Monthly Archives: July 2014

Syawal di Laman yang indah…

Standard

IMG_20140727_093209_1~2

>>Bismillah….

Saat ini…

Keindahan itu tidak lagi indah…

Kerana…

Biarpun indah luarannya…

Ia kosong didalam…

Laman itu yang dulunya meriah dengan kicauan beburung…

Namun kini, satu persatu ia terbang pergi…

Meninggalkan laman yang indah…

Laman indah ini menunggu masa…

Dimamah usia…

Lalu lenyaplah ia…

Juga keindahannya…

Seiring sifatnya hanya sebagai HAMBA…

(qatrunnada, 2013~2014)

Hm…terfikir2 bila ana mula berkarya…serasanya, InsyaaAllah i got myself back to normal a little bit… Alhamdulillah….. 🙂 Lukisan tu lukis tahun lepas…kosong…terjumpa, teringat asbab tercetusnya ia…then, jemari2 pantas berkarya…

~~Salam Aidilfitri buat semua…maaf zahir dan batin… 🙂

images (7)

Dalam pada kita nak menyambut syawal, ana terkenang pada insan2 yang kurang mampu…juga yang ditimpa musibah… Sudahkah mereka terima pakaian yang disumbang..? Cukupkah makan pakai..? Gembirakah mereka di pagi syawal..? Kalau dulu, yang ana teringatkan adalah sahabat2…yang ana risaukan sahabat2… perjalanan ke kampung selamat x… namun kini, ana tau mereka semua baik2 aja…malah, InsyaaAllah lebih baik lagi… 🙂

Tapi kini, bila terlihat di tV3.. mereka mengulas isu GAZA hanya sekadar mengambil gambar dan video ulasan pihak israel laknatullah! Serasanya macam nak marah pun ada… untuk apa disiar muka2 Israel tu? Seharusnya media besar sebegitu gunakan kelebihannya untuk beri kesedaran kpd masyarakat mengenai kesengsaraan rakyat GAZA. Setahu ana, beratus2 anak2 kecil dan wanita telah terbunuh semenjak perang diisytihar.., tp, dipihak Israel, hanya tentera2 yg mati… Sesuai peperangan zaman Rasulullah s.a.w, dimana, anak2, wanita2 hanya ditawan, bangunan2 tidak dirobohkan.., Kekejaman Israel yang menyasarkan bom2 secara rawak dan membunuh membuta tuli walaupun sepatutnya alat mereka yg canggih mampu membezakan antara anak kecil, wanita dan tentera hamas. Mereka kalah kpd bridget alQassam, dan menyasarkan kpd rakyat awam…

IMG-20140716-WA0015

This is humanity issue! Not religion issues… yang sepatutnya tV3 tu ulas… Allahuakbar! Ana betul2 marah bila nampak muka2 israel di buletin utama tadi..! Moga2 tV3 lebih cakna dan info yang lebih menyedarkan dapat disiarkan… Tiada rasa syawal kali ini disambut sepertinya tahun2 yang lalu… belum lagi ulas mh17 dan mh370… Allah…Allah…Muhammad Rasulullah…Allahumma Solli ‘ala Saidina Muhammad… Allahumma baddij syamlahum…(dan seterusnya)…

~~Laman indah itu tidak lagi bersemi keindahannya… sayu pd Ramadhan yang pergi… Namun, Salam Syawal tetap bersambut… Salam Syawal…

#PrayforGaza

#Pray4MH17

#Pray4MH370

Advertisements

DIA titip CINTA pada setiap mehnah… :-)

Standard

Sabtu, 26 Julai 2014, 12:19am

Alhamdulillah…setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya diberi keringanan untuk terus berkarya di blog yang bersawang ni. Sepatutnya minggu ni ‘our circle’ diteruskan seperti yang dijalankan setiap minggu. Tapi, memandangkan kesemua ahli ‘our circle’ sibuk untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga, maka ana nukilkan di blog ni serba sedikit mengenainya…Inilah semangat baru yg DIA yg maha pengasih dan penyayang titipkan pd setiap mehnah… utk ana lihat pd Mad’u yg memerlukan CINTA utk dihulur…utk membawa lebih dekat pd Pencipta… 🙂

Apa tu ‘Our Circle’…?

Our circle adalah satu bulatan ilmu bagi kumpulan remaja yang mendapat ilham untuk ditubuhkan melalui Kelas Pendidikan Wanita (KPW) Masjid AnNur, w.p.Labuan. Terdiri daripada peserta remaja KPW dan anak2 peserta yang memiliki berbagai latar belakang. Objektifnya adalah untuk menyediakan satu medan bagi anak2 remaja ini berkumpul dan berukhwah dalam 1 perkumpulan yang berjiwa muda. Ia juga bertujuan agar anak2 remaja KPW dapat berbincang dan berkongsi ilmu dan aktiviti bersama, disamping mendidik diri untuk berada didalam ruang lingkup amal Islami.

Apakah antara aktiviti ‘Our Circle’?

