Dunia Kini…

Selasa, 1 Mac 2011, 00:17am.

Setelah agak lama tidak menaip di blog ini, terasa jemari ingin sekali menar-nari lagi diatas papan kekunci laptop ana yg makin usang… Hmmm…

Kalau dulu bergelar mahasiswa… kini bergelar alumni… kalau dulu terbelenggu dengan masalah sebagai pelajar… kini terbeban dengan tugas sebagai seorang ‘guru’ sekolah rendah agama Islam…

‎~~MuLa bErFiKiR dAn bErTiNdAk sEpErTi ‘oRaNg tUa’… hmm…sindrome seorang ‘gUrU’…

-quote dari fb ana-

iya benar… jika dulu dalam fikiran banyak impian dan harapan untuk diri sendiri dan untuk ummah… tp, kini… impian dan harapan teralih kepada para pelajar ana di sekolah… harapan melihat mereka membesar dengan baik dengan penerapan nilai2 Islam yang tinggi dalam diri… harapan mereka mengamalkan Islam bukan kerana terpaksa, tetapi memilih jalan untuk mengamalkan Islam dengan bebas beserta kefahaman…

Ana terasa seperti mula berfikir seperti ‘orang tua’… yang merisaukan anak2 mereka… hmm… pd usia belum mencecah 23tahun ni… ana tak sangka boleh mencapai kepada pemikiran seperti itu seawal ini… walaupun masih dgn title ‘single’… apa ini perkara biasa? atau janggal? ana kurang mengerti… tp, ana yakin dan percaya… inilah sindrome seorang GURU… yg sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak2 muridnya…

Dek kerana ingin menjalankan amanah yang tergalas sebagai ‘pendidik’, pelbagai perkara luar dugaan telah ana lakukan… merotan, mencubit, tarik telinga, ketuk ketampi, berdiri atas kerusi, dsb… semua ana dah buat dengan anak2 murid ana yang agak nakal tu… sedih…

Tapi, semua guru mengakui cabaran mendidik anak2 zaman kini lebih dahsyat berganda berbanding zaman dulu… semuanya ana kira, dek kerana pemakanan, pengaruh negatif, telah menjalar ke serata masyarakat yang menyebabkan lahirnya generasi yang kita dapat lihat kini… Namun, harapan tetap menggunung untuk melihat anak2 didik ini benar2 terdidik…

Semoga mereka menjadi insan yang mantap duniawi dan ukhrowinya…

Untuk itu, sebagai guru… ana perlu memantapkan diri berkali2 ganda untuk mendapatkan hasil yang baik… Ya Allah… permudahkanlah… Amiiin…

 

 

Ku Mencari…


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Islamik Testimonial

Kurniakan Aku Penawar Hati

Isnin, 2 November 2009, 11:16pm

Ya Rabbi…

Izinkan aku berjalan di bumiMu…

Redhakanlah aku berlindung dibawah naungan langitMU…

Benarkanlah aku mengasihi insan2 yang mengasihiMu…

Ya Rabbi…

tiada seungkap kata mampu ku gambarkan syukurku atas nikmatMu…

tiada sebutir permata dapatku gambarkan betapa bernilainya kurniaanMu…

tiada yang mampu menandingi keajaiban gambaran syurgaMu…

Ya Rabbi…

betapa besar dan banyaknya kurniaanMu…

aku insan khilaf yg tamak merebut nikmatMu…

yg tidak berhenti meminta dan meminta lagi dariMu…

Ya Rabbi…kurniakan aku penawar hati…

Agar dapat aku ubati ia dari noda dan dosa…

agar dapat aku bersihkan ia dari sifat mazmumah yg mengotori jiwa…

agar dapat aku jernihkan ia dengan sifat mahmudah yg membaja…

Ya Rabbi… kurniakan aku penawar hati…

060924_muslim

Bismillah pembuka bicara… Bismillah kalam mulia…

Hmm… dah lama juga tak posting di blog ni… macam biasa, mehnah ujian tak lari dari jalan perjuangan… onak dan duri tak lari dari melukai di sepanjang perjalanan… Turun naik iman membawa erti kebenaran bicara Sang Kekasih Allah … Rasulullah s.a.w yang mulia…

