Category Archives: wahai ikhwan

Mencari Spirit Yang Hilang… “Sang Murobbi”…

Standard

DOA RABITHAH – Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

~~Travelog persis Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat… Subhanallah…”Mencari Spirit Yang Hilang”… Ya Rabb.. Kukuhkan iman dan langkah kami…

image2

RUHUL JADID – SHOUTUL HAROKAH

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami berbekal al-Quran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami semangat baru
Siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Allah
Siap korbankan harta bahkan jiwa
Kami semangat baru
Siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Allah
Siap korbankan harta bahkan jiwa

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan tuk ikuti Rasulullah
Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan tuk ikuti Rasulullah
Usung panji Ilahi
Iman kuat membaja
Hadapi tirani
Bebaskan ummat dunia
Bebaskan ummat dunia

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Ar-ruhul jadid (5x)

Ar-Rijal vs. An-Nisa’ (bahagian 1)

Standard

24hb April 2009, Jumaat, 2.49am

Bismillahirrahmanirahim…

Assalamualaikum w.r.h w.k.t.h….

Puji dan puja dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t, kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah ana mencoretkan satu tinta khas buat tatapan muslimin mujahid juga muslimat mujahidah sebarisan dengan ana… satu tarbiyah dengan ana… satu panji dengan ana… satu mahabbah dengan ana… yang pernah bersusah dan bersenang bersama… bergelak ketawa bersama… berduka tangis bersama…. Ana telah menganggap muslimin mujahid dan juga muslimah mujahidah seangkatan dengan ana ini sepertinya pernah membesar bersama dengan ana… sepertinya urat nadi yang mengalir dalam tubuh ini alirannya sederas yang sama semuanya antara kita… KITA ADALAH SEPERTI SEBUAH KELUARGA… seperti adik dengan abang dan kakak….

Tidak pernah terlintas dihati ini untuk mengguriskan hati sesiapa tatkala berkata-kata… tidak pernah terdetik dihati ini meminta untuk dihargai… tidak pernah dihati ini tercalit sedikitpun rasa tidak hormat atau jengkel dengan sesiapa sahaja muslimin mujahid sebarisan ana ini…. cadangan dan teguran, semuanya untuk melakarkan pendapat dan pandangan… sepertimana kita pernah ditarbiyah dalam tamrin yang sama… kita kenal hati budi setiap ahli keluarga kita… setiap tingkah laku, bukan untuk merunsingkan, tetapi kerana risau dan kasihan dengan ada antara kita yang secara jelasnya memikul satu beban yang lebih berat…. hati ini mengerti… dan cuba untuk membantu….  tetapi maaf, bantuan yang ingin diberi, rupa-rupanya semakin menyusahkan muslimin mujahid sekalian…

Segunung kemaafan ana mohon kerana sering menyusahkan…

Lantaran waktu dimana ana rasakan jurang pemisah ukhwah antara kita semakin dalam…. kemurnian hati yang sering bersangka baik semakin menghilang…. tika ini, ana dapat merasakan kefahaman antara muslimin dan muslimat semakin pudar… mungkin dek kerana kita sebenarnya bukan membenci, tapi kerana kita saling mengambil berat… saling ingin menampung… saling ingin membantu… mengharap satu kesatuan dalam berfikir dan bertindak…

Ana sentiasa melihat…menganalisis…mentafsir… dan menilai… titik kesatuan yang mana kita mampu untuk jadikan pemangkin penerus ukhwah antara kita… penerus perjuangan dakwah yang sama… penerus husnu zhon yang mantap antara hati2 kita… jalinan kefahaman sesama kita… titik yang mana bah tu…??? ana masih mencari…

Tetapi, andainya jawapan tidak ketemu… sampai bila ana harus terus berdiam dan membiarkan jurang yang sedia ada semakin dalam? Dalam keadaan masalah hati semakin mencabar…  eh, bukan masalah hati, tapi masalah perkara yang melambatkan gerak kerja…

Ana pernah berkata pada Amir, ”Ana malas untuk bercakap dah! Ana penat untuk menerangkan… ana bercakap seperti selalu diperlekehkan… ana malas dah nak cakap apa2… bukannya didengar pun? Baru intro, sudah dipotong… Ana tak mau cakap apa2 dah! Sukati ana la nak cakap ke tidak? Kan? Sukati ana la… ana tak mau cakap!”

