Kisah Pertama.

* NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
“Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut.
“Tidak tahulah.” Jawab Ilyas.

“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat.
“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah,” jawab Ilyas.

Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti.” Kata Allah.

Kisah Kedua.

BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

“Apa lagi cacat dan cela kota ini?” tanya raja.
” Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati.” Jawab orang itu. Tanya raja, “Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?”
” Ada . Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati.” Jawab mereka.
“Segera katakan apakah itu.” Desak raja.
“Syurga dan Allah pemiliknya,” jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Kisah Ketiga.

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”

Sabda Rasulullah S.A.W, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur’an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur’an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur’an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Kisah Keempat

A touching story..


In the name of Allah, The Most Merciful , The Most Gracious
And We (Allah) have enjoined on man (to be good) to his parents: in travail upon travail did his mother bear him, and in years twain was his weaning: (Hear the command:) “Show gratitude to Me and to thy parents: to Me is (thy final) Goal.” Holy Quran Chapter 31 Surah Luqman verse 14:

My mother….

This story begins when I was a child: I was born poor. Often we hadn’t enough to eat. Whenever we had some food, Mother often gave me her portion of rice. While she was transferring her rice into my bowl, she would say ‘Eat this rice, son! I’m not hungry.’
This was a Mother’s sacrifice

As I grew, Mother gave up her spare time to fish in a river near our house; she hoped that from the fish she caught, she could give me a little bit more nutritious food for my growth. Once she had caught just two fish, she would make fish soup. While I was eating the soup, mother would sit beside me and eat what was still left on the bone of the fish I had eaten; My heart was touched when I saw it. Once I gave the other fish to her on my chopstick but she immediately refused it and said, ‘Eat this fish, son! I don’t really like fish.’

This was a Mother’s sacrifice

Then, in order to fund my education, Mother went to a Match Factory to bring home some used matchboxes which she filled with fresh matchsticks. This helped her get some money to cover our needs. One wintry night I awoke to find Mother filling the matchboxes by candlelight. So I said, ‘Mother, go to sleep; it’s late: you can continue working tomorrow morning.’ Mother smiled and said ‘Go to sleep, son! I’m not tired.’

This was a Mother’s sacrifice

When I had to sit my Final Examination, Mother accompanied me. After dawn, Mother waited for me for hours in the heat of the sun. When the bell rang, I ran to meet her. Mother embraced me and poured me a glass of tea that she had prepared in a thermos. The tea was not as strong as my Mother’s love, Seeing Mother covered with perspiration; I at once gave her my glass and asked her to drink too. Mother said ‘Drink, son! I’m not thirsty!

This was a Mother’s sacrifice

After Father’s death, Mother had to play the role of a single parent. She held on to her former job; she had to fund our needs alone. Our family’s life was more complicated. We suffered from starvation. Seeing our family’s condition worsening, my kind Uncle who lived near my house came to help us solve our problems big and small. Our other neighbors saw that we were poverty stricken so they often advised my mother to marry again. But Mother refused to remarry saying ‘I dont want to marry.

This was a Mother’s sacrifice

After I had finished my studies and gotten a job, it was time for my old Mother to retire but she carried on going to the market every morning just to sell a few vegetables. I kept sending her money but she was steadfast and even sent the money back to me. She said, ‘I have enough money.’

This was a Mother’s sacrifice

I continued my part-time studies for my Master’s Degree. Funded by Corporation for which I worked, I succeeded in my studies. With a big jump in my salary, I decided to bring Mother to enjoy life in this world but Mother didn’t want to bother her son; she said to me ‘I’m not used to high living.’

This was a Mother’s sacrifice

In her dotage, Mother was attacked by cancer and had to be hospitalized. Now living far across the ocean, I went home to visit Mother who was bedridden after an operation. Mother tried to smile but I was heartbroken because she was so thin and feeble but Mother said, ‘Don’t cry, son! I’m not in pain.’

Telling me this, , she died.
________________________________________
Narrated by Abu Huraira (r.a.)
I heard Allah’s Messenger (phuh) saying: ‘Allah divided Mercy into one-hundred parts and He kept its ninety-nine parts with Him (for the Day of Resurrection) and sent down its one part on the earth. (And it is because of that one-part of mercy that) His creations are merciful to each other, so that even the mare lifts up its hoofs away from its baby animal, lest it should trample on it.” Sahih Al-Bukhari Hadith 8.29

KISAH KELIMA

Peribadi Wanita Salafussoleh

Oleh: Sharifah Fakhruddin

Khaulah Al-Azwar Al-Kindi – (mendapat gelaran pedang Allah)

Nama Khaulah Binti Al-Azwar Al-Kindi terikat dengan sifat keberanian dan kepahlawanan. Ia juga tangkas menunggang kuda. Ayahnya Al-Azwar telah dibunuh ketika sedang mempertahankan Rasulullah S.A.W. Khaulah dibesarkan dengan semanagat keberanian, kewibawaan dan kemuliaan. Ia juga telah keluar bersama-sama saudaranya dalam satu pasukan tentera muslimin untuk menakluki negeri Syam dibawah pimpinan Khalid Al-Walid.