Kalau ana, biarlah duri melukai kaki…biarlah orang lain yg melukakan ana…herdiklah ana macam mana pun, tolaklah ana biar tersungkur macam mana pun… insyaAllah ana akan bangkit dan kembali berdiri… tapi kalau barah yang menular di segenap saluran nadi, ana jadi tak tentu… kalau sahabat2 yang menjadi asbab ana jatuh sakit dan tersungkur… memang sangat lama masa yang diambil untuk kembali pulih… sebab ia sangat cepat menjalar ke seluruh urat darah…

Hilang punca jadinya, bila masalah berputar sekeliling sahabat2… biarpun ana ni mencari dan terus mencari… buat la research demi research… kalau punca tidak tahu, macam mana pun, susah nak kearah penyelesaian… last2 sekali, pendam dalam hati…

Maafkan ana wahai sahabat2… sememangnya ana byk khilafnya… hanya kemaafan dipohon demi meneruskan ikatan ukhwah yg ada… demi meneruskan jalinan silaturrahim saudara seaqidah… demi ditautkan kembali ukhwah fillah…

Maafkan diri ini yg sering membebankan…maafkan diri ini yg sering menyusahkan… maafkan diri ini yg sering melukakan… tapi tidak dinafikan, kita sama2 terluka… sama pedih… sama2 sakit…perit bila bergerak kerja dalam keadaan ada hati disebalik hati…serba tak kena…

Dalam persahabatan perlukan pengorbanan… bukan perubahan menjadi keutamaan… yakinlah tiada siapapun berfikir ingin menyusahkan, membebankan… Cuma mengharap sebuah keikhlasan…

Janganlah ada hati disebalik hati (rujuk artikel ‘Hati Para Dai’e)…janganlah ada benci dan iri… kerana semua itu nafsu yg meraja… dan syaitan yg ingin menghasut… yg hanya ingin mencampak duri dalam ukhwah…

Harapan ana tidak tinggi melangit…sekadar melukut di tepi gantang… sekadar ingin mendapat seuntai kasih… sekadar menumpang di ceruk rantau negeri orang…

Cuma mengharap secebis kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan…

La Tahzan

Jumaat, 18hb September 2009, 7:45pm

Bismillahirahmanirrahim…

Tak disangka, masuk tahun ni, da 3 tahun ana beraya di perantauan tanpa keluarga disekeliling… sebenarnya memang sudah tekad di hati sejak ana 1st year menuntut d UMS KAL, ana tak mau balik beraya di rumah bersama keluarga… tapi tak sangka ana betul-betul laksanakan… tahun ni, sangat berbeza dari tahun2 yang sebelumnya… hampir2 saja ana tewas dan ingin membeli tiket balik ke semenanjung… tapi, pada waktu tu tiba2 ana ada urusan lain yang menjadi halangan daripada ana beli tiket flight yang murah… last2 skali, ana terlupa langsung nak beli tiket dan akhirnya ye jd mahal pula…

Dugaan…dugaan… bukan tak biasa ana tak balik raya, tapi kali memang sandik(teruk)! Ditambah lagi dengan perangai sahabat2 seperjuangan yang memang sangat kuat menyakat…  ada ke patut, si Harieyadi sepanjang minggu ni dok menyakat ana hari2..?n pantang ana buka YM, ape sahaja shoutout yg ana letak d YM, ada je idea nye nak menyakat… Ana  kate dlm shoutout tu “La Tahzan…(don’t be sad)…innallaha ma’a sobirin”… si hadi kate “Hahaha….aaa…qatrun nangis…qatrun nangis…qatrun nangis..10x… Hahaha…” dah la tu, diketawakan pulak lagi… tu baru satu! Kalau ikutkan, jarang sekali ana tukar shoutout dlm YM… tapi d sebabkan c hadi, abis berubah2  semuanya… setiap kali, ubah, ada sahaja yang nak disakatnya…! Dalam hati ana, ‘eee…bile la budak sorang ni nak balik! Nyibuk je kt kampus…!’ huhuhu…