Sebenarnya muslimin mujahid sekalian, fitrah muslimat memang berkata sesuatu yang sebaliknya… ini bukan sahaja berlaku pada muslimat mujahidah antum sahaja! Ini juga fitrah seorang wanita! Bukan sahaja di UMSKAL, juga dikampus lain… bukan sahaja di malaysia, bahkan dinegara lain… bukan sahaja MUSLIM tetapi juga NON-MUSLIM… (rujuk buku men are from mars, women are from venus)

Ana katakan tidak, tetapi sebenarnya ana mahu… ana katakan malas, tapi sebenarnya ana bersemangat nak bercakap dan memberi pandangan… Cuma ada sesuatu yang menghalang dari peringkat antum… ana kata penat dah untuk menerangkan… tapi sebenarnya ana teringin sangat terangkan segala-galanya sehingga antum faham… Jika semua itulah yang boleh membuatkan antum puas hati… dan mempercepatkan gerak kerja Islam, ana sanggup… Itulah sebenarnya muslimat…

Muslimin mujahied yang ana kasihi kerana Allah… bagitahu pada kami, apa yang antum mahukan… bagitahu pada kami, apa yang antum rasakan… bagitahu pada kami apa yang antum inginkan… bagitahu pada kami apa yang antum ingin capai…

Muslimin mujahid yang ana hormati kerana Allah… tanyalah pada kami apa yang antum tidak faham perkara yang kami ingin sampaikan… tanyalah pada kami apa yang antum tidak faham apa perkara yang kami maksudkan… tanyalah pada kami bahasa kiasan kami yang mana antum tidak mengerti dan ingin penjelasan… tanyalah pada kami apa yang sedang kami runsingkan… tanyalah pada kami, apa yang  kami marahkan… tanyalah pada kami apa yang  antum ingin tahu…

Tetapi, tidak perlu antum memberatkan fikiran memikirkan penyelesaian kepada masalah yang merunsingkan kami… tidak perlu antum mencari jalan, punca apa yang menyebabkan kami marah dan beremosi… cukuplah antum hadir dan menjadi pendengar setia lantas tersenyum… sudah cukup kami tahu antum sentiasa bersama kami dan sentiasa menyokong kami dari belakang… Lalu, terlerai segala kekusutan dihati kami… muslimat inginkan empaty muslimin, bukannya penyelesaian… fitrah muslimat memang suka untuk berkongsi… (rujuk buku men are from mars, women are from venus)

(bersambung…dalam bahagian 2…)

Ar-Rijal vs. An-Nisa’ (bahagian 2)

Standard

Wahai muslimin mujahid  yang ana kagumi kerana Allah… bilamana kami berkata dan meminta pandangan, itulah yang kami harapkan daripada antum untuk menyampaikan pandangan… bukan dengan memarahi atau ketawakan… bukan dengan emosi atau tekanan… hanya pandangan untuk dinilai bersama… perkara yang kami utarakan itulah yang tidak mampu kami lakukan tanpa antum…  cadangan juga pandangan  yang kami berikan itulah yang mampu untuk kami usulkan untuk kita sama2 usahakan kerana kami tidak mampu… tidak pernah terniat untuk hanya berkata2 tetapi tidak melaksanakan… surah as-sof ayat 3 sudah cukup menggerunkan…

Allah telah berfirman, Wal muslimina wal muslimat ba’duhum awliya’u ba’d… Dan banyak lagi ayat yang berkaitan dengan muslimin dan muslimat… Kenapa Allah mengatakan muslimin dan muslimat? Kenapa tidak muslimin sahaja? Atau muslimat sahaja? Kenapa antum rasa muslimat pasti akan melambatkan gerak kerja? Kenapa antum rasa muslimat ada, pasti menyusahkan? Tapi kenapa Allah kata perlu ada kedua2nya barulah lengkap sesebuah organisasi dan bergeraklah segala matlamat yang ingin diperjuangkan? Adanya dua2 baru cepat…?? aiik…macam, mana bah itu…?