Sewaktu pertempuran sengit berlaku, antara tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibnu Walid dengan tentera kafir Romawi, telah terjadi satu peristiwa yang menakjubkan. Peristiwa itu mengenai seorang pejuang misteri yang telah menyerbu ketengah barisan musuh dengan berani. Meluncur dengan kudanya meninggalkan tentera berkuda yang lain dibelakang. Melompat ketengah medan perjuangan. Pejuang misteri itu telah merobek musuh dengan pedang dan tombak yang dibawanya. Dengan sekali libas sahaja 3 orang musuh jatuh tersungkur menyembah bumi. Panglima Khalid Ibnu Walid kagum dengan pejuang misteri itu dan menjadi tanda tanya kepada beliau siapakah pejuang misteri itu.

Orangnya tinggi lampai, berpakaian serba hitam, yang kelihatan hanya kedua belah matanya yang sangat tajam pandangan, di pinggangnya tersisip pisau belati dengan baju besinya hampir tidak kelihatan kerana ditutup oleh pakaian labuhnya.

Khalid Ibnu Walid segera memacu kudanya dengan diikuti tentera Muslimin yang lain ketempat pejuang misteri yang sedang menggasak musuh dan membuat pihak lawan gempar dan bimbang, masing-masing lari menyelamatkan diri.

Pejuang misteri terus menggesak kesana kemari dengan penuh yakin dan tawakkal. Sedikitpun tidak membenarkan pihak musuh mengambil bahagian dalam pertempuran itu. Beliau memainkan tombaknya bagaikan singa lapar yang menrkam mangasanyadan tombak itu menari-nari dibarisan musuh sehingga membuatkan mereka kucar-kacir. Seolah-olah bagi mereka ada tombak yang kehausan darah.

Tentera Islam bangga sekali, begitu juga Panglima Khalid Ibnu Walid. Mereka kagum dengan pejuang misteri itu. Masing-masing menggeleng kepala kerana takjub dan syukur dikurniakan pejuang yang berani seperti itu. Maka Khalid pun mengambil kesempatan memberi semangat kepada pejuang lain dengan katanya, “Wahai tentera Islam, majulah, berjuanglah membantu pembela agama Allah ini, perkuatkanlah kedudukan orang yang bersendirian itu.”

Khalid pun bagaikan terbang menuju pejuang misteri yang sudah memperlihatkan contoh itu, diikuti pejuang Islam yang lainnya. Disentaknya tali kekang kuda dan dihunusnya tombak untuk melindungi dan memberi bantuan buat pejuang misteri itu. Tapi pejuang misteri itu tidak sedar, ia sudah dikepung oleh tentera Rom, tetapi ia terus berperang dan menghabiskan mereka semua sehingga dapat kembali ketengah barisan pejuang Islam dengan pakaiannya bergelumang darah.

“Allahuakbar!” pekik Khalid.

“Allahuakbar!” pekik tentera Islam semuanya maka medan pertempuran itu bergetar dengan pekikan takbir. Mereka hampiri pejuang misteri itu.

“Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang telah mebela agamanya dan menentang tentera musyrik habis-habisan. Tolong bukakan tutup muka kamu itu,” kata mereka.

Tetapi pejuang misteri itu tidak peduli dan terus menyerbu ketengah-tengah pasukan kufur itu sehingga seakan-akan nyala api atau putting beliung ditengah-tengah pasukan musuh.

Khalid terus mengejarnya, sambil mendekat ia meminta, “Hei kamu, kecut hati kami melihat kau. Siapa kau?”

“Aku ialah Khaulah Binti Al-Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku segera datang untuk menolongnya untuk membebaskan dia yang berperang kerana Allah.” Jawabnya.

Semua tentera Islam termasuk Khalid tidak menyangka bahawa pejuang misteri itu adalah seorang wanita. Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1000 orang tentera kafir.

Khaulah terus berjuang tanpa henti bersama tentera Islam yang lainnya sehinggalah peerangan itu berakhir.

