Monthly Archives: July 2013

Lorong sunyi…

Standard

Rabu, 13 April 2013, 22:55pm

Terimbau kenangan lalu tatkala Lauk ‘Sup Ekor’ ditempah untuk makan malam bersama sahabat2. Restoran tepi jalan utama kawasan perindustrian di Pulau ini sering menjadi lokasi untuk santapan jasadi kami. Aku bersyukur kerana sempat melihat wajah2 kegembiraan sahabat2ku. Merekalah peneman di perantauan tanpa keluarga di sisi. Kadang ketidaksefahaman itu menggugat keamanan, namun itulah lumrah kehidupan. Justeru dengan memandang kesefahaman dan titik serasi itu lebih penting dan lebih mengasyikkan dalam pada mencari keserasian. Aku bersyukur punya sahabat. Tanpa mereka, lorong sunyi itu tentu terasa lewat sekali kujalani dengan berkira-kira bilakah penghujungnya.

‘Sup  Ekor’ lauk kegemaran babah suatu ketika dulu sangat kuingati. Menjadi kegemaranku kini. Air barli suam turut bertakhta sebagai menu minuman yang kerap kali kupinta pada si tukang pengambil tempahan makanan di mana2 restoran yang sempat aku pergi.. Keasyikan melayan kerenah sahabat tiba2 terganggu dek terselit satu rasa.. lorong sunyi itu sering bertamu di waktu kesibukanku mahupun kelapanganku.. sering membuatkanku hilang tumpuan pada alamku kini… dan ia juga sering membawa daku melayari sebuah alam lain… di lorong sunyi itu…

lorong