DIA titip CINTA pada setiap mehnah… :-)

Standard

Sabtu, 26 Julai 2014, 12:19am

Alhamdulillah…setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya diberi keringanan untuk terus berkarya di blog yang bersawang ni. Sepatutnya minggu ni ‘our circle’ diteruskan seperti yang dijalankan setiap minggu. Tapi, memandangkan kesemua ahli ‘our circle’ sibuk untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga, maka ana nukilkan di blog ni serba sedikit mengenainya…Inilah semangat baru yg DIA yg maha pengasih dan penyayang titipkan pd setiap mehnah… utk ana lihat pd Mad’u yg memerlukan CINTA utk dihulur…utk membawa lebih dekat pd Pencipta… 🙂

Apa tu ‘Our Circle’…?

Our circle adalah satu bulatan ilmu bagi kumpulan remaja yang mendapat ilham untuk ditubuhkan melalui Kelas Pendidikan Wanita (KPW) Masjid AnNur, w.p.Labuan. Terdiri daripada peserta remaja KPW dan anak2 peserta yang memiliki berbagai latar belakang. Objektifnya adalah untuk menyediakan satu medan bagi anak2 remaja ini berkumpul dan berukhwah dalam 1 perkumpulan yang berjiwa muda. Ia juga bertujuan agar anak2 remaja KPW dapat berbincang dan berkongsi ilmu dan aktiviti bersama, disamping mendidik diri untuk berada didalam ruang lingkup amal Islami.

Apakah antara aktiviti ‘Our Circle’?

Our circle InsyaaAllah tetap meneruskan dan melibatkan diri dalam aktiviti KPW dengan menghadiri kuliah dan kelas mengaji secara berkala pada hari Sabtu jam 2ptg. Selain itu, ‘circle’ bersama anak remaja juga diadakan setiap minggu selepas KPW. Antara aktiviti lain:

1. ‘Knowledge circle’

2. Kempen menutup aurat.

3. Imarahkan majlis2 ilmu sekitar Labuan.

4. Santai meja makan.

5. Ziarah kawan.

6. Raikan Ramadhan.

7. Jalan2 Aidilfitri.

8. Riadhah

9. Whatsapp group, 1 day 1 knowledge 1 smile 1 news.

Team ‘our circle’ masih terlalu baru untuk melangkah memandangkan kewujudannya pada tahun ni, 2014 belum lagi mencecah 1/2 tahun. Namun, berkat doa dan sokongan juga harapan dari pelbagai pihak, terutama tenaga pengajar KPW untuk anak2 remaja ini terbimbing, maka biiznillah ia mengorak langkah dengan perlahan dari satu aktiviti ke satu aktiviti. Target, adalah untuk menjadikan setiap ahlinya berilmu dan beramal serta berbakti kpd masyarakat dlm pd mendidik diri dan masyarakat mendekati ajaran Islam.

IMG_65080503977987

IMG_65089461114205

Jpeg

IMG-20140406-WA0004~2

DSC01710

 

 

Apa itu KPW?

KPW yang dipendekkan namanya dari Kelas Pendidikan Wanita Masjid AnNur, adalah kelas bimbingan untuk para wanita/muslimah di Labuan dari pelbagai sudut ilmu mencakupi fardhu ain, fardhu kifayah, hadith, tasawuf, sirah, tajwid, termasuk kelas mengaji iqra’ dan Al-Quran. Ia diadakan pada setiap hari sabtu selepas zohor 2ptg dan pada hari Ahad jam 8pg pd bulan Ramadhan. Antara aktiviti @ program KPW adalah:

1. Kuliah Ilmu

2. Kelas Mengaji

3. Qiamullail tahunan

4. Kursus Pengurusan jenazah

5. Tahlil rumah ke rumah.

6. ceramah Palestine

7. Tadarus dan khatam quran

8. Whatsapp group.

9. Muamalah

Labuan adalah sebuah wilayah yang agak ketandusan sinar Islam dek kerana terlalu byk pengaruh hiburan yang sedikit ekstrim. Namun begitu, amalan penghayatan agama sudah mula bertapak selangkah demi selangkah untuk kembali mendaulatkan Islam dibuminya bertahun dulu. Banyak pihak yang sedang berusaha dengan pelbagai cara, pendekatan dan medan digunakan untuk tujuan sama. Tidak terkecuali ‘Our Circle’ dan KPW yang amat memerlukan sokongan, penyertaan dan doa semua selain dari badan2 dan NGO2 yang tidak pernah lelah. Moga usaha2 ini dipandang Allah utk menggapai redhaNya.