Namun, Khaulah pulang dalam keadaan sedih kerana tidak mendapat khabar mengenai saudara kandungnya itu. Ditanya pada setiap pejuang tentera Islam, tetapi tiada jawapan. Kesedihan itu tak dapt ditanggungnya lagi, lalu menangislah ia dengan pilu. Ia berkata, “Wahai saudaraku, dimanakah engkau berada? Di gurun manakah mereka melemparkanmu? Andai kutahu dimana kau berada sekarang, pasti akan kudatangi. Kau biarkan api kerinduan saudarmu ini tidak padam-padam. Salam buat kau saudaraku. Sampai kita berjumpa nanti!”

Menangis seluruh pasukan Islam mendengar ratapannya itu. Tiba-tiba dengan takdir Allah serombongan pasukan Rom menuju kearah mereka. Khaulah, Khalid dan tentera Islam bersiap. Tentera rombongan itu menjatuhkan senjata mereka. Mereka meminta damai dan permintaan itu diterima tanpa syarat.

Khalid bertanya kepada ketua rombongan itu mengenai Dhirar Bin Al-Azwar. Ia berkata bahawa Dhirar telah berjaya menumpaskan Putera Raja dan sejumlah besar pasukan mereka, lalu mereka menghadapinya bersama-sama. Ia dapat ditangkap dan dikirim kepada raja mereka untuk dilihat dengan mata kepanya sendiri.

Dhirar ditahan dan dibawa ke Homs dengan pengawalan seratus tentera berkuda. Tetapi perjalanan itu jauh, dan ini menggembirakan Khalid. Ia memanggil Rafi’ Bin Umairah kerana ia arif tentang kedudukan padang pasir dan lagi ia bijak mengatur siasah dan teknik perjuangan. Kebetulan Khaulah terdengar berita tentang penyerangan itu, lalu ia memakai baju besi, memasang pedangnya dan menggenggam tombaknya lalu ia meminta Khalid untuk membenarkan ia mengikut bersama. Mereka segera menuju kesana sehinggalah mereka tiba di negeri Slamaiyah dan berkhemah di salah sebuah lembah yang dipanggil Lembah Kehidupan. Tiba-tiba mereka melihat dari jauh sebuah pasukan berkuda. Tentera Islam pun bersiap sedia lalu berlakulah pertempuran yang sengit.

Khaulah segera mendapatkan Dhirar dan melepaskan belenggu yang mengikatnya dan tentera-tentera Islam segera merampas semua harta benda dan dibawa kepada Khalid Ibnu Walid.

Begitulah pejuang misteri yang telah mencatat sejarah gemilang. Tidak semua wanita memiliki sifat berani dan daya perjuangan yang tinggi. Berani meletakkan benteng pertahanan Islam dari ditembusi musuh Allah S.W.T. Mati dan hidupnya demi Allah dan Rasul, ia mahu Islam terus hidup subur di mukabumi ini. Biar dirinya terkorban demi melihat ummah diselubungi cahaya kebenaran dan tersingkirlah segala kekufuran.

Sewaktu perang Sahura dinegeri Syam, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi oleh musuh beberapa hari lamanya tanpa sebarang senjata untuk melepaskan diri. Tetapi Khaulah bukanlah wanita lemah yang mudah diperdayakan. Fikirannya bergeraklaju dan sentiasa berfikir untuk melepaskan diri.

Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan selain membakar semangat sahabat-sahabatnya. Agar mereka dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan sejata.

Maka Khaulah pun berdiri dan berkata, “Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang dijalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang picit tentera Rom? Apakah juga saudari sanggup menjadi hamba-hamba kepada orang-orang kafir yang dilaknati itu? Relakah saudari dihina dan dicaci mai oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri sebagai wanita Muslim ? Manakah keberanian diri pejuang Islam yang rindukan syurga Allah itu ? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai hamba Allah yang bertaqwa ? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita semua dari menjadi hamba-hamba orang Rom.’’

Maka bangun seoran wanita yang bernama Afraa’ Binti Ghifar Al-Himyariah lau berkata, ‘’Sesungguhnya apa yang engkau kata itu benar, demi Allah, kamisemua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dari berkeadaan begini. Kalau kita lali, musuh akan menyerang kita, tapi apa boleh buat kita seperti kambing yang tidak bertanduk.’’

Setiap dari mereka memberi pendapat mereka masing-masing dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorang pun mahu mnejadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun.