Ustaz Misbahul Munir di sekolah ana (Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, SAMTKKB) pernah berkata…

”Muslimat ini cerewet berbanding muslimin… muslimat ini leceh berbanding muslimin… muslimin ini selekeh(tidak kemas) berbanding muslimat… muslimin ni tidak peka dengan perkara sekeliling berbanding muslimat… tetapi, itulah kelebihan mereka yang muslimin dan muslimat tidak sedar…wahai putera puteri(panggilan kpd kami), kita jangan mengubah apa sahaja keistimewaan mereka ini… tapi kita kene tahu dan mengerti… muslimat cerewet dalam melakukan sesuatu kerja itulah yang menyempurnakan tugasan yang diberikan… yang menjadikan ia lebih kemas dan menjadikan sesuatu itu lebih teratur dan lancar… jika mahu menganjurkan meeting, siapa yang akan mencatit dan menjadi reminder? Jika mahu hantar proposal program, siapa yang akan melihat struktur, format dan ejaan? Walaupun ia remeh, kalau tidak catit, siapa yang akan bertanggungjawab jika terlupa? Perkara yang sudah dibincangkan meeting yang lepas, tak perlu dibincang lagi…  proposal, jika muslimat tidak lihat semua perkara remeh itu, proposal yang silap akan kerap dihantar berulang kali…  dalam keadaan ini, muslimin atau muslimat yang melambatkan gerak kerja Islam? Mengenai muslimin pula, selekeh muslimin dalam mengurus diri dan keadaan sekitar, adalah kerana sibuk mengatur manhaj hidup dan berfikir untuk perkara yang akan datang… muslimat sibuk memikirkan masalah hati terkadang tanpa sedar masalah ummat yang perlu kita tangani sepatutnya lebih banyak kita fikirkan…  apa akan jadi jika mereka tidak memikirkan perkara akan datang dan sibuk mengatur dan mengemaskinikan perkara disekeliling…? Dalam keadaan ini, muslimat atau muslimin yang melambatkan gerak kerja Islam? Kuncinya mudah… Kita kene tahu dan mengerti… disamping belajar untuk menerima… ”

Muslimat Mujahidah yang ana sayangi kerana Allah…. antunna tahu atau tidak? Muslimin terasa amat sakit jika antunna senyap dihadapan mereka, tetapi sibuk berdiskusi dibelakang mereka…? antunna mengerti atau tidak, mereka jelik dengan sikap kita yang sering berulangkali bertanya perkara yang sama? Antunna sedar atau tidak? Mereka ingin membawa kita bersama kehadapan menongkah arus perjuangan dalam keadaan kita sama2 berfikir dan bertindak untuk perjuangan yang sama… mereka sedang kuat berusaha kearah merapatkan jurang ketidakfahaman antara kita…

Muslimat mujahidah yang ana cintai kerana Allah… antunna kene tahu bila masanya mereka betul2 down… bila masanya mereka meminta pandangan kita… mereka ingin sangat kita percaya kepada mereka kemampuan mereka yang tidak pernah kita ragui…

Muslimat mujahidah… ana tahu antunna bijak mengatur perjalanan sesuatu perkara dengan sistematik dan sentiasa berusaha untuk membantu dan terus membantu… tetapi, ketahuilah, muslimin akan merasa antunna menyusahkan dan sentiasa mencuba untuk mangawal pergerakan mereka… ana tahu, antunna bertindak sedemikian kerana mengambil berat tentang mereka… tetapi kadang2 antunna perlu lepaskan mereka untuk membuat keputusan biarpun ia salah yg kita rasa… tak perlu kita menyatakan yang perkara itu salah, kerana di akhirnya mereka akan sedar kesilapan mereka sendiri dan mereka tetap akan belajar daripadanya… mereka perlu untuk belajar tentang kehidupan yang mereka ingin untuk belajar sendiri dengan sedaya upaya diri mereka…. kerana itulah diri mereka… yang fitrahnya menjadi seorang ketua perlu untuk berasa diatas dan membuat keputusan…  Dan mereka sangat2 mengharapkan penerimaan dari kita…


Kuasa, persaingan, efisyen, dan pencapaian… Terasa begitu penting bagi mereka muslimin… kerana, target untuk mencapai matlamat sangat menunjukkan kemenangan dalam persaingan dengan sekitar… terlalu menunjukkan jalan yang lurus menyebabkan mereka rasa diperkecilkan sepertinya mereka tidak dapat buat sendiri dengan cara mereka dan fikiran mereka…  dan sepertinya mereka tidak berguna dan tidak mampu kerana tidak dapat memikirkan sesuatu bagi penyelesaiannya untuk sesuatu perkara atau masalah…