Tu baru sorang… si Hasli pulak, dah balik awal… 1minggu sebelum cuti ye da balik…appedaa…! Tapi, tiba2 satu hari tu dia mesej ana… Tanya “qatrun tak balik ka?” ana jawab, “aii…ndak balik ba ku…10x suda ana bagitau…!”  ye laa… balik2 ditanya…balik2 ditanya… penat dah ana mau ulang… sekali tau ape dibalasnya? “Huhu…ko p umah d i****m ka.huhuhu.ba ok la 2”… eee… malas sudah ana mau layan… ana jawab la.. “mane ade umah ana d i****m, beraya d Labuan syak..umah ayah man!”… diorang ni kan, tak habis2 dengan i****m… asal diorang tau ana x balik, mesti tanye, “beraya d i****m ka?”…! Kak Nadia lagi… “Qatrun, tak mau p umah c *** ka? Raya la kat sane…mesti best! Kan family ye dah kenal..?” ish…rimas ana! Semua orang dok kate…! Cube la berperangai baik skit d Bulan Berkat ni? Hasni tak ketinggalan… tu.. budak cenik tu lagi seronok dier sakat ana..! teruk betul!  “Waa…qatrun tahun ni raya umah mak mentua…!” kureng!!! Memang kurang asam budak sorang nih! sejak bile plak ana nikah… hish…panas…panas…panas hati ana… astaghfirullahal azim…

Lagi pulak, si Abdillah…  ye sibuk mempromote diorang muslimin buat jelajah aidilfitri ke ranau…  rumah keluarga angkat muallaf J… (huhu…sebenarnya jealous gok nih!)…dah la c Hadi pun mempromote ngan ana jugak sebelumnya, yg diorang nak pusing sabah …tawau…semporna… kunak…lahad datu…KK…kota belud…kudat…Sandakan lagik! Uii naa… ana kate la, “x tanye pun!” huhuhu…. Ade jugak abdillah tanye ana, “kenapa x ikut sahabat sabah lain beraya?” “belajar la beraya jauh..” ish…ish…ish… ana rasa memang tak sesuai c abdillah yang cakap macam tu dengan ana…!  Dah la ye tu balik raya dengan family d KK… dah tu, semua orang tau ye anak emas keluarga… nak nasihat ana suruh beraya jauh lagik! Huhuhu… ana kate la, “aii… kan ana dari semenanjung?” ye laa… sape yang beraya lagi jauh dengan family? Ana yang dari semenanjung raya d Labuan, atau c abdillah dok kat KK , blajar d Labuan, then balik raya d umahnya d KK? Huhuhu… patutnya ana yang cakap ngan abdillah, ‘ belajar la beraya jauh..’ hehehe….  Relax ba boy! Macam marah syak!…hehehe… Sebenarnya ana faham syak maksudnye tuu… ye nak suruh ana ikut beraya d umah sahabat2 yang tinggal d sabah… takla dok bersedih terperuk beraya d labuan jak… hehe… takpe la… ana kate ngan ye, “hmm…memang  la perancangan awalnye nak beraya umah kak mahira… tapi terpaksa tukar plan last minit”… ye jawab “ish…ciannye..tak pe la..ok jgk tuu…” huhu… memang la ana ok… kat cni pun kami ade konvoi raya sekitar kampung2 yang ade d Labuan ba kn? Raya umah ayah man…umah babah kak nor… kampong patau-patau… mane ntah lg, bdk 2 SM nk bawak kami beraya… diorang muslimin d ketuai oleh Presiden SM yg ikut x balik raya, Anwari…   yang lain semua balik… semua tinggalkan ana…wuwuwu…

Semuanya membuatkan ana digamit rindu nak balik ke kampong halaman… walaupun kampong halaman tak layak dipanggil kampong, sebab dikelilingi hutan konkrit, diorang yang menyakat ana ni membuatkan ana berfikir2 2, 3 kali nak lari balik semenanjung… hmm… sape suruh sakat ana! Apa2 pn, disebabkan kene berjimat  cermat… dengan berbekalkan pemikiran rasional yg ade, ana decide untuk tahan la dulu… kot2 ade rezeki akan datang… bole la nak balik semenanjung… InsyaAllah…

Hmm…mereka lah sahabat 2 ana… yang membuatkan ana sedih… sakit hati… geram… kecewa…         gembira… nak ketawa… tersenyum…  yang juga menghibur duka… sesungguhnya, pahit manis dalam perjuangan itulah yang menjadi asam garam dalam kehidupan kita yang mengajar kita erti sebuah pengorbanan… dan memegang prinsip sentiasa ‘memberi’…

Ana ucapkan, “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI… MAAF ZAHIR DAN BATIN…”

3923632022_92020c1d57_o

Wallahualam…

Ibu ana….