Tetapi Khaulah tidak mati akal, dia terus menjawab, “Wahai wanita-wanita Muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini berguna buat kita, cukuplah ini saja senjata kita. Yang penting kita mesti ada keyakinan untuk keluar dari tempat ini. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah cara terbaik untuk kita terlepas dari penghinaan ini, sebelum mereka menyentuh kita, atau menyentuh salah seorang dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dan menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolong agamaNYa.”

Masing-masing menjawab, “Demi Allah segala-galanya benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami dari hidup menanggung malu.”

Setelah menetapkan harinya, maka merekapun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang dibuat. Menangis dan merayu memohon bantuan daripada Allah. Berharap agar Allah mencampakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa. Semoga Allah memudahkan segala pekerjaan dan berharap datanglah bantuan-bantuan ghaib menolong mereka.

Khaulah telah memimpin dalam segala urusan pekerjaan berat itu. Dia telah siap menyandang tiang kayu untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya. “Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, baca takbir banyak-banyak dan yang penting kuatkan hati saudari semua. InsyaAllah pertolongan Allah sudah dekat.”

Berkat keberaniannya, mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah diikat apa yang perlu, dai diikuti oleh Afra Binti Ghiffar, Ummi Binti Utbah, Salmah Binti Zari’, Ran’ah Binti Amalun, Salmah Binti Nu;man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului dengan memukul seorang pengawal lalu menamatkan riwayat pengawal tersebut. Wanita-wanita lain pula bersedia menyerang pengawal-pengawal lain yang ada itu dan bertempurlah mereka dengan gagah berani.

Orang-orang Rom ketakutan kerana datang serangan yang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak, lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang disebelah tangan kanannya digunakan untuk melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang lawan. Akhirnya mereka berjaya mencerai-beraikan pasukan Rom dan dapatlah mereka melepaskan diri dari kafir durjana dan pulang dengan selamatnya kepada tentera Islam.

Pertempuran Khaulah tidak berakhir disitu, abangnya Dhirar sekali lagi telah ditawan dalam pertempuran Marj Dabik. Dia sekali lagi telah menggempur tentera musuh. Dia juga turut sertai pertempuran Antakia bersama tentera Islam sehinggalah mencapai kemenangan.

Khaulah seterusnya ikut serta dalam penaklukan Mesir. Namanya disebut-sebut kerana keberaniannya sebagai seorang prajurit Islam. Khaulah kemudiannya menemui ajal pada zaman pemerintahan Uthman Bin Affan R.A.

Aruneb Binti Ishaq – (hatinya seindah wajahnya)

Dia meiliki wajah yang jelita. Kejelitaannya menyebabkan ramai pemuda tergila-gilakannya. Tapi dia tabah menghadapi dugaan itu. Dia takut akan kemurkaan Allah padanya. Meskipun dia selalu bertanyakan pada dirinya, “Adakah aku seorang yang cantik? Aku takut.. Aku takut.. Sudah ramai wanita cantik mendapat kemurkaan Allah.”

Kata-kata tersebut selalu diulang-ulang dan kebimbangan itu hilang setelah ayahnya menjodohkannya dengan seorang pemuda warak. Kebahagiaan rumahtangga mereka semakin terserlah dan cahaya ketenangan menyinari kedua insan yang diberkati, iaitu suami yang soleh dan isteri yang solehah.

Tetapi keharmonian itu tak berpanjangan rupanya, sengaja Allah hendak menguji kedua pasangan tersebut. Pada suatu hari, sedang si isteri duduk berehat dirumah, tiba-tiba angin bertiup kencang, tirai pintu terselak dan kebetulan lalu seorang putera raja di hadapan rumah mereka. Ternampak putera tersebut akan si isteri tadi. Walaupun sekali imbas, wajah perempuan yang jelita itu telah benar-benar memikat hatinya.

Putera raja mula mabuk kepayang. Diadukan masalah itu kepada ayahnya, Muawiyah Bin Abu Sufian yang menjadi Khalifah pada waktu itu. Muawiyah mengetahui apa yang ditanggung oleh Yazid mengenai permasalahan cinta dan tidak untuk berkahwin dengan Aruneb. Kecewa dan seksa telah menyeksa hatinya. Dia tahu bahawa tiada jalan lain lagi untuknya mencapai hasratnya itu. Dalam pada itu Muawiyah terus mencuba dengan apa cara sekalipun perkara itu dapat diatasi dengan kepintaran dan tipu muslihatnya.

