepada insan2 berhati mulia yang banyak mendorong dan membantu menaikkan semangatku sepanjang berada di Labuan… Jasa kalian moga dapat ganjaran yang setimpal…

Hadiah pertama berbentuk sebiji kek yang istimewa ni memang sedap! Walaupun rupanya yang sedikit lain yang disebabkan 1 bunga fresh cream nya dah tergelincir dari landasan… Hehe… keunikannya  menjadikan malam hari itu sangat istimewa yang membuatkanku tidak lekang dengan senyuman… Subhanallah… Allah masih lagi mengizinkan hambanya ini menikmati 1 lg bentuk kebahagiaan biarpun hambanya ini terlalu banyak melakukan dosa dan maksiat… Terasa memerah mukaku dek kerana terlalu malu dengan Penciptaku!

Hadiah kedua yang diberikan dari Ustazah Hasinah adalah sebuah majalah info Manual Remaja Bertaqwa…

 ~~Sayang kalian kerana Allah~~

Advertisements