Barokallah Kak… :-)

Standard

Jumaat, 1 Ogos 2014, 00:11am

Jpeg

Sampai sahaja kami di majlis kenduri kak hasma, terus disambut dan dijamu oleh ibunya dengan ramah sekali kira-kira jam 10pagi. Ana dan keluarga angkat di tuaran antara tetamu terawal yang hadir di majlis. Kami dijamu dengan nasi putih berlaukkan sayur kacang masak lemak, udang tumis yg sedap, ayam masak sos, dagig kicap, soto, dan agar2 santan gula merah… wah! Selepas ambil makanan secara bufet, kami dihidangkan lagi dengan lauk tambahan udang, buah tembikai dan air.

Kata mak kak hasma, ”makanlah…bapanya hasma nelayan…bapanya tangkap sendiri udang untuk kenduri…dah lebih 20tahun bapanya jadi nelayan…jemputlah makan…” tak lekang dengan senyuman. Terzahir kegembiraan di hati seorang ibu tatkala meraikan rakan2 anaknya yang bakal dinikahkan ptg nanti. Subhanallah! Tentu hatinya sangt gembira punyai anak2 yang baik2 dan bakal meneruskan warisan keluarga.

2 kali ibunya kak hasma pesan, agar kami naik kerumah selepas makan untuk bertemu pengantin. Agaknya mesti kak hasma dah bertanya2 adakah kami sudah jumpa destinasi rumahnya kenduri. Kerana, ana tersesat di chan furniture yang awal. Rupa2nya chan furniture di putatan ada 2. Huhu…Alhamdulillah call kak hasma, diangkat.

Masuk sahja rumah, salam kami bersambut dari kejauhan ternampak kak hasma berjubah coklat, bertudung kilat. Ana tersenyum…”pengantin”… dari kejauhan, kak hasma panggil, ”Ya Allah, rindunye…Ya Allah rindunye…qatrun…” agak lama kami salam dan berpeluk. Ana terasa sebak hati kak hasma.

Terasa seperti sebak juga.. dalam ramai2 kakak2 yang dah walimah, kak ina, kak aya, kak syila, kak maziah, kak su, selepas hadiri kenduri kak syu pd dec’12, kak hasma lah yang kebetulannya ana b’kesempatan. Maaf sangat2 ye kakak2 semua yang ana xberkesempatan hadir.

Lepas bergambar di pelamin, ingat nak balik dah, salam lagi kak hasma.. sambil peluk, ”barokallahu lakuma wa baroka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair” doa dibacakan dan dipanjatkan buat kak hasma dan bakal suami. Terasa lambat dan panjang sekali ana bacakan sambil peluk kak hasma yang membuatkannya tambah sebak walau ditahan. ”Qatrun jgn buat akak nangis…” 2x ayat tu kak hasma ulang.

Belum sempat balik, kak hasma ajak masuk bilik pengantinnya. Kami bergambar lagi. Sambil cek2 gambar yg kwn kak hasma tangkapkan, sambil tu sandar pd kak hasma. Kami tengok sama2. Ana berkali2 ulang dgn lambat2 memanggil namanya. ”Kak hasma…kak hasma…kak hasma…kak hasma…” kak hasma pun balas, ”qatrun jgn buat akak nangis…” 3x diulang ayat yang sama, namun kali ni, berguguran akhirnya… sayu hati lihat…sambil pegang tgnnya, ana kata ”kak…akak dah nak jd isteri org…”. Berguguran lagi airmatanya…tak mahu berhenti… katanya lg, ”akak mintak maaf, kalau selama ni xbanyak dapat bantu qatrun. Walaupun akak paling dekat dgn korang”. ”Xpe kak, qatrun faham sgt2 keadaan akak.” Senyum. Terus ana pujuk dia. Supaya tangisnya terhenti. Kami bersalam lagi, sebelum ana betul2 balik.

Kak hasma hantar kami hingga ke tempat parking. Sempat beliau memesan dan memperkenalkan ‘kuda putih’ nya yang masih ‘berbau kedai’ jenis viva 🙂 . Beliau juga pesan, agar lepas ni, apa2 sahaja perlukan pertolongannya, InsyaaAllah cuba untuk membantu. Sempat juga kak hasma bercerita tentang taska yang diusahakan sendiri di salah sebuah taman sekitar putatan. Katanya lagi, ”qatrun nak datang kk jgn lupa cari akak. Nak mintak ambil ke, nak cari tempat stay ke, adik2 dn kwn2, bgtau jak akak k?” Huhu…ana hanya mampu tersenyum..”..InsyaaAllah kak…”

 

Pertemuan kami berakhir dengan lafaz doa kesejahteraan dan ana naik kereta dan kami bergegas pulang ke tamparuli ke rumah kawan mak cik yang buat open house dan balik ke tuaran sebelum ke kudat. Sedihnya, x sempat ke kenduri akh adzmin. Namun, doa buat kedua2 mempelai insyaaAllah sentiasa.

Pertemuan ringkas sekadar bertandang ke walimah, sepertinya bertukar jadi episod jejak kasih, dek terlalu lama tidak bersua….huhuhu… 🙂

Advertisements

About qatrunnada

"Allahu Ghoyatuna, ar-Rasul Qudwatuna, al-Quran Dusturuna, al-Jihad sabiluna, al Mautu fi sabilillah asma' a'malina..." maksudnya: "Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami, al-Qur'an pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..." Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa... Berjanjilah Ukhwah Kita Untuk Selamanya... sesungguhnya manusia itu alpa.. selautan ilmu Allah, hanya setitik dimiliki.. namun, sang hamba tetap akur..semakin ilmu Tuhan itu diselami, semakin kecil dirasakan dirinya.. hanya hamba kepada Rabbul 'Izzati.. lantaran itu, sang hamba pantas memercikkan setitik imunya, agar dapat manusia lain merasai kedinginannya.. saling ingat mengingati.. nasihat menasihati...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s