Aruneb Binti Ishaq dan suaminya Abdullah Bin Salam, mendapat surat dari Khalifah meminta Abdullah datang ke istana secepat mungkin. Setelah berbincang dengan isterinya yang dikasihi, pergilah Abdullah dan isterinya ke istana yang jaraknya beratus batu. Muawiyah telah menyediakan sebuah rumah bagi menyambut kedatangan Abdullah. Kemudian Muawiyah memanggil Abu Hurairah dan Abu Darda’ untuk menyampaikan hasrat baginda. Beliau diberitahu bahawa sebenarnya Khalifah berhajat memberi jawatan kepada Abdullah, tetapi dengan satu syarat iaitu Abdullah mesti berkahwin dengan puterinya. Berita itu diterima dengan gembira. Tak lama kemudian, rombongan peminangan pun dihantar.

Puteri Raja yang telahpun berpakat dengan abangnya sebelum itu pura-pura berkata, ‘’Abdullah Bin Salam adalah seorang calon suami yang baik, terpuji akhlaknya dan seorang sahabat Rasulullah yang terdekat. Tapi alangkah sayangnya Aruneb Binti Ishaq masih lagi isterinya. Sebagai perempuan biasa, saya bimbang akan menjadi penyakit cemburu apabila berpoligami nanti dan bimbang kemurkaan Allah pada saya. Oleh kerana itu saya tidak akan menerima pinangannya selagi beliau tidak menceraikan isterinya.’’

Akhirnya Abdullah pun menceraikan isterinya. Rombongan itupun datang semula kepada putera raja menyampaikan berita penceraian itu. Abdullah bin Salam menunggu keputusan peminangan itu. Seminggu kemudian rombongan itupun datang semula menanyakan keputusan dari puteri tersebut. Tapi kesemua mereka merasa hampa apabila si puteri berkata, ‘’Saya tidak menyangka Abdullah terlalu terburu-buru menceraikan isterinya tanpa berfikir panjang. Mungkin saya juga akan diperlakukan begitu apabila Abdullah menemukan gadis cantik yang lebih bijak dari saya. Katakan padanya saya menolak peminangannya.’’

Kini fahamlah Abdullah bahawa beliau telah tertipu. Abdullah menjadi sedih dan serba salah. Walaupun begitu, dengan iman di dadanya, dia berserah segalanya kepada Allah kerana dia tahu segala yang berlaku adalah ujian dari Allah dan Abdullah mengharan pembelaan dan rahmat Allah.

Setelah Aruneb diceraikan suaminya yang amat dikasihi itu, dia tidak menyalahkan suaminya, juga tidak menyalahkan sesiapa, sebab padanya, suami bukanlah matlamat hidupnya tetapi sebagai jalan untuk mengahmpirkan dirinya kepada Allah. Aruneb sedar, dia perlu menguatkan pergatungannya pada Allah dan tidak mahu membiarkan hatinya cacat kerana perceraian iru.

Aruneb meyakinkan kepada dirinya bahawa hidup bukanlah semata-mata untuk kegembiraan di dunia, tetapi hidup untuk Allah dan mencari bekal untuk kembali ke alam kekal di akhirat. Perceraian yang berlaku sedikitpun tidak memberi kesan kepada hatinya, malah dia benar-benar yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya atau inilah caranya Allah menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Dalam masa iddahnya, dijaga maruah dirinya sungguh-sungguh, dengan rasa taat kepada Allah yang semakin menebal, rindu dengan syurga Allah, dan takut dengan neraka Allah. Aruneb menghabiskan masanya dengan membaca Al-Quran, wirid, zikir dan mempertingkatkan ibadat sunat.

Di malam hari, beliau menghadakan wajahnya kepada Allah, mengadu, merayu dan merintih pada Allah. Setiap lkali sujudnya, airmata tumpah membasahi sejadah kerana rasa malu dan rasa kehambaan yang amat sangat pada Tuhan yang Maha Agung dan Maha Melihat akan hamba-hambanya. Setiap kali terbaca akan ayat-ayat amaran daripada Allah dalam Al-Quran, Aruneb menjadi sebak sehingga terjatuh dan pengsan.

Kecantikan yang Allah berikan padanya, sedikitpun tidak menimbulkan rasa riak, sombong dan ‘ujub. Sebaliknya kecantikan itulah yang menimbulkan fitnah yang menjadi penyebab Aruneb berpisah dengan suaminya. Kecantikan yang Allah kurniakan menjadikannya takut pada Allah, bimbang akan kemurkaan Allah kalau disalahgunakan.

