Monthly Archives: October 2012

Generasi yang Unggul…bagaimana ye…?

Standard

Ahad, 15hb Februari 2009, 2:35am, repost Jumaat, 19hb Oktober 2012, 2:35pm

Bismillahirrahmanirrahim…

Rabbana hablana min azwajina.. wa zurriyatina quratu a’yun… wa ja’alna lil muttaqina imama…

Maksudnya : wahai tuhan kami, kurniakanlah kami isteri/suami kami.. dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk mata.. dan jadikanlah mereka imam bagi golongan orang yang bertaqwa…

Segala puji dan syukur disandarkan kepada Allah s.w.t yang memberi ana peluang untuk menaip, demi untuk menyampaikan… walau kekangan demi kekangan yang dihadapi… tidak lain, hanya untuk Islam itu sendiri… wadah yang digunakan untuk menyampaikan haruslah pelbagai… dalam pada kita ingin mendekati mad’u yang pelbagai…

Teringat pada persoalan yang ditimbulkan oleh seorang ukhti yang sangat ana kasihi lillahi Ta’ala… katanya : “bolehkah kita, nak menyalahkan generasi masyarakat kita pada hari ini, dengan keadaan mereka telah hanyut dengan keduniaan… sedangkan memang itu yang dihidangkan sejak mereka kecil lagi… dengan suasana keluarga yang berfikiran agak liberal… global… dsb… yang tidak pernah melarang mereka dari melakukan perkara2 yang melanggar syariat..? dalam keadaan mereka sering dihidangkan dengan ‘screen, sex and song’ tanpa batasan…? Dalam keadaan mereka bergaul dengan sahabat2 yang dengan mudah sahaja boleh mempengaruhi mereka…?”

Sejenak ana terpana… hmm… “macam pernah kudengar persoalan begini… tapi dimana ya?” fikir punye fikir, hmm… pernah suatu ketika dulu, sewaktu zaman muda2 dulu… zaman persekolahan yang ana rindui… kami pernah dijemput untuk melibatkan diri dalam program ‘Bengkel Smart Solat’ sebagai faslitator. Program ini dianjurkan oleh sebuah sekolah menengah harian sekitar kawasan sekolah kami… seramai 20 orang Majlis Perwakilan Asrama (MPA) muslimin dan muslimat yang terlibat…

Naaahh… Astaghfirullah… betul2 kami rasa seperti tersentak ke batu… terkejut, dengan keadaan masyarakat sekitar kami… sepertinya terbuka pekung masyarakat dihadapan mata kami… selama ni, kami duduk terceruk dalam asrama, dunia kami hanya sekolah kami… masyarakat yang kami kira begitu kasihan… jahil… dan ketamadunan yang kian terhakis… Bagaimana susah pelajar muslim mereka nak menunaikan ibadah kerana dihalang oleh pelajar lain terutamanya yang bukan muslim… bagaimana hausnya mereka dengan ilmu Islam juga nilai2 murni ajaran Islam itu sendiri… sampaikan, bilamana ditanya tahukah mereka menyucap 2 kalimah syahadah, mereka tidak tahu… Ya Allah… bagai nak pecah empangan air mata kami waktu tu… program sehari suntuk itu tidak cukup untuk kami! Tidak cukup untuk mereka!

Betul2 terasa hangat pipi dek terkena tamparan yang maha hebat… betapa perlunya kami keluar ke masyarakat demi menyampaikan Islam yang indah itu…

Bagaimana strategi yang sebenar2nya yang patut diterap untuk kita mendidik generasi akan datang..???

Takkan dengan mewajibkan mereka sehari suntuk untuk solat dan membaca Al-Quran? Takkan dengan mengharamkan kaca televisyen dari dimiliki didalam rumah apatah lagi menghiasi ruang tamu atau mengisi waktu2 terluang…? Begitukah yang sebaiknya???

Memisahkan mereka dari dunia luar? Takut untuk mereka dipengaruhi ?
Atau bagaimana ??