Tetapi, bilamana mereka bertanyakan pandangan dan memerlukan jawapan, bermakna kita ni muslimat, harus berfikir dengan kritis dan kritikal untuk membantu mencari penyelesaian… kerana bilamana mereka meluahkan masalah dan harap dibantu, menunjukkan mereka perlukan sesuatu jalan dan pandangan yang sangat cantik dan hebat… oleh itu muslimat mujahidah sekalian…. Antunna perlu untuk belajar berfikir secara kritikal dan perlu mengasah otak untuk berfikir dan perlu sentiasa bersedia untuk memberi pandangan dalam apa situasi sekalipun, belajar untuk berfikir dengan pantas dan bernas… untuk kita bantu mereka disaat mereka perlukan bantuan kita…

 

Walaupun berbeza dengan kita muslimat yang bilamana kita mengadu masalah, kita lebih perlukan perhatian… ada yang mendengar luahan… tapi bukannya penyelesaian yang bernas… kerana kita juga yang akan neutralkan masalah itu… tapi, itulah muslimin dan itulah perbezaan antara kita yang sebenarnya sangat istimewa…

Hmm… perkongsian dari pembacaan ana didalam buku ’Men are From Mars and Women are from Venus’ bukan bertujuan yang lain melainkan hanya untuk ana menyampaikan apa yang ana dapat… kerana ana lihat, kita muslimin dan muslimat balik2 bergaduh kerana tidak saling faham memahami… kita perlu kenal dan belajar untuk mengenal sifat dan fitrah insan yang berbeza dengan kita… bukan untuk melambatkan gerak kerja, tetapi untuk melajukan gerak kerja…

Bayangkan jika kita bergabung dan sama2 faham memahami dan sentiasa menyokong satu sama lain, betapa perjuangan itu menjadi begitu laju kedepan dan maha hebat bergerak dengan semangat yang padu antara kita… Tak mustahil kita akan dapat melahirkan generasi akan datang seperti Saidina Umar… seperti Hassan Al-Banna… Seperti Syed Qurtubi… seperti Salahuddin Al-Ayyubi… seperti Saidatina Aisyah… seperti Siti Khadijah… seperti Aruneb Ishaq…  Tokoh2 ini semuanya ada penyokong dibelakang mereka… yang menjadikan mereka hebat dan diingati dan dicontohi zaman berzaman… semuanya atas izin dan kehendak Allah s.w.t sendiri… Maka terbuktilah kata2 dan firman Allah didalam kalamun ’Aziz… Muslimat dan muslimin kedua2nya penting untuk bersama dalam berorganisasi… bukan sahaja organisasi kecil seperti keluarga, bahkan organisasi besar yang kita sama2 fikirkan untuk kemaslahatan ummat…

Akhir kalam, kesimpulan ana tetap yang sama dari dulu hingga kini juga untuk selamanya… ”Melihat…menganalisis…mentafsir….menilai…” dan tambahan sikit, bertanyalah… dan bukan memblame sesiapa… kerana kita sama2 fikirkan sesuatu yang terbaik untuk Islam… mungkin ada kesilapan, tetapi kita sama2 tampung menampung…

Wallahualam….

Tinta Khas,

Hayfaa Afreena Bt. Luqmanul Haqeem

<setanggikasih_88@yahoo.com>

Nikah Khitbah…satu alternatif?!

Standard

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu “Taysir az Ziwaj” dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah “Permudahkan Proses Perkahwinan” terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung.

Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai “Suspended Marriage Contract” iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama’ ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima’/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama’ iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta’ (mengambil keseronokan) , jima’/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara’ kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya.

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com/

OLEH : USTAZ NASRUDIN HASAN, Monday, 23 August 2010

(Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang.)

Kita Ini Siapa…?!

Standard

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang…

Semalam di rumah, hadir seorang adik junior dari kampus. Banyak perkara yang diceritakannya dan diluahkannya dengan mengharap respon dan pandangan dari seniornya. Antara perkara yang menarik perhatian ana adalah mengenai permasalahan yang rata-ratanya berlaku yang sepatutnya tidak ada dalam diri seorang pejuang yang ingin membawa Islam. Itulah sifat ‘tunjuk perasaan’.

“Nurul, enti tengah handle program Sejambak Kasih kan?”