Aruneb menjadi lebih berhati-hati dan sentiasa melindungi rupa paras dan tubuh badannya dari mata-mata keranjang. Aruneb sangat bimbang kalau perkara lepas berulang kembali. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Setiap kali Aruneb keluar rumah, dia pasti mengenakan jilbabnya. Auratnya dijaga sungguh-sungguh dan pandangan matanya ditundukkan dari melihat perkara yang haram.

Muawiyah segera memberitahu anaknya Yazid tentang perihal yang berlaku dari tipu helah yang dilakukan. Setelah tamat ‘iddah Aruneb, Muawiyah mengutus Abu Darda’ ke ‘Iraq untuk meminang Aruneb. Abu Darda’ berangkat untuk menjalankan tugas yang diserahkan untuknya. Dalam perjalanan ke rumah Aruneb, Abu Darda’ berfikir adalah lebih baik kalau dia singgah kerumah Saidina Hussein bin Ali. Dia bermaksud untuk memberi salam kepadanya dan mendapat berkat daripada anak kepada puteri Rasulullah S.A.W yang juga merupakan penghulu para pemuda penghuni syurga di hari kiamat. Apabila Abu Darda’ tiba di rumah Saidina Hussein, beliau menyampaikan hasrat untuk meminang Aruneb, Saidina Hussein juga turut menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Aruneb dan meminta Abu Darda’ menyampaikan hasratnya.

Aruneb menerima kedatangan dua orang tetamu besar, iaitu Abu Darda’ dan Abu Hurairah R.A. Dari balik tirai, kedua orang itu menyampaikan perutusan simpati daripada Khalifah Muawiyah dan juga peminangan untuk Yazid Bin Muawiyah yang bakal menjadi pengganti Khalifah. Abu Darda’ juga menyampaikan peminangan dari Saiyidina Hussein.

Abu Darda’ menyuruh Aruneb anak saudaranya itu memilih antara kedua orang tersebut. Namun Aruneb lebih suka kalau Abu Darda’ yang memilih sendiri untuknya. Pada mulanya Abu Darda’ menolak permintaan itu, namun setelah didesak oleh Aruneb, akhirnya Abu Darda’ pun berkata, “Wahai anak saudaraku, putera dari puteri Rasulullah lebih kusukai dan lebih kusetujui kerana aku pernah melihat Rasulullah menaruh kedua bibir baginda pada bibir Hussein sewaktu kecilnya, maka taruhlah kedua bibirmu ditempat Rasulullah manaruh kedua bibir baginda.”

Mendengar kata-kata itu, Aruneb terus bersetuju, itulah satu-satunya jalan keluar untuk menyelamatkan dirinya. Berkahwinlah ia dengan Saiyidina Hussein bin Ali dengan mas kahwin yang besar. Apabila berita itu sampai kepada Muawiyah, dia murka sekali seraya memandang rendah sikap Abu Darda’ itu. Dia menuduh Abu Darda’ bodoh dan buta.

Abdullah bin Salam menerima berita perkahwinan Aruneb dengan gembira, kerana Aruneb mendapat suami yang mulia kedudukannya. Dan sesungguhnya dia juga tidak berapa suka jika Aruneb jatuh ketangan Yazid. Abdullah bin Salam hidup seorang diri dalam keadaan kemiskinan dan kesempitan. Namun dia tetap bersyukur kepada Allah atas kurniaan Allah kepadanya selama ini. Dalam pada itu, Abdullah teringat dia pernah menyuruh Aruneb menyimpan sebiji permata dan permata itu sangat berguna di saat-saat kesempitan begini. Lalu diapun mendatangi rumah Saiyidina Hussein untuk meminta semula permata itu dari bekas isterinya itu.

Abdullah masuk ke rumah Saiyidina Hussein dan menyampaikan hajat kedatangannya. Saiyida Hussein pun menyuruh Aruneb menyerahkan barang tersebut. Abdullah menerima barang itu seraya mengucap setinggi-tinggi terima kasih kepada Aruneb dan memujinya kerana baik budi pekertinya. Saiyidina Hussein keluar dan membiarkan mereka berdua sebentar. Abdullah lalu membuka simpulan kantung anmanat itu, dan mengeluarkan segenggam mutiara dari kantung itu, lalu menghulurkan kepada Aruneb. Abdullah dengan hiba menangis, Aruneb juga turut sedih dan menangis. Tangisan mereka didengari Saiyidina Hussein lalu ia berkata, “Aku bersaksi kepada Allah bahawa aku menceraikan Aruneb tiga kali. Aku mengahwininya bukan kerana kecantikannya tetapi untuk menyelamatkannya dan menyerahkan kembali kepada suaminya.”