Khamis, 27 Ogos 2009, 7:40am

Tuut…tuut… telefon tetap tidak diangkat walaupun 2 kali ana call ibu ana… tak lama lepas tu, ibu ana call semula… memang kebiasaannya ibu ana akan call semula bile dia tau ana call… tujuan ana call ibu tak lain adalah untuk menanya persetujuan ibu ana jika ana nak terus tinggal di labuan dan menacari pekerjaan disini… ana perlu isi borang praktikal… perlu untuk ana berterus terang dengan ibu…

Seperti yang dijangkakan, ibu ana tetap memberi kebebasan pada ana untuk memilih keputusan yang terbaik buat diri ana… walau hati ibu, tetap mempersoalkan kenapa? Buat apa? Cadangan tetap diberi… ruang dan peluang tetap dicari… untuk ibu ana pujuk ana bekerja di semenanjung syak… kat sana pun banyak peluang pekerjaan… lebih2 lagi bidang ‘Islamic Finance’ yang ana amek memang seperti goreng pisang panas… kemana pergi tetap dikejar oleh berbagai syarikat kewangan samada di dalam negara mahupun luar negara… bidang kewangan dan perbankan Islam yang semakin disedari kelebihan dan keistimewaannya, yang sejak dahulu diterokai sememangnya banyak kelebihannya…

Itulah yang dikatakan, Allah lebih mengetahui… dan sistem yang diperkenalkannya di dalam Kalamun ’Aziz tetap yang terbaik selari dengan kehidupan makhluk ciptaannya…

cintasofea2

Ibu tetap ibu yang dulu… biar macam mana pun alasan dan cadangan yang dia kemukakan, bilamana ana tepis dengan pelbagai hujah, sekejap sahaja dia mengalah… dan pilihan tetap diberi kepada anaknya yang degil nii… sejak ana kecil, sememangnya ana terkenal dengan kedegilan yang melampau! Kesian ibu… apa sahaja yang aku tetapkan tiada siapa dapat membantah… hmm… melainkan babah… ideanya sangat bernas… sehingga ana tertutup mulut nak melawan…

Walau macam mana sekalipun, ibulah yang paling garang… disebabkan ana kalau bercakap tak nak kalah, ibu akan buat ana tak sempat untuk bercakap… keputusan ditangannya… ibu…ibu… itu yang membuatkan ana lari jauh dan semakin jauh… tinggal di asrama sejak tingkatan 1… masuk matrix di utara semenanjung… masuk universiti di wilayah borneo… semakin lama semakin jauh… itu pilihan ana…

Walaupun begitu, kasih ibu tetap tak dilupa… teknologi komunikasi itulah yang menjadi penawar duka… dengan berjauhan kami sangat mesra… tetapi tidak bila didepan mata… ibu tetap ibu ana yang dulu… biarpun kini ana dah masuk tahun akhir di menara gading…

Ibu jangan risaukan kakak, sebab kakak takkan buat perkara tak baik… pendidikan di sekolah agama yang ibu hantar dulu, banyak mendidik jiwa kakak…InsyaAllah, hadiah pahala sebuah perjuangan tetap kakak titipkan buat ibu dan babah diiring doa nan kudus…

Impian terlaksana…

Ahad, 22 Mac2009, 7:20pm

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah… puji dan puja ditujukan kehadrat Allah s.w.t diatas limpah dan kurnianya, rahmat dan maghfirahnya, ana telah berjaya menjalankan program pertama MPP Exco Kebajikan, Kesihatan dan Kemasyarakatan (3K).