“Ye, kenapa?”

“Ana rasa bagus kamu buat ada majlis perasmian. Sebab kamu jemput penceramah terkenal kan?”

“Aii, kenape pulak tibe-tibe rajin bagi cadangan ni?”

“Takde, AJK protokol enti tanya ana aritu. Dia mintak ana tolong jelaskan dengan enti kenape perlunya buat majlis formal. Jadi  ana cakap la.”

“Hmm…terima kasih je la. Cadangan anda ditolak.”

“Enti ni kenape? Ana sekadar bagi cadangan. kenape respon enti begitu?”

“Huh, enti ni kan Ruhil, tak bole terima pandangan orang, jadi ana balas balik ape yang enti pernah buat dulu menolak pandangan.”

Situasi diatas banyak berlaku dikalangan sahabat-sahabat yang mana asam garam dalam rencah kehidupan dilalui bersama. Perasaan ingin membalas kembali apa yang telah orang lain lakukan yang menimbulkan ketidaksenangan hati kita adalah dipanggil dendam. Mungkin secara lembutnya atau kebiasaan ia dipanggil, “Eleeh..tunjuk perasaan le tu…”. Tapi perlu kita sedar, sebenarnya kita ingin membalas dendam kesumat yang ada dalam hati kita.

“Eh, enti. Macam mana dengan t-shirt labuh seragam kita tu?”

“Ana dah tempah, warna sama, ungu. Tapi, corak berbeza. Ingat tak kita ada 2 pilihan baju aritu? Satu yang kita pilih tu, dah habis stok, kene tunggu 2bulan lagi. Kita kan nak pakai hujung bulan ni dalam program? Jadi ana kata dengan supplier tu, takpelah pos yang jenis kedua kita pilih tu. Ok jugak kan?”

“apa ni enti? Kenapa tak bincang dulu?

“Aii, aritu kan dah bincang, kalo tak dapat yang satu, pilih yang satu lagi?”

“Alaa..ana mau yang design pertama tu! Suka hati je buat keputusan sendiri!”

“Allah..masalahnya, kalo kita ambil beberapa helai design pertama, dan beberapa helai design kedua, jumlahnya tak cukup 50helai, kita takkan dapat harga less.”

“Dah la, ana kecewa enti buat keputusan sendiri!”

Selepas perbincangan, si A terus tak mahu bercakap dengan si B. Tak mahu makan sekali macam biasa. Kalau boleh, tak mahu tengok muka pun.

Situasi diatas juga merupakan sebahagian dari ciri-ciri sifat orang yang tunjuk perasaan. Walaupun kita selalu gelar perbuatan itu tunjuk perasaan, tapi sebenarnya kita sedang menghukum. Akibat kesilapan orang, kita mudah sahaja menghukum disebabkan kita tidak dapat apa yang kita inginkan. Bukan itu sahaja, sikap sebegini turut berlaku sekiranya pendapat dilontar tak diterima. Mula tunjuk perasaan. Perancangan yang dirancang tak menjadi, terus mencari kesalahan orang.

Sebenarnya, lumrah kita bergerak kerja untuk Islam banyak ragam dan mehnah menghadapi orang disekeliling kita dan masalah yang mengintai kita merupakan perkara biasa yang menjadi pahit manis kehidupan sebenar yang harus kita lalui. Pandangan tidak diterima. Perancangan tidak berjalan dengan lancar. Kesilapan teknikal. Ikut kepala sendiri. Buat kerja sendiri. Buat keputusan sendiri. Melambatkan gerak kerja. Otak blurr. Muslimin/muslimat yang tak pandai-pandai paham. Kerja dua kali. Tak beradab. Kalau nak disebutkan semuanya disini, tak tau berapa muka surat diperlukan. Pendek kata, terlalu banyak perangai manusia yang perlu kita hadapi terutama dikalangan sahabat.

 

Itulah dia namanya kehidupan. Yang pastinya kita semua datang dari latar belakang yang berbeza. Tarbiyah kehidupan keluarga yang berbeza. Ujian yang berbeza. Pengalaman yang berbeza. Impian yang berbeza. Sudah tentu menghasilkan sifat dan sikap yang sangat berbeza.