Our circle InsyaaAllah tetap meneruskan dan melibatkan diri dalam aktiviti KPW dengan menghadiri kuliah dan kelas mengaji secara berkala pada hari Sabtu jam 2ptg. Selain itu, ‘circle’ bersama anak remaja juga diadakan setiap minggu selepas KPW. Antara aktiviti lain:

1. ‘Knowledge circle’

2. Kempen menutup aurat.

3. Imarahkan majlis2 ilmu sekitar Labuan.

4. Santai meja makan.

5. Ziarah kawan.

6. Raikan Ramadhan.

7. Jalan2 Aidilfitri.

8. Riadhah

9. Whatsapp group, 1 day 1 knowledge 1 smile 1 news.

Team ‘our circle’ masih terlalu baru untuk melangkah memandangkan kewujudannya pada tahun ni, 2014 belum lagi mencecah 1/2 tahun. Namun, berkat doa dan sokongan juga harapan dari pelbagai pihak, terutama tenaga pengajar KPW untuk anak2 remaja ini terbimbing, maka biiznillah ia mengorak langkah dengan perlahan dari satu aktiviti ke satu aktiviti. Target, adalah untuk menjadikan setiap ahlinya berilmu dan beramal serta berbakti kpd masyarakat dlm pd mendidik diri dan masyarakat mendekati ajaran Islam.

IMG_65080503977987

IMG_65089461114205

Jpeg

IMG-20140406-WA0004~2

DSC01710

 

 

Apa itu KPW?

KPW yang dipendekkan namanya dari Kelas Pendidikan Wanita Masjid AnNur, adalah kelas bimbingan untuk para wanita/muslimah di Labuan dari pelbagai sudut ilmu mencakupi fardhu ain, fardhu kifayah, hadith, tasawuf, sirah, tajwid, termasuk kelas mengaji iqra’ dan Al-Quran. Ia diadakan pada setiap hari sabtu selepas zohor 2ptg dan pada hari Ahad jam 8pg pd bulan Ramadhan. Antara aktiviti @ program KPW adalah:

1. Kuliah Ilmu

2. Kelas Mengaji

3. Qiamullail tahunan

4. Kursus Pengurusan jenazah

5. Tahlil rumah ke rumah.

6. ceramah Palestine

7. Tadarus dan khatam quran

8. Whatsapp group.

9. Muamalah

Labuan adalah sebuah wilayah yang agak ketandusan sinar Islam dek kerana terlalu byk pengaruh hiburan yang sedikit ekstrim. Namun begitu, amalan penghayatan agama sudah mula bertapak selangkah demi selangkah untuk kembali mendaulatkan Islam dibuminya bertahun dulu. Banyak pihak yang sedang berusaha dengan pelbagai cara, pendekatan dan medan digunakan untuk tujuan sama. Tidak terkecuali ‘Our Circle’ dan KPW yang amat memerlukan sokongan, penyertaan dan doa semua selain dari badan2 dan NGO2 yang tidak pernah lelah. Moga usaha2 ini dipandang Allah utk menggapai redhaNya.

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Jpeg

 

Jpeg

 ”Energi janji kan menginspirasi untuk terus menginstall diri agar bisa selalu memberi… kuunu robbaniyyiina bimaa kuntum tu’allimuunal kitabaa wa bimaa kuntum tadrusun. Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak bisa memberikannya kepada orang lain… faaqidusy syai laa yu’thii.”

(Solikhin Abu ‘Izzudin)

‘‘Jika engkau mampu mencegah diri dari kejahatan, maka engkau akan mampu mencegah orang lain dari kejahatan. Sesuai dengan kadar kekuatan imanmu. Engkau akan ongkang-ongkang kaki dirumah dan berdiam diri dari penumpasan kemungkaran-kemungkaran.”

(Syaikh Abdul Qadir Jailani, al-fathu ar-Rabbani: 50, dikutip dari al-Qiyadah, Jasim Mulhalhil al-Yasin)

‘‘Perumpamaan orang alim yang mengajak kebaikan kepada manusia tetapi dia sendiri tidak mengerjakannya, bagaikan lantera yang menerangi orang lain tetapi membakar dirinya sendiri”

(Hadith riwayst Thabrani dlm Al-Kabiir, sanad Hasan)

‘‘Nafas kader… waktu malam untuk ibadah, perjalanan untuk membaca, jaulah dakwah untuk menyebar fikrah dan berharakah untuk mewarnai dunia.”

(Solikhin Abu ‘Izzuddin)

Ketepuan dan kebekuan suatu ketika dulu dengan pelbagai mehnah dirasakan terlalu lama masa diambil untuk bangkit. Lantaran sendirian menggagah diri merangkak bertatih mengharungi dan menyelesaikan satu persatu ujian yang datang bertimpa-timpa disulami kesihatan yang meragut, diselingkan dgn pemergian satu persatu insan yg banyak menyokong. Namun, Allahu rahman wa rahim.. Diakhirnya kumulai melangkah utk keluar dari ketepuan dan kebekuan dengan berhenti mengharap pada insan, namun hanya pdNya adu tangis hiba itu.

Sesuai dgn saranan Syaikh Dr. Al-‘Aidh Al-Qarni dalam La Tahzan untuk kita lakukan perjalanan agar bisa keluar dari gundah, gelisah, sumpek, bosan, jenuh dan bermacam-macam beban yang menghimpit jiwa. Perjalanan itu hiburan, sumber inspirasi, modal energi, motivasi jitu, semangat seru, terus melaju dari waktu ke waktu. Dalam perjalanan itu yang membuatkan ana dpt menggali idea, gagasan, coretan, pemikiran dan karya. Seiring dengan terpateri dlm ‘Spirit yg hilang’ karangan Solikhin Abu ‘Izzudin. Dan begitu juga dalam kisah tarbiyah langsung dari Allah s.w.t buat KekasihNya Rasulullah s.a.w pd tahun dukacita akibat kehilangan 2 orang yang paling dicintai Baginda Nabi dalam peristiwa Isra’ Mi’raj. Subhanallah. Perjalanan yg mendebarkan dan mengasyikkan.

Ya Rabb, bantulah dan tuntunlah langkah hambaMu ini dengan rahmatMu yg luas dlm perjalanan kebaktianku dan pencarian bumiku, tapak tempatku berteduh, biar lelahku sendirian d rantauan bisa terubat sesuai dgn qada’ dan qadarMu. Amin.

LOVE 4 GAZA

Standard
24 Julai 2014, Khamis, 11:36pm
Andai ku punya kudrat…seisi dunia ini tidak ingin kulihat sengsara… Mari menyumbang HARTA dan DOA buat mereka di GAZA kerna kita tidak mampu menyumbang tenaga… Wahai orang2 Labuan yang berjiwa besar! Andai terjumpa kotak ini di mana2 sekitar Labuan, jangan lupa untuk masukkan sekadar sekurang2nya RM1 untuk saudara kita di GAZA…
Jpeg

‘Kerna Kau Tak Merasa’

Terima kasih kepada sahabat yang membuat video ini sebagai salah satu medium hebahan keadaan di Gaza. Walaupun beliau tidak mahu namanya dihebahkan, kita sama-sama mendoakan beliau dikurniakan isteri solehah.

Sebarkan, kerana kita enggan membiarkan Gaza tunduk!

<Nadir Al-Nuri Kamaruzaman>

Pelajar Tahun 2 Syariah, Universiti GAZA
~~Satu2nya pelajar Malaysia di GAZA kini

gaza 5

~~Terkesima dgn semangat anak kecil Syria… dgrkn ucapannya…

And let the history remember the number of bombs,
It kills the children and destroy the houses,
And let the days speak about the betrayal of the rulers,
And the conspiracy of the regime,
As if they were monkeys.

The batalion of Al-Qassam,
Refuses to surrender,
It keeps moving forward,
As if they were thunder,
They are many in numbers.

It’s ideology is luminous,
In it’s heart is foresight,
It’s weapon is solidarity.

So come, o brothers,
Let’s keep going forward ‘fi jannatil adnan’,
So we catch up with delegations.

Our blood is pure,
Our souls are proud,
Our life’s are gift,
The Lord we worship,
Our weapon is faith,
Patience and Solah,
And we supplicate to the Most Merciful,
And He accepts the testimony….

~~Kerajaan HAMAS Palestine tak minta banyak.. cuma hak kemanusiaan untuk hidup di bumi Allah s.w.t…

10341611_10204361855266425_89066984098088561_n

~~Antara usaha lain untuk bantu Saudara kita di GAZA… DADIH B.R… boleh buat tempahan utk Aidilfitri..boleh pilih perasa yang diingini…

poster DADIH (1)

~~Muslimcare Malaysia…

gaza 3

gaza 4

~~Wajah-wajah pemimpin yang ditakuti Israel…

pemimpin hamas

~~Peribadi pemimpin mereka…pejuang mereka…

gaza 8

gaza2

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.

3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.

5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.

6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).

7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.

9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

10) Melazimi zikir harian.

11) Melazimi olahraga atau beriadhah.

12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

Sumber : http://pemburukejayaan.blogspot.com/

Lagi tentang Bridget Al-Qassam… Lawati : http://zainurrashid.com/?p=1896

Brigade Kataib Al Qassam

Qassam

~~Wajah-wajah berdarah GAZA…

gaza 3 gaza 4 gaza 5 gaza 6 gaza 7

~~Subhanallah…ingin sekali menjadi seperti ibu para pejuang…!

gaza1

~~Himpunan aman bantah kekejaman Israel utk Palestine… Di Ireland, Turki. London, Malaysia dan negara2 lain… Di mana PBB? OIC? Turki hantar tentera bantu HAMAS… Tp, Amerika hantar 2000 tentera bantu ISRAEL…? MALAYSIA? Allahuakbar…jika aku punya kudrat…

dublin Ireland london malaysia turki ankara

~~Mari kita sama2 doakan mereka yang dizalimi ini… dan didik anak2 kita… Lawati http://saifulislam.com/2014/07/mendidik-anak-anak-tentang-isu-palestin/

#supportGaza

#PrayforGaza

#qunutnazilah

doa qunut nazilah