Kalau diikutkan portfolio yang dipegang oleh ana, memang takde kaitan langsung dengan program pertama yang dijalankan untuk tahun 2009 ni… tapi sebenarnya bukanlah kerana portfolio, MPP atau sebagainya… ana sebenarnya menjalankan program ni di kampus UMS-KAL adalah disebabkan IMPIAN…

Dari kecil ana terlalu minat pada bidang sains… seawal umur 5 tahun ana sudah membaca buku sains aeroangkasa budar darjah 5 dan 6… ana lihat gambar2 yang menarik yang ada didalamnya… selepas belajar membaca dan meulis, ana terus menerus membuka segala buku lain yang berkaitan dengan sains… BIOLOGY (the most favourite), AEROANGKASA, SAINS MARINE, SAINS HUTAN, dan pelbagai lagi… ana tak ingat… ketika menjejaki umur 10 tahun, ana mula belajar sains didalam kelas… ana mula terfikir Surah An-Najmu yang ana tadarus dengan ustazah disekolah agama (petang)… kenapa dalam Al-Quran ade surah yang bertajuk Bintang? Ustazah kate, Najmun maksudnya bintang(belajar dalam kelas bahasa arab)…

Hmm…otak mula ligat ingin mencari jawapan… impian ingin masuk sekolah agama di peringkat sekolah menengah macam angah (abang kedua) mula ditanam…

Selama dalam tempoh itu, ana tak pernah jumpa apa-apa buku yang boleh menjawab persoalan sains dan Al-Quran yang ana ingin tahu… sampai suatu ketika, ana pergi Mid-Valley dengan Ukht Shahirla… kami ke sebuah kedai buku disana… terjumpa sebuah buku bertajuk “Quran Saintifik” penulisan Dr.Danial Zainal Abidin… betapa gembiranya ana waktu tu tak terkata… sampaikan ana melonjak gembira kat situ jugak! Terkejut kak shila tengok ana… start dari bayar duit buku yang pada ana agak mahal, sampai la balik ke tempat program, ana sibuk bercerita dengan kak shila semuanya tentang minat ana dengan sains waktu kecil… penat kak shila nak tadah telinga dengar ana berceloteh… ye laa.. org tak minat sains, nak kene dengar cerita sains kan…? huhuhu… nasib badan…

Dan, akhirnya… ana berazam untuk menjemput Dr.Danial adakan satu program khas selepas ana jd MPP… cuti semester dijadikan medan berjuang untuk bertungkus-lumus menyiapkan proposal dan contact Dr.Danial…

Dan, akhirnya…………………………..

SEMINAR : “THE UNIVERSE IN THE EYES OF i-SCIENCES”

Tarikh : 21 Februri 2009

Masa : 8.00am – 4.00pm

Tempat: Dewan Theatrette, UMS-KAL

dsc043261

 

AJK bergambar kenangan bersama Dr.Danial

 

Minat bukan sekadar minat… tetapi perasaan ingin menyampaikan itu lebih kuat mendorong… ilmu Allah itu luas…Memberi adalah lebih baik dari menerima… walau diri bukanlah selayaknya untuk memberi, tetapi sekadar menjadi medan pemangkin juga perantaraan kepada yang ingin menerima itu sudah mencukupi untuk permulaannya… semoga kita tergolong dikalangan orang yang memberi suatu hari nanti… InsyaAllah…

“Sesungguhnya manusia itu alpa… Selautan ilmu Allah, hanya setitik dimiliki… Namun, sang hamba tetap akur… Semakin ilmu Tuhan itu diselami, semakin kecil dirasakan dirinya… Hanya hamba kepada Rabbul ‘Izzati… Lantaran itu sang hamba pantas memercikkan setitik ilmunya… Agar dapat manusia lain merasakan kedinginannya… saling ingat-mengingati… Nasihat menasihati…”

Wallahualam…

Generasi yang Unggul…bagaimana ye…?