Alangkah gembira dan bersyukurnya mereka kepada Allah atas kurniaan yang tidak disangka-sangkanya itu. Aruneb ingin menyerahkan kembali maskahwin yang besar yang diberikan Saiyidina Hussein kepadanya. Tetapi Saiyidina Hussein menolak, “Apa yang ada disisi Allah itu lebih baik dan abadi.”

Begitulah kehidupan para sahabat Rasulullah, generasi bertaqwa yang tiada bandingannya. Alangkah indahnya kehidupan mereka. Semoga Allah mengangkat darjat mereka setinggi-tingginya. Maka pulanglah Aruneb kepada Abdullah bin Salam dan kembalilah kebahagiaan dalam rumahtangga mereka setelah dilambung ombak dan badai yang begitu hebat. Berkat kesabaran dan redhanya kepada Allah, tidak tercacat sedikitpun hati mereka dengan apa yang telah Allah tentukan.

Akhirnya Allah S.W.T mengembalikan kebahagiaan itu untuk mereka di dunia lagi dan Allah memberikan yang berlipat kali ganda di akhirat nanti. Kini mereka mebangunkan kembali istana indah dalam rumahtangga mereka. Bukan dihiasi dengan kemewahan dan kekayaan dunia, tetapi kekayaan iman dan taqwa dan ukhuwah yang lebih menyemarakkan cinta mereka.



Kisah Keenam


PENCURI KAIN KAPAN

Di Baghdad terdapat seorang lelaki yang sering mencuri kain kapan. Dia menggali setiap kubur orang yang baru meninggal dunia dan mengambil kain itu. Pada satu malam sedang dia menggali kubur, dia terperanjat besar melihat api menjulang-julang keluar dari lubang kubur. Badannya menggigil dan terus pingsan.

Sebaik saja sedar, dia lari lintang-pukang sambil menangis teresak-esak. Dia berjumpa dengan seorang wali Syeikh Jonid Al-Bustani untuk menceritakan keadaan dan ingin bertaubat. Dia mengadu yang dia telah menggali 78 kubur. Hanya 2 kubur saja yang mayatnya masih mengadap kiblat. Dalam kubur-kubur lain, semua mayat itu telah berpusing membelakangkan kiblat. Syeikh Joned menerangkan mayat-mayat yang berpusing membelakangkan kiblat itu adalah pada masa hidupnya syak atau ragu-ragu tentang jaminan rezeki oleh Allah.

MORAL & IKTIBAR

  • Kita mesti yakin tentang rezeki yang Allah telah jamin sebelum kita dilahirkan lagi.
  • Syak terhadap jaminan ini sama seperti tidak beriman terhadap Allah
  • Allah mengurniakan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki meskipun pada mulanya dia seorang a’asi (maksiat)
  • Jangan menghina atau memandang rendah kaki maksiat, jangan-jangan dia akan bertukar menjadi orang yang soleh; sedangkan kita belum tahu.
  • Syak terhadap jaminan rezeki adalah satu dosa yang balasannya diterima di dalam kubur lagi.
  • Mayat di kubur sebenarnya tidak mati, dia hanya berpindah alam dan di sana dia akan merasa bahagia jika ahli syurga dan ditimpakan azab jika ahli neraka.


Kisah Ketujuh

The Stranger

by Rand Diab

“A few months before I was born, my dad met a stranger who was new to our small town. From the beginning, Dad was fascinated with this enchanting newcomer, and soon invited him to live with our family. The stranger was quickly accepted and was around to welcome me into the world a few months later.

As I grew up I never questioned his place in our family. In my young mind, each member had a special niche. My brother, Yusuf, five years my senior, was my example. Samya, my younger sister, gave me an opportunity to play ‘big brother’ and develop the art of teasing. My parents were complementary instructors– Mom taught me to love Allah, and Dad taught me to how to obey Him. But the stranger was our storyteller. He could weave the most fascinating tales. Adventures, mysteries and comedies were daily conversations. He could hold our whole family spell-bound for hours each evening. If I wanted to know about politics, history, or science, he knew it.

He knew about the past and seemed to understand the present. The pictures he could draw were so life like that I would often laugh or cry as I watched. He was like a friend to the whole family. He took Dad, Yusuf and me to our first major league baseball game. He was always encouraging us to see the movies and he even made arrangements to introduce us to several famous people.

The stranger was an incessant talker. Dad didn’t seem to mind-but sometimes Mom would quietly get up– while the rest of us were enthralled with one of his stories of faraway places– go to her room, read the Qur’an.

