Monthly Archives: February 2015

SAINS DAN ISLAM – Siri 1

Standard

25/02/2015, Rabu, 12:29am

Bismillahirrahmanirrahim…

Tanggungjawab sebagai guru Sains Menengah dan Rendah sememangnya berat yang bukan sahaja perlu mengajar sepenuhnya silibus sains sepenuhnya…malahan perlu mendidik para ‘Mujahid Kecil’ saya disekolah ini untuk mengenal Allah dan mendalami Islam melalui kacamata SAINS. Sepertimana golongan Ulul Albab InsyaaAllah. Maka, saya ambil peluang ini membuat catitan bersiri mengenai sains dan Islam buat tatapan pembaca sekalian termasuk anak-anak murid saya.

Minat tentang sains ni sudah bermula sejak mengenal tulis baca. Mula membaca tentang sains dan alam ketika 6 tahun. Tentang Alam Semesta ketika darjah 2 dan tentang Sains dalam Al-Quran serta haiwan-haiwan yang disebut didalam Al-Quran ketika darjah 5. Di universiti, pernah mengandali program “The Universe in the Eyes of i-Science“. Yang merupakan forum dan kem ilmiah mengupas Sains dan Islam. I-Science membawa maksud Islamic Science atau Sains Islam. Harapannya, agar lebih ramai lagi mengenali Allah dan mendalami Islam melalui Sains. InsyaaAllah.

Untuk Entri kali ini, adalah tentang tulang sulbi…Moga bermanfaat… Tafaddhol.

open-uri20130320-30766-1r8v0sb

 

Tulang Sulbi

Apa rahsia yang terkandung di dalam keajaiban penciptaan tulang sulbi, sehingga tulang ini disebut oleh baginda Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun yang lampau?

Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul tubuh manusia.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah SAW bersabda yang bermaksud :

“Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan.” (riwayat An-Nasa’i, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa :

1 – Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2 – Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3 – Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.

Daku Amat Menyintai Mu

Kejadian manusia daripada tulang sulbi. Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel ia membelah menjadi 2 sel dan seterusnya setiap sel masing-masing membelah lagi dan lagi. Struktur yg mula-mula dibentuk pada janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor atau coccyx.

Semasa proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini akan terus memanjang dan menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord). Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan kepala janin, pita-pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia masuk semula ke hujung ekor (coccyx).

Tulang sulbi tidak akan hancur.

Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih terus utuh seperti biasa.

Subhanallah, Maha suci Allah. Begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini bermakna, walaupun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan dan walaupun telah beribu tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat menerusi tulang sulbi. Dalam AL-Qur’an, Allah SWTada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud :

“Engkau memasukkan malam ke dalam siang dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup” (surah Ali I’mran 3:27)

Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel2 tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio2 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk janin yang lain. Wallahualam.

maxresdefault

 

Pautan Video : https://www.facebook.com/video.php?v=10153156427854553&set=vb.259672394552&type=2&theater

 

Mencari Spirit Yang Hilang… “Sang Murobbi”…

Standard

DOA RABITHAH – Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

~~Travelog persis Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat… Subhanallah…”Mencari Spirit Yang Hilang”… Ya Rabb.. Kukuhkan iman dan langkah kami…

image2

RUHUL JADID – SHOUTUL HAROKAH

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami berbekal al-Quran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami semangat baru
Siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Allah
Siap korbankan harta bahkan jiwa
Kami semangat baru
Siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Allah
Siap korbankan harta bahkan jiwa

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan tuk ikuti Rasulullah
Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan tuk ikuti Rasulullah
Usung panji Ilahi
Iman kuat membaja
Hadapi tirani
Bebaskan ummat dunia
Bebaskan ummat dunia

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Ar-ruhul jadid (5x)

Perginya Sang Murobbi..

Standard

Sabtu, 14  Febuari 2015, 2:00pm

Bismillah pembuka bicara…

Pernah suatu ketika dulu, sewaktu tahun pertama di kampus, saya bermimpi pilihanraya sesi ketika itu (PRU-12) Pakatan Rakyat memenangi tampuk kepimpinan negara. Kemenangan kali pertama, pihak lawan menuntut untuk diadakan undian kali kedua… Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan redha tenangkan pengikutnya berkata, “Tak apa..kita ikutlah..” Undian kali kedua juga membawa keputusan yang sama.. Dan Tuan Guru turut mengulangi kata-katanya seperti yang awal.. Namun kali ketiga turut memberi keputusan undian yang sama… Tampuk kepimpinan negara kerusinya dimenangi Pakatan… Dan mimpi terhenti…

Sepanjang sesi kempen dan pilihanraya negara berlangsung, mahasiswa kampus seluruh negara turut merasai bahangnya… Tak terkecuali UMSKAL… saat pengumuman keputusan, saya dan rakan-rakan berada di Dewan Utama kampus sedang buat persiapan program.. ketika keputusan disampaikan oleh Kak Mahira, yang menyatakan bahawa Pakatan memenangi 5 buah negei, saya terduduk…tak tertahan sebak hati…perkara itu teringat kembali…gagahkan diri, mula menutur menceritakan tentang itu pada kak mahira…

Semenjak itu, hasrat dihati untuk bertemu Tuan Guru terpatri.. Namun, sehingga akhir hayatnya belum sempat bertemu secara dekat… Belum sempat mencedok hikmah dari kalam beliau secara berdepan… Namun, Allah mentaqdirkan diri ini menjejak kaki ke Pantai Timur untuk pengkebumian SANG MUROBBI ummah ini…

11001775_450711515077931_7134255063567189820_n

Suasana sepanjang perjalanan… awan mendung (panas tak terik).. ada hujan renyai sikit…lautan manusia yang hadir…jalan sesak di sana…namun hati sabar…dan semua lautan manusia yang hadir berkesempatan mendekat walaupun di makamnya….ziarah dan solat jenazah berjemaah bergilir…kami bertolak pulang ke KL anggaran dalam jam 2pm..bertolak dari Maahad, jam 2.30am semalam… Alhamdulillah..

kalimah Allah dihari Pengebumian Tn.Guru Nik Aziz lautan manuasia di Pulau Melaka tn.guru 2 tn.guru

Sekembalinya dari melawat makam Tn.Guru Nik Abd Aziz… Sayunye hati tak terkata… saat pertama kali menjejak tanah bercahaya pantai timur.. Belum sempat berjumpa ketika hayatnya…memungut hikmah para ulama…merasai jiwa juang syuhada.. Moga ada penggantinya… Moga diri kita dan anak-anak keturunan kita juga penggantinya… Allahumma amiin…

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu
Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu
Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu
Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati
Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..
Album :
Munsyid : Izzatul Islam