Ahad, 15hb Februari 2009, 2:35am

Bismillahirrahmanirrahim…

Rabbana hablana min azwajina.. wa zurriyatina quratu a’yun… wa ja’alna lil muttaqina imama…

Maksudnya : wahai tuhan kami, kurniakanlah kami isteri/suami kami.. dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk mata.. dan jadikanlah mereka imam bagi golongan orang yang bertaqwa…

Segala puji dan syukur disandarkan kepada Allah s.w.t yang memberi ana peluang untuk menaip, demi untuk menyampaikan… walau kekangan demi kekangan yang dihadapi… tidak lain, hanya untuk Islam itu sendiri… wadah yang digunakan untuk menyampaikan haruslah pelbagai… dalam pada kita ingin mendekati mad’u yang pelbagai…

Teringat pada persoalan yang ditimbulkan oleh seorang ukhti yang sangat ana kasihi lillahi Ta’ala… katanya : “bolehkah kita, nak menyalahkan generasi masyarakat kita pada hari ini, dengan keadaan mereka telah hanyut dengan keduniaan… sedangkan memang itu yang dihidangkan sejak mereka kecil lagi… dengan suasana keluarga yang berfikiran agak liberal… global… dsb… yang tidak pernah melarang mereka dari melakukan perkara2 yang melanggar syariat..? dalam keadaan mereka sering dihidangkan dengan ‘screen, sex and song’ tanpa batasan…? Dalam keadaan mereka bergaul dengan sahabat2 yang dengan mudah sahaja boleh mempengaruhi mereka…?”

Sejenak ana terpana… hmm… “macam pernah kudengar persoalan begini… tapi dimana ya?” fikir punye fikir, hmm… pernah suatu ketika dulu, sewaktu zaman muda2 dulu… zaman persekolahan yang ana rindui… kami pernah dijemput untuk melibatkan diri dalam program ‘Bengkel Smart Solat’ sebagai faslitator. Program ini dianjurkan oleh sebuah sekolah menengah harian sekitar kawasan sekolah kami… seramai 20 orang Majlis Perwakilan Asrama (MPA) muslimin dan muslimat yang terlibat…

Naaahh… Astaghfirullah… betul2 kami rasa seperti tersentak ke batu… terkejut, dengan keadaan masyarakat sekitar kami… sepertinya terbuka pekung masyarakat dihadapan mata kami… selama ni, kami duduk terceruk dalam asrama, dunia kami hanya sekolah kami… masyarakat yang kami kira begitu kasihan… jahil… dan ketamadunan yang kian terhakis… Bagaimana susah pelajar muslim mereka nak menunaikan ibadah kerana dihalang oleh pelajar lain terutamanya yang bukan muslim… bagaimana hausnya mereka dengan ilmu Islam juga nilai2 murni ajaran Islam itu sendiri… sampaikan, bilamana ditanya tahukah mereka menyucap 2 kalimah syahadah, mereka tidak tahu… Ya Allah… bagai nak pecah empangan air mata kami waktu tu… program sehari suntuk itu tidak cukup untuk kami! Tidak cukup untuk mereka!

Betul2 terasa hangat pipi dek terkena tamparan yang maha hebat… betapa perlunya kami keluar ke masyarakat demi menyampaikan Islam yang indah itu…

Bagaimana strategi yang sebenar2nya yang patut diterap untuk kita mendidik generasi akan datang..???

Takkan dengan mewajibkan mereka sehari suntuk untuk solat dan membaca Al-Quran? Takkan dengan mengharamkan kaca televisyen dari dimiliki didalam rumah apatah lagi menghiasi ruang tamu atau mengisi waktu2 terluang…? Begitukah yang sebaiknya???

Memisahkan mereka dari dunia luar? Takut untuk mereka dipengaruhi ?
Atau bagaimana ??

Suka ana mengambil contoh, kisah seorang kanak2 perempuan… yang hidupnya dikelilingi dengan hutan konkrit yang penuh debu noda dunia…Kuala Lumpur… Bagaimana seorang kanak2, menjadikan bandar metropolitan itu sebagai taman permainannya… dia bukanlah datang dari keluarga yang islamic version… bersekolah pula ditengah2 bandar metropolitan yang terlalu kejam umtuk dirinya… ibubapa pula bukanlah yang suka mengongkong… bagaimana dapat kita bayangkan, dari sekolah kebangsaan sesi pagi nak ke sekolah agama sesi petang kanak2 itu terpaksa berjalan kaki merentas lorong2 bawah tanah sekitar KL sejauh ujana kewangan (UK) ke pasar ikan di Labuan… atau merentasi jalan2 besar yang penuh kenderaan yang menyesakkan… suasana keruntuhan akhlak yang berada dihadapan mata dihadapi setiap hari… jika tidak ada yang dapat menghantarnya ke sekolah sesi petang, pasti jalan itulah yang dia akan hadapi bersama beberapa sahabatnya yang setia…