I wonder now if she ever prayed that the stranger would leave. You see, my dad ruled our household with certain moral convictions. But this stranger never felt obligation to honor them. Profanity, for example, was not allowed in our house– not from us, from our friends, or adults. Our longtime visitor, however, used occasional four letter words that burned my ears and made Dad squirm.. To my knowledge, the stranger was never confronted. My dad was a teetotaler who didn’t permit alcohol in his home – not even for cooking.

But the stranger felt like we needed exposure and enlightened us to other ways of life. He offered us beer and other alcoholic beverages often.

He made cigarettes look tasty, cigars manly, and pipes distinguished. He talked freely (probably too much too freely) about sex. His comments were sometimes blatant, sometimes suggestive, and generally embarrassing.

I know now that my early concepts of the man-woman relationship were influenced by the stranger.

As I look back, I believe it was Allah’s Mercy that the stranger did not influence us more. Time after time he opposed the values of my parents. Yet he was seldom rebuked and never asked to leave. More than thirty years have passed since the stranger moved in with the young family on Morningside Drive. He is not nearly so intriguing to my Dad as he was in those early years. But if I were to walk into my parents’ den today, you would still see him sitting over in a corner, waiting for someone to listen to him talk and watch him draw his pictures.

His name you ask?

We called him TV.

It makes you think, doesn’t it . . .

Kisah Kelapan

‘Ainul Mardhiah

BidaDari terCantiK Di sYurGa…

Siapakah gerangannya yang bakal memilikinya…?

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik

dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa)

ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan

sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang

keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan

dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan

bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang

usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya

bidadari tersebut…. tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi

kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri

nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil

khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah

tadi… tidur bersama-sama….

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang

sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang

bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya

dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia

menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu

ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu

pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia

lihat kecantikan begitu… takpernah dilihat didunia ini… lalu

diberi salam dan dia bertanya,”andakah ainul mardhiah?”… wanita itu

menjawab “tidakk… saya khadamnya, ainul mardhiah ada di dalam

singgahsana sana.”

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan

mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya

berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata

perhiasan di dalam mahligai…. lalu

diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu

wanita itu menjawab… “tidakkk, saya hanya khadamnya di dalam

mahligai ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana”,….. lalu

dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya

sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu mahligai dan

mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari

yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua…. dan

tak pernah dia lihat di dunia…. lalu wanita itu berkata …

akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu

diciptakan untk aku…. bila lelaki itu mendekatinya wanita itu

menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii……tersentak pemuda itu dan dia pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan

segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan

agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapi

sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat

Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda

tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah

pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah

menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah

nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah

bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi

yang shahid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab,” benar…

benar…benar…” dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi

SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini

dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga….

subhanallah…

Kisah Kesembilan

Dibawah ini ada satu cerita buat renungan kita bersama

Disatu perkampungan bernama Al-Manzalah di bandar Mansurah, Mesir baru-baru ini lahirlah seorang bayi. Dengan kehendak Allah bayi tersebut lahir dalam keadaan telapak tangannya yang bercantum. Berusahalah doktor untuk memisahkannya, tetapi tidak berjaya. Maka hebohlah di kampung tersebut sehingga orang ramai datang untuk memberikan pertolongan. Akhirnya

seorang penduduk mencadangkan agar dipanggil ulamak untuk membantu. Setelah didoakan

dan dijampikan oleh ulamak tersebut, maka telapak tangan bayi tersebut boleh dibuka. Satu peristiwa yang menghairankan berlaku iaitu sebaik sahaja telapak tangan itu dibuka, terpamparlah sepotong ayat Al-Quran Surah Al-Qomar (pangkal ayat 1) di telapak tangan bayi tersebut. Ayat tersebut bermaksud:

“Telah hampirlah saat itu (hari kiamat)”.

Orang ramai yang hadir pada masa tersebut mendapat satu iktibar yang sangat berguna yang boleh menginsafkan sesiapa sahaja yang beriman agar segera kembali kepada cara hidup yang diredai oleh Allah SWT, selagi ada kesempatan yang iberi.

4 cara tidur :

1) tidur para nabi:

tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2) tidur para ulama dan ahli ibadah :

miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam

3) tidur para raja yang haloba :

miring sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan

4) tidur syaitan :

menelengkup seperti tidurnya ahli neraka

Advertisements

7 responses »

    • insyaAllah… barakallahu fih… nda da masalah… mohon disampai2kan… moga memberi manfaat kpd sesiapa sja yg membacanya…

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s