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Jpeg

 

Jpeg

 ”Energi janji kan menginspirasi untuk terus menginstall diri agar bisa selalu memberi… kuunu robbaniyyiina bimaa kuntum tu’allimuunal kitabaa wa bimaa kuntum tadrusun. Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak bisa memberikannya kepada orang lain… faaqidusy syai laa yu’thii.”

(Solikhin Abu ‘Izzudin)

‘‘Jika engkau mampu mencegah diri dari kejahatan, maka engkau akan mampu mencegah orang lain dari kejahatan. Sesuai dengan kadar kekuatan imanmu. Engkau akan ongkang-ongkang kaki dirumah dan berdiam diri dari penumpasan kemungkaran-kemungkaran.”

(Syaikh Abdul Qadir Jailani, al-fathu ar-Rabbani: 50, dikutip dari al-Qiyadah, Jasim Mulhalhil al-Yasin)

‘‘Perumpamaan orang alim yang mengajak kebaikan kepada manusia tetapi dia sendiri tidak mengerjakannya, bagaikan lantera yang menerangi orang lain tetapi membakar dirinya sendiri”

(Hadith riwayst Thabrani dlm Al-Kabiir, sanad Hasan)

‘‘Nafas kader… waktu malam untuk ibadah, perjalanan untuk membaca, jaulah dakwah untuk menyebar fikrah dan berharakah untuk mewarnai dunia.”

(Solikhin Abu ‘Izzuddin)

Ketepuan dan kebekuan suatu ketika dulu dengan pelbagai mehnah dirasakan terlalu lama masa diambil untuk bangkit. Lantaran sendirian menggagah diri merangkak bertatih mengharungi dan menyelesaikan satu persatu ujian yang datang bertimpa-timpa disulami kesihatan yang meragut, diselingkan dgn pemergian satu persatu insan yg banyak menyokong. Namun, Allahu rahman wa rahim.. Diakhirnya kumulai melangkah utk keluar dari ketepuan dan kebekuan dengan berhenti mengharap pada insan, namun hanya pdNya adu tangis hiba itu.

Sesuai dgn saranan Syaikh Dr. Al-‘Aidh Al-Qarni dalam La Tahzan untuk kita lakukan perjalanan agar bisa keluar dari gundah, gelisah, sumpek, bosan, jenuh dan bermacam-macam beban yang menghimpit jiwa. Perjalanan itu hiburan, sumber inspirasi, modal energi, motivasi jitu, semangat seru, terus melaju dari waktu ke waktu. Dalam perjalanan itu yang membuatkan ana dpt menggali idea, gagasan, coretan, pemikiran dan karya. Seiring dengan terpateri dlm ‘Spirit yg hilang’ karangan Solikhin Abu ‘Izzudin. Dan begitu juga dalam kisah tarbiyah langsung dari Allah s.w.t buat KekasihNya Rasulullah s.a.w pd tahun dukacita akibat kehilangan 2 orang yang paling dicintai Baginda Nabi dalam peristiwa Isra’ Mi’raj. Subhanallah. Perjalanan yg mendebarkan dan mengasyikkan.

Ya Rabb, bantulah dan tuntunlah langkah hambaMu ini dengan rahmatMu yg luas dlm perjalanan kebaktianku dan pencarian bumiku, tapak tempatku berteduh, biar lelahku sendirian d rantauan bisa terubat sesuai dgn qada’ dan qadarMu. Amin.

Advertisements

About qatrunnada

"Allahu Ghoyatuna, ar-Rasul Qudwatuna, al-Quran Dusturuna, al-Jihad sabiluna, al Mautu fi sabilillah asma' a'malina..." maksudnya: "Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami, al-Qur'an pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..." Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa... Berjanjilah Ukhwah Kita Untuk Selamanya... sesungguhnya manusia itu alpa.. selautan ilmu Allah, hanya setitik dimiliki.. namun, sang hamba tetap akur..semakin ilmu Tuhan itu diselami, semakin kecil dirasakan dirinya.. hanya hamba kepada Rabbul 'Izzati.. lantaran itu, sang hamba pantas memercikkan setitik imunya, agar dapat manusia lain merasai kedinginannya.. saling ingat mengingati.. nasihat menasihati...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s