Suka ana mengambil contoh, kisah seorang kanak2 perempuan… yang hidupnya dikelilingi dengan hutan konkrit yang penuh debu noda dunia…Kuala Lumpur… Bagaimana seorang kanak2, menjadikan bandar metropolitan itu sebagai taman permainannya… dia bukanlah datang dari keluarga yang islamic version… bersekolah pula ditengah2 bandar metropolitan yang terlalu kejam umtuk dirinya… ibubapa pula bukanlah yang suka mengongkong… bagaimana dapat kita bayangkan, dari sekolah kebangsaan sesi pagi nak ke sekolah agama sesi petang kanak2 itu terpaksa berjalan kaki merentas lorong2 bawah tanah sekitar KL sejauh ujana kewangan (UK) ke pasar ikan di Labuan… atau merentasi jalan2 besar yang penuh kenderaan yang menyesakkan… suasana keruntuhan akhlak yang berada dihadapan mata dihadapi setiap hari… jika tidak ada yang dapat menghantarnya ke sekolah sesi petang, pasti jalan itulah yang dia akan hadapi bersama beberapa sahabatnya yang setia…

Kanak2 hingusan yang masih mentah akan kebenaran dunia yang sentiasa menipu…

Suka ana ambil contoh sifat seorang bapa yang sentiasa berusaha untuk pengisian rohani terhadap anak2nya… walaupun sentiasa sibuk mencari nafkah… outstation yang menjadi trademark seorang pegawai system maklumat sepertinya… tak pernah lekang mereka dihidangkan dengan zikirullah yang mengasyikkan, yang disampaikan oleh ustaz badrul amin… setiap kali naik kenderaan pasti kaset itu yang akan dimainkan… sampai naik hafal mereka adik-beradik dengan zikir itu… Dia jugalah seorang bapa yang sentiasa berusaha membawa keluarganya mendekati Islam… dalam keadaan Ibu bukanlah seorang yang biasa tentang Islam, apatah lagi memahaminya… Bagaimana seorang bapa yang biase… berusaha mendidik isteri dan anak2nya mengenal Islam…

Belum sempat sepasang mata seorang bapa yang ingin melihat anak2nya berjaya dunia akhirat, dia telah dijemput menghadap penciptanya… betapa besar penangan seorang kanak2 perempuan yang begitu intim dengan abinya… berbanding umminya… Namun, hasrat seorang bapa yang mahukan anak2nya disekolahkan di sekolah agama pabila naik ke sekolah menengah tetap ditunaikan… Sekolah agama yang berasrama itulah yang banyak mendidiknya menjadi insane yang berguna… selepas teruk berperang dengan dirinya sendiri… dalam pada mencari identity diri… dalam pada memahami tujuan hidup…

Akhirnya, berdirinya dia sebarisan dengan mereka yang berjihad mengintima’kan diri untuk menggerakkan Islam dibumi… walau diri masih kekeringan ilmu.. walau diri masih kekurangan amal… aslih nafsak wad’u ghoiroh menjadi pendorong utama… kesedaran yang diperoleh suatu waktu dulu, menjadi pemangkin dalam bertindak menegakkan syiar…

Sumber : Sahabat ana…(HALH)…

Kesimpulannya, dalam pada kita menghadapi dunia yang serba mencabar ini… bukanlah caranya untuk kita mendidik anak2 dengan mengongkong mereka dari mengenali ketandusan islam dibumi… tetapi, dengan cara mereka turun berhadapan dengan suasana sebenar… memerangi nafsu dan tusukan jarum syaitan laknatullah yang mengancam diri… mencari punca dari akar umbi… dan mengerah otak dengan memikirkan jalan kearah penyelesaian…

Melindungi diri dan orang sekeliling bukanlah dengan cara mencampakkan racun jauh dari pandangan… tetapi dengan meminum racun itu untuk kita mengenal mana satukah penawar yang sesuai untuknya…

Wallahu’alam….. semoga Allah pimpin setiap kata2 kita….

Duhai Ibu…didiklah anakmu…

Standard

Anak ibarat permata yang perlu digarap sinarnya… Ibarat kain putih yang terserah pada kita dalam mencorakkannya… Ibarat air jernih yang perlu dipelihara dari keruhnya… Ibu Bapa yang merupakan insan pertama mereka kenali selepas lahirnya mereka ke dunia… Akan tetapi, kadang-kadang kita merasakan mahukan yang terbaik buat anak-anak tidak kena pada caranya sehingga merosakkan anak itu sendiri sepertinya dalam kisah drama yang diilhamkan dan dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam ‘Anakku Sazali’. Berikut adalah beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak buat Para IbuBapa, Guru, Penjaga, Pembantu Rumah, Atuk Nenek, Abang Kakak sekalian…

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Maka, berilah yang terbaik darimu duhai ibu buat anak-anakmu yang bakal berbakti kepadamu kelak… Doamu diharapkan…Kasih sayangmu didamba… Perhatianmu diinginkan… Kebijaksanaan dan Ketaatanmu pada Tuhan itulah yang menjadi bekalan pada setiap aliran urat darah anak-anakmu… Moga berkat itu melimpa buatmu dan generasi akan datang…. Wallahualam…

 

 

 

-SUMBER-