Kanak2 hingusan yang masih mentah akan kebenaran dunia yang sentiasa menipu…

Suka ana ambil contoh sifat seorang bapa yang sentiasa berusaha untuk pengisian rohani terhadap anak2nya… walaupun sentiasa sibuk mencari nafkah… outstation yang menjadi trademark seorang pegawai system maklumat sepertinya… tak pernah lekang mereka dihidangkan dengan zikirullah yang mengasyikkan, yang disampaikan oleh ustaz badrul amin… setiap kali naik kenderaan pasti kaset itu yang akan dimainkan… sampai naik hafal mereka adik-beradik dengan zikir itu… Dia jugalah seorang bapa yang sentiasa berusaha membawa keluarganya mendekati Islam… dalam keadaan Ibu bukanlah seorang yang biasa tentang Islam, apatah lagi memahaminya… Bagaimana seorang bapa yang biase… berusaha mendidik isteri dan anak2nya mengenal Islam…

Belum sempat sepasang mata seorang bapa yang ingin melihat anak2nya berjaya dunia akhirat, dia telah dijemput menghadap penciptanya… betapa besar penangan seorang kanak2 perempuan yang begitu intim dengan abinya… berbanding umminya… Namun, hasrat seorang bapa yang mahukan anak2nya disekolahkan di sekolah agama pabila naik ke sekolah menengah tetap ditunaikan… Sekolah agama yang berasrama itulah yang banyak mendidiknya menjadi insane yang berguna… selepas teruk berperang dengan dirinya sendiri… dalam pada mencari identity diri… dalam pada memahami tujuan hidup…

Akhirnya, berdirinya dia sebarisan dengan mereka yang berjihad mengintima’kan diri untuk menggerakkan Islam dibumi… walau diri masih kekeringan ilmu.. walau diri masih kekurangan amal… aslih nafsak wad’u ghoiroh menjadi pendorong utama… kesedaran yang diperoleh suatu waktu dulu, menjadi pemangkin dalam bertindak menegakkan syiar…

Sumber : Sahabat ana…(HALH)…

Kesimpulannya, dalam pada kita menghadapi dunia yang serba mencabar ini… bukanlah caranya untuk kita mendidik anak2 dengan mengongkong mereka dari mengenali ketandusan islam dibumi… tetapi, dengan cara mereka turun berhadapan dengan suasana sebenar… memerangi nafsu dan tusukan jarum syaitan laknatullah yang mengancam diri… mencari punca dari akar umbi… dan mengerah otak dengan memikirkan jalan kearah penyelesaian…

Melindungi diri dan orang sekeliling bukanlah dengan cara mencampakkan racun jauh dari pandangan… tetapi dengan meminum racun itu untuk kita mengenal mana satukah penawar yang sesuai untuknya…

Wallahu’alam….. semoga Allah pimpin setiap kata2 kita….

Cinta yang Bagaimana Tidakkan Terluka…?

Ahad, 1hb Februari 2009, 3:40pm

Ana teringat ‘Seminar Pengurusan Cinta’ yang dianjurkan oleh BADAR UMS-KAL… selepas bace artikel “Mana Satu Pilihan Hati” yang ana post di blog nii… dimana point yang ana dapat dari seminar tersebut secara kesimpulannya, kita hidup berumahtangga bukanlah untuk mengharap yang sempurna dari teman sehidup semati… tetapi kita mestilah berazam disatukan demi mencari redha Ilahi… Hidup bersama hanyalah untuk memberi…

Ape yang ana ingin sampaikan disini adalah, dalam pada kita mengharungi hidup sehari2an… hati ikhlas utk memberi… kita tidak pernah mengharap diri utk disayangi… tetapi, kita tidak pernah berhenti untuk memberi kasih sayang… kasih diberi kepada semua tanpa mengharap balasan… sayang diberi tanpa batasan… yang didamba hanya CINTA ILAHI… yang sememangnya takkan pernah dikecewakan…