Cuba kita renung kembali, kita ini siapa? Siapa kita ni didunia ni? Siapa Pencipta kita? Siapa kita untuk mendabik dada di bumi Allah? Kita kena ingat, langit dan bumi tidak menerima manusia yang angkuh dan sombong. Tiada siapa yang sempurna. Tiada siapa yang tidak pernah buat silap. Tiada siapa yang ingin perkara buruk berlaku. Tiada siapa yang ingin lihat Islam jatuh, apatah lagi mereka yang mengaku ingin membawa Islam.

Menjadi perkara biasa kesilapan berlaku walaupun kita tak mahukannya berlaku. Siapa kita untuk menghukum? Siapa kita? Siapa kita yang tidak mahu memaafkan? Layakkah kita untuk menghukum? Allah s.w.t tuhan pencipta alam semesta itu sendiri, yang satu-satunya mempunyai sifat yang Maha Sempurna, pun memaafkan. Apatah lagi kita? Siapa kita untuk menghukum orang lain?

Sakit hati, geram, marah, iri, dengki, semua memang fitrah. Sifat yang ada dalam diri manusia. Tapi elokkah kita biarkan sifat fitrah yang negatif itu menguasai diri? Tanpa mengawalnya… Elokkah begitu? Jika benar ingin membawa Islam, kawal diri dan sifat yang negatif yang menjadi fitrah manusia itu. Cuba untuk berada didalam kasut orang lain. Cuba untuk memandang melalui kacamata orang lain.

Sebagai insan yang mengaku ingin membawa Islam, perkara asas paling utama perlunya ada dalam diri setiap dari kita adalah akhlaq Islamiy. Perkara kedua barulah ilmu. Jika kita telusuri keindahan akhlaq Rasulullah s.a.w sehingga digelar ‘Al-Amin’, kita pasti jadi malu dengan diri sendiri. Saidatina Aisyah pernah meriwayatkan, “Akhlaqul Rasul hiya akhlaqul Quran”. “Akhlaq Rasulullah adalah akhlaq Al-Quran”. (Riwayat Muslim) Subhanallah…

“DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (al-Ahzab: 21)

Seorang pembawa panji Islam, tidak akan memberontak apabila keputusan tak didengar. Tak menengking apabila kehendak tidak tertunai. Yang ada hanya redha dan tawakal. Jika benar ada yang begitu, jangan mengaku sebagai pembawa panji Islam! Kerana, konsep qadha’ dan Qadar masih tak lepas. Kita tahu semua perkara yang berlaku adalah ketentuanNya, lalu mengapa kita mempersoal? Membangkitkan persoalan dan menegur bagi membuat penambahbaikan akan datang sangat penting. Jika demikian, bersuaralah untuk Islam! Tetapi, jika buat perangai dengan ‘tunjuk perasaan’, memberontak dan sebagainya, mahukah mengaku lagi sebagai pembawa panji Islam? Tak perlu… kerana kita hanya akan memalukan Islam itu sendiri. Adab sesama manusia kita tak pertimbangkan.

Sedangkan Rasulullah s.a.w pertama kalinya beliau dikenali dikalangan kaum Quraisy, bukanlah dek kerana ilmunya yang tinggi. Bukan juga kerana ma’rifat yang Allah beri sehingga digelar Al-Amin yakni ‘yang benar’. Akan tetapi, kerana akhlaqnya yang indah, serta kejujurannya Baginda disayangi sehingga baginda dipercayai untuk menentukan kedudukan Hajarul Aswad oleh kaumnya.

Maksud Sabda Rasulullah SAW :-

‘Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik”

‘Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik’

Mafhum Firman Allah SWT :

‘Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan’ (Surah An-Nahl :90)

‘Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari kelilingmu’

Untuk mencari seorang yang mempunyai akhlaq Rasulullah zaman sekarang ni memang susah. Tetapi sebenarnya kita boleh kearah itu. Sedikit demi sedikit mencontohi peribadinya. Cuma mahu atau tidak dan sedar atau tidak. Lalu, kita harus renung kembali, kita ini siapa?

Antara doa baginda yang masyhur (mengenai adab dan akhlaq mulia) :-

 

‘Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus’

Untuk pemurniannya, tak rugi kita berbuat kebaikan terhadap makhluq, hati tak sakit dan runsing, fikiran tak serabut, muka tak cepat berkedut (awet muda:-p), barang-barang tak berterbangan, dijanjikan oleh syurga lagi bagi orang yang berbuat kebajikan. Dan yang paling penting, orang bukan Islam tertarik dengan keikhlasan dan kesabaran kita yang tinggi, orang Islam yang lain pula akan lebih terasa ingin mendalami agama…Takbir!!!

Renungan untuk diri dan sahabat pembaca… insyaAllah…

Wallahualam…

 

 

Generasi Islam

Standard

Menurut Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi, di antara ciri-ciri kecemerlangan generasi Islam adalah

1. Cita-cita besar para Muslah (perubah) Islam

2. Generasi yang terdiri daripada muslimin dan muslimat

3. Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu

4. Generasi amal dan membina Jamaai

5. Generasi rabbani dan ikhlas

6. Generasi yang bernasabkan Islam

1. Cita-cita besar para Muslah Perubah Islam adalah menjadi cita-cita besar para muslah (perubah) Islam yang mempunyai kesedaran tinggi agar terbentuk di dalam umat itu suatu generasi mukmin yang baru dan berhak untuk diberi gelaran ‘Jil al Nasr’ (generasi kemenangan) iaitu yang diperlukan oleh umat Islam kini.

2. Generasi yang terdiri daripada muslimin dan muslimat suatau generasi yang terdiri daripada muslimin dan muslimat, al-mukminin dan al-mukminat, al Qanitin dan al Qanitat, kerana kaum wanita di dalam Islam adalah saudara kam lelaki. perempuan menyempurnakan lelaki dan lelaki menyempurnakan perempuan.

3. Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu adalah suatu generasi yand dapat mengatasi segala kegelapan dan meraba-raba, serta mengelakkan keadaan yang tidak teratur dan kacau bilau. Sebaliknya mereka berpegang teguh kepada kenyataan, bukan kepada prasangka dan agak-agak. Serta tidak sekali-kali lupa daripada mendongak ke langit, sedang ia berdiri teguh di atas bumi. Mereka tidak sekali-kali mengejar bayang-bayang atau impian kosong atau angan-angan, berenang bukan di air dan terbang tanpa sayap. 

4. Generasi amal dan membina Jamaai Genarasi amal dan membina jama’iy bukanlah generasi yang anak-anaknya akan berdiri hanya ketika didendangkan dengan keagungan-keagungan masa lampau, atau ketika tangisan dan sesalan kerana kekalahan-kekalahan yang diterima di masa kini atau ketika disogokkan dengan angan-angan kemenangan di

masa depan. akan tetapi mereka yang menaruh keyakinan bahawa keagungan ialah dengan memberi bukan dengan berbangga-bangga. bahawa sesungguhnya kemenangan ke atas tragedi hari ini dan mencapai cita-cita hari esok ialah dengan usaha dan kerja bersungguh-sungguh, bukan dengan senda gurau. dengan membina bukan meruntuh. dengan usaha amal yang memandu, bukan dengan gembar gembur dan jerit pekik kerana iman yang sebenar (al Haqq) adalah apa yang mantap di hati dan dibenarkan dengan perbuatan.

5. Generasi rabbani dan ikhlas Generasi rabbani dan ikhlas, adalah merak yang hidup dengan hati dan jiwa ahli akhirat. Mereka hidup di atas bumi tetapi hati dan jiwa mereka berterbangan dimahligai (‘arash) Allah. Mereka adalah dari tujuh golongan yang pendapat perlindungan di hari yang tidak terdapat sebarang perlindungan kecuaili perlindungan Allah semata.

6. Generasi yang bernasabkan Islam Generasi yang bernasabkan Islam adalah bilamana sesiapa yang bertanya kepada mereka tentang kewarganegaraan atau keturunan atau kecenderungan mereka, jawapan mereka adalah ‘muslimun’. Bukan dengan nama atau gelaran. Bukan dengan keturunan atau situasi alam sekitar. Tetapi dengan mengkaji dan bukti-bukti, dengan penuh perasaan dan akhlak. Mereka meyakini Islam dengan dalil yang terang dan jelas. Menolak fahaman jahiliah dengan pengetahuan. Megajak manusia ke jalan Allah dengan hujah yang nyata. Tidak mencari selain daripada Islam sebagai cara hidupnya. Tidak rela selain syariat Allah sebagai manhajnya. Tidak menerima selain daripada kitab Allah yakni Al Quran sebagai perlembagaanya.

-sumber-