Dari situlah kita merasa nikmat BERCINTA DENGAN PENCIPTA… biarpun satu dunia sibuk menyakiti hati kita… melukakan tubuh kita… sembilu ditusuk bagai tiada ruang lagi untuk disakiti… kepada Rabbi tempat mengadu hati.. Kepada Ilahi tempat mencurahkan segala… diri tak pernah mengaharap pd yang lain selain pencipta… dari situ lahir semangat yang tak pernah padam … tubuh yang lemah jadi mampu bertahan… kelukaan dizahirkan dengan senyuman… semangat dizahirkan dengan impian…

Walau siapapun yang tercipta untuk diri kita… kita tak pernah sibuk mencari sebelum masanya tiba… sabar menjadi benteng keinginan… semangat menjadi tembok alasan dari menceburkan hati ke lembah cinta manusia… dengan itu kita takkan pernah dikecewakan dengan cinta hambaNYA yang tidak pasti… cinta hambaNYA yang tidak kekal abadie…

Sesungguhnya hati manusia memang dimiliki Penciptanya… Kunci dipegang oleh Sang Pencipta… Jika hati tertawan pada makhluk ciptaanNYA, mengapa perlu bersusah mengejar kunci duniawi? sehingga menyebabkan diri alpa dan leka dengan maksiat mata dan hati…?? Serahkan  segalanya kepada pemilik kunci yang Maha Agung… Bentengkan cinta dengan garis CINTA PENCIPTA… hati akan terus tenang tanpa resah didada…

Bila tiba masanya… pilihan yang telah ditetapkan pasti itulah yang terbaik… Ust. Hasrizal kata, “Hati tenang terhadap sesuatu yang baik..” dan pastilah itu yang tercipta untuk kita… Ana sangat bersetuju tentang itu… mungkin kerana hati rase bukan dia yang tercipta untuk ana… terpaksa ditolak kerana dirasakan masanya belum tiba.. bukan yang telah dicatit di Loh Mahfuz… yang dijanjikan yang Maha Esa… ana takkan menyesal.. Kita takkan rugi… semoga dia ditemukan dengan yang lebih baik… Amiin…

Wallahualam…

Hari Syadid Sekampus…?

Khamis, 22hb Januari 2009, 12:40pm

Bismillahirrahmanirrahim…

Kadang-kadang ana terfikir… siapa diri ana yg sebenar? sahabat2 mempunyai karakter mereka yang tersendiri yg selalunya perlu diraikan… gurauan…gelak ketawa… jika diikutkan, bukanlah kebiasaan buat diri ni… ana kene ubah cara utk masuk dgn mereka… muslimin terutamanya… tapi sampai bila?

bila difikirkan semula, nak je ana tetapkan satu hari yg dipanggil ‘HARI SYADID SEKAMPUS…’ satu hari yg mengikut cara ana… hari yg mereka semua ikut apa yg ana nak… spy mrk tak terus leka dan alpa… beringat2 sentiasa… dalam gurauan terkadang kita tak sedar yang kita telah melebihi garisan sempadan… kita leka dan alpa… cinta kpd ilahiRabbi semakin pudar…. hati mula kurg lunaknye mengadap pencipta…

Bagaimana ye? bkn bermakna kita perlu hipokrit… tetapi, sesuatu yg diterap dlm diri dan menjadi kebiasaan pasti menjadi sebahagian dari diri kita… sebahagian sifat kita… yang baik, InsyaAllah… yang buruk, Na’uzubillah…

wallahu’alam…

3 responses »

  1. Pingback: Pengaruh AKAL… « MendaMba KaSih AbaDie MenCari CinTa ILaHi

  2. InsyaAllah…

    Ukhwah fillah abadie indah… miss u too… love is where u put yourself into the others heart… and the main secret of love is where u put yourself in the Al-Khaliq’s eyeview…(qiamullail)… and also, when u miss someone, it gives u strength if you miss Allah’s more… InsyaAllah…
    -love you-

    Like